Anda di halaman 1dari 19

NILAI MURNI

SENARAI & PENERANGAN

BAIK HATI
1.Belas kasihan- bersimpati terhadap kesusahan orang lain 2.Bertimbang rasa mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 3.Murah hati memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 4.Saling memahami sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 5.Saling bermaaf-maafan sanggup meminta maaf dan memaafkan.

BERDIKARI
Berupaya bertindak sendiri sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Yakin kepada diri sendiri percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

BERHEMAH TINGGI
Kesopanan berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. Mengakui kesilapan sendiri sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. Ramah mesra sedia bergaul mesra dengan semua orang.

HORMAT
Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga memuliakan dan patuh kepada mereka. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpinmenunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. Hormat kepada kerajaan dan negara menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum. Patuh kepada undang-undang mematuhi undang-undang setiap masa

KASIH SAYANG
Sayang diri sendiri dan orang lain menyayangi diri sendiri dan orang lain. Sayangkan alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

KEADILAN
Adil Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian. Saksama tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

KEBEBASAN DI SISI UNDANGUNDANG


Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undangundang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat negara dan agama.

KEBERANIAN
Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL


Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain

KEJUJURAN
Amanah Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. Ikhlas Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan

KERAJINAN
Daya usaha Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah

KERJASAMA
Gotong-royong Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. Toleransi Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan. Perpaduan Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa

KESEDERHANAAN
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain

KESYUKURAN
Berterima kasih Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan

RASIONAL
Membuat pertimbangan Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan

SEMANGAT BERMASYARAKAT
Bermuafakat Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. Kejiranan Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya

PATRIOTISME
Cintakan negara Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara. Mengibarkan jalur gemilang Menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat

TABAH
Sabar tidak cepat marah walau diejek Tidak cepat putus asa dengan kesusahan yang melanda Boleh menghadapi masalah dengan tenang