Anda di halaman 1dari 8

...

::::Lelaki Tahu
Perempuan Tahu::::....
by Ir Hazrin on Tuesday, March 8, 2011
at 7:44pm
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
1. Bukan bermaksud suka merajuk,
tapi hanya ingin bermanja dan
mendapatkan perhatian.
2. Bukan bermaksud cerewet tak
tentu hala, kadang kala wanita ingin
lelaki mengikut kata-katanya sekali
sekala.
3. Ibarat sehelai sutera, cantik,
mulus, lembut dan mudah tercarik
dan koyak. Walaupun seorang
wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab kesalahan, biasanya
wanita akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi
pengajaran. Bukan dendam.
4. Ikhlas seorang wanita tak perlu
diragui.
5. Wanita sanggup berkorban apa
saja untuk seseorang yang amat
disayangi, termasuk ibu bapa, anak-
anak dan suami. Wanita amat tabah.
6. Sentiasa memerhatikan keadaan
sekeliling dalam diam kerana wanita
itu prihatin.
7. Walaupun dia adalah seorang
wanita yang pandai berdikari, naluri
seorang wanita masih lagi tetap
seorang wanita. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang
bernama lelaki, namun juga sesama
kaum.
8. Wanita yang terlalu sayangkan
kekasihnya sanggup menolak ketepi
egonya apabila bersemuka dengan
yang dicintai.
9. Cinta pertama bagi wanita adalah
yang paling dalam dan tulus.
10. Seks bukanlah segala-galanya
buat wanita kerana wanita
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu
akal. Nafsu yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. Lelaki
pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah
membimbing wanita dan bukan
menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita
adalah sebagai pelindung dan bukan
sebagai pemusnah. Wanita diciptakan
oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri
dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan
untuk dikasari. Maka lelaki haruslah
memahami hati dan perasaan wanita.
 
Perempuan juga perlu tahu yang
lelaki:
1. Lelaki juga boleh menjadi
seseorang yang begitu sensitif dan
mengambil berat (prihatin).
2. Jika seseorang lelaki meminati
wanita, wanita itu tak semestinya
cantik. Cukup dengan budi bahasa
dan kesopanan yang tinggi. Malah
lelaki boleh menyukai wanita yang
mempunyai banyak persamaan
dengannya sama ada dari segi
pemikiran atau minat. Oleh itu,
banyak yang boleh dibualkan atau
dikongsi bersama.
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya
tidak mengetahui perasaan sebenar
yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan
dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap
kelakiannya untuk menambat hati
wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan dengan
perasaan yang kuat terhadap
wanita. Sebab itu mereka suka
melihat dan menjeling wanita.
7. Kebanyakan lelaki resah bila
berhadapan dengan situasi ingin
mengajak wanita keluar buat kali
pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti
atau berlagak macho hanya kerana
ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap, ”Emm.
tengoklah dulu” itu seringkali
bermaksud dia berkata tidak atau
kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the
point dalam sesuatu hal, dia
sebenarnya ingin bersikap jujur dan
berterus-terang dan mengharapkan
wanita memahami maksudnya.
11. Adalah biasa lelaki cemburu
terutamanya apabila perempuan
asyik menyebut nama lelaki lain.
12. Lelaki tak boleh belajar
kesemuanya mengenai perempuan
dari library atau buku semata-mata.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan
sikap perempuan dan tak faham
kenapa perempuan bersikap begitu
begini.
13. Kadang-kadang lelaki perlu
mengetahui lebih mendalam tentang
bagaimana berhadapan dengan
perempuan supaya hubungan dapat
berjalan dengan lebih baik.
14. Betapa hebatnya lelaki itu
bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan
ramai wanita, dia tetap hanya ada
seorang teman wanita yang
istimewa. Yang lain hanya kawan.
15. Bila sesuatu hubungan putus di
tengah jalan, lelaki juga rasa
bersedih cuma dia tak
menunjukkannya kesedihannya di
depan orang.
16. Bila seorang perempuan
meminati seorang lelaki, perempuan
itu patut bagi hint! Mana tau lelaki
itu juga menaruh minat. Senang
usahanya nanti.
17. Adalah memalukan bagi lelaki
jika tak berupaya menolong wanita.
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah
dengan air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air
mata itu mengalir dari perempuan
yang dikasihi. Sebab itu dikatakan
air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi,
perempuan janganlah mengharapkan
semua yang hebat dari lelaki! Mereka
juga normal dan mempunyai
kelemahan.

Anda mungkin juga menyukai