Anda di halaman 1dari 1

Kertas Dua Bahagian C Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C Pengenalan Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan

bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan. Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi. Langkah-langkah yang dicadangkan ialah: 1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya. - Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran berdasarkan petikan yang diberi. - Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. 2. Mencatat nilai murni atau pengajaran - Baca dan fahami kandungan petikan. - Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam petikan. - Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai murni / pengajaran. - Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini sekitar lima minit. 3. Menulis ayat lengkap - Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri. - Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh. - Hendaklah ditulis dalam satu perenggan. - Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit. 4. Menyemak - Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya. - Semak juga aspek tatabahasanya. - Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.

LANGKAH 4: Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga. Tafsiran Nilai Murni:
BAIK HATI - Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan) BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba) HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) - Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat) - Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang) HORMAT-MENGHORMATI - Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik) - Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri) - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia) - Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada) - Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah) KASIH SAYANG - Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup) KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) - Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman) KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain) KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain) - Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan) KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti) - Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) KERJASAMA - Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa) KESEDERHANAAN - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) KESYUKURAN - Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian) PATRIOTISME - Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara) RASIONAL - Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT - Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga) - Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Panduan Menjawab Bahagian C - Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti - Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran. - Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan. - Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan. - Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Contoh Soalan dan jawapan: Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti. Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini. Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik. LANGKAH 2: Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan baik, nilai murni , faedah atau pengajaran. Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.(berdikari) Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik. LANGKAH 3: Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat yang terdapat di dalam petikan - Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan) - Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari) - Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolongmenolong) - Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal) - Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) - Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)

Anda mungkin juga menyukai