Anda di halaman 1dari 2

Sikap Wanita Disukai Lelaki

Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang
stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata
lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi
sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah maafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan
sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka
diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai
dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabil a sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh
badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik
perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat
mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon
dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg
agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka
bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri


Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap
sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan
tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka
hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg
mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Anda mungkin juga menyukai