Anda di halaman 1dari 3

Values = our belief system

Morals = ability to distinguish between right and wrong


SENARAI NILAI-NILAI MURNI
BIL BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
1. Good faith Baik hati
2. Independent Berdikari
3. High manner Hemah tinggi
4. Respect Hormat
5. Love Kasih sayang
6. Justice Keadilan
7. Freedom in law Kebebasan undang-undang
8. Courage Keberanian
9. Physical and mental hygiene Kebersihan fizikal dan mental
10. Honesty Kejujuran
11. Diligent Kerajinan
12. Cooperation Kerjasama
13. Simplicity Kesederhanaan
14. Rational Rasional
15. Community spirit Semangat bermasyarakat
16. Patriotism Patriotisma

NILAI-NILAI MURNI DALAM BAHASA MELAYU ( BAHAGIAN C )

1. BAIK HATI
 Belas kasihan – Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
 Bertimbang rasa – Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
apabila membuat suatu tindakan.
 Murah hati – Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
memerlukannya.
 Saling memahami – Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
 Saling bermaafan – Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2. BERDIKARI
 Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan orang lain.
 Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
mencuba.

3. HEMAH TINGGI
 Kesopanan – Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
 Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat.
 Ramah mesra – Sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4. HORMAT
 Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga – Memuliakan dan
mentaati ibu bapa atau penjaga.
 Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran
tetangga, dan pemimpin – Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan
tersebut dengan memberi layanan yang baik.
 Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara – Menerima dan hormat
kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.
 Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan –
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.
 Patuh kepada undang-undang negara – Mematuhi undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.
 Patuh kepada ketetapan masa - Menepati waktu dan menggunakan masa
dengan berfaedah.

5. KASIH SAYANG
 Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang
lain.
 Sayang alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan
fauna untuk kesejahteraan hidup.
 Cintakan negara – Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).

6. KEADILAN
 Adil – Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif,
menyeluruh, dan bersesuaian.
 Saksama – Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG


 Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat
dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan
agama.

8. KEBERANIAN
 Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira
risiko yang akan dihadapi.
 Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL


 Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh
setiap individu untuk hidup sihat.
 Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
 Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.

10. KEJUJURAN
 Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang
diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
 Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
atau berselindung.
 Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN
 Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan
enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
 Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk
perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA
 Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela.
 Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan
berlakunya perselisihan.
 Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara, dan antarabangsa.

13. KESEDERHANAAN
 Pertuturan dan perlakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang
tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
kemarahan orang lain.
 Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan
orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan
diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN
 Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15. RASIONAL
 Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT

 Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu


pekerjaan bagi kepentingan bersama.
 Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga.
 Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTISME

- Menghormati pemimpin
- Berusaha untuk memajukan negara
- Semangat untuk kejayaan negara
- Rela berkorban demi kemakmuran negara

Anda mungkin juga menyukai