Anda di halaman 1dari 8

17 NILAI MURNI BAHAGIAN C BAHASA MELAYU UPSR 1. Baik Hati 2. Berdikari 3. Hemah Tinggi 4. Hormat-menghormati 5. Kasih Sayang 6.

Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan fizikal dan mental 10. Kejujuran 11. Kerajinan 12. Kerjasama 13. Kesederhanaan 14. Kesyukuran 15. Rasional 16. Semangat bermasyarakat 17. Patriotisme

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran: Menolong orang - Bertanggungjawab Menghulurkan bantuan - Prihatin Menderma, menyumbang - Toleransi Memberi hadiah - Penyayang Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang Memberi hadiah - Pemurah Membantu - Baik hati Berkongsi - Berhemah tinggi Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin Membuat jadual belajar - Gigih Mengulang kali - Keazaman Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh Mengembalikan - Jujur Memulangkan - Tulus Menyerahkan - Amanah Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas Meminjamkan - Rela hati

Tidak berkira - Bertolak-ansur Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat Mengagihkan tugasan - Adil/saksama Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana Bertindak - Bestari Mencari penyelesaian - Rasional Menjadi rujukan - Matang Bertindak demi kebaikan - Berani Basuh baju/ kasut - Berdikari Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam Membantu orang lain - Bekerjasama Mengikut arahan guru - Taat Mematuhi peraturan - Akur Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal Tidak mudah kecewa - Tabah Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan Sikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran Pengiktirafan - Penghargaan Berterima kasih - Menghargai Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan

BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni @ Pengajaran )


Tafsiran Nilai Murni: BAIK HATI - Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan) BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba) HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) - Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat) - Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang) HORMAT-MENGHORMATI - Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik) - Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri) - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia) - Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada) - Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah) KASIH SAYANG - Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup) KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)

- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman) KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain) KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain) - Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan) KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.) - Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) KERJASAMA - Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa) KESEDERHANAAN - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan

orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) KESYUKURAN - Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian) PATRIOTISME - Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara) RASIONAL - Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT - Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga) - Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Latihan Contoh 1: Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu Negaraku , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah. Isi-isi cadangan: - Bangun lewat Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah. - Menonton hingga lewat malam Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur. - Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar. - Tidak bersalaman Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat

restu. - Melanggar lampu isyarat Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan. - Berjalan semasa lagu Negaraku Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan. - Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1: Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.

Latihan Contoh 2: Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja. Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa. Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa. Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan: - Membelai penuh manja (Kasih sayang) - Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa) - Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab) - Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih) - Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran) - Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Jawapan Contoh 2: Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

Latihan Contoh 3: Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja. - Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang Dalam sungai dipasang bubu, Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa. - Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita

Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa. - Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa

membesarkan kita. Kacang dicampur santan kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia. - Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik - Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita Jawapan Contoh 3: Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita. Posted by Cikgu Andak at 2/05/2011 03:58:00 PM

Anda mungkin juga menyukai