Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan Penanaman Gaharu

Posted by Sheri on February 9th, 2011

Nama Tempatan: Gaharu/depu


Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood,
jinkoh. Famili: Thymelaeaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika

Pokok Gaharu sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada
ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm.
Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak
70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0
hingga 6.0.

Pemilihan Anak Benih Gaharu

Kebanyakkan pelanggan yang baru menceburi bidang dalam penanaman pokok gaharu
dengan Kelnet Biotech menanyakan soalan yang sama iatu Benih apa yang kami jual, tinggi,
kelebihan benih, dan sebagainya. Bagi pelanggang yang proffessional yang telah membuat
kajian dan perbandingan terhadap pembekal-pembekal anak benih gaharu yang menawarkan
produk yang berkualiti mereka telah sedia maklum bahawa produk anak benih gaharu yang
perlu ditanam. Sebagai pembekal kami juga menanam anak-anak benih semenjak tahun 2004
lagi banyak pengalaman yang kami timba dari segenap bahagian sama ada operasi dan
pengurusan penanaman.

Umumnya ketiga-tiga anak benih iaitu Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Crassna dan
Aquilaria Hirta adalah berkualiti dan memberi hasil yang lumayan. Sebelum ini ,Pelanggang
tidak mahu benih Aquilaria Malaccensis dikatakan pokok hutan yang lambat mengeluarkan
hasil dengan memakan masa 10-20 tahun. Satu pelaburan yang lama. Setelah Proffesor
Robert A.Blanchette, University of Minnesota, Department of Plant Pathology mengeluarkan
kenyataan penyelidikkan yang menyatakan beberapa spesis pokok gaharu boleh ditanam dan
disuntik dengan teknologi nano ianya dapat mengeluarkan hasil 10 kali ganda tempoh
pengeluaran hasil menggunakan teknik lama dan teknologi suntik merupakan teknologi
paling cekap (efficient) dapat mengeluarkam gaharu (teras) yang sangat bernilai itu hingga ke
ranting walaupun pokok tersebut baru berusia 5 tahun.

Walaubagaimanapun pihak kami lebih tertarik dengan 3 spesis iaitu Aquilaria Malaccensis,
Aquilaria Crassna dan Aquilaria Hirta.

Tips dan pengalaman kami :

Anak benih gaharu jenis Aquilaria Mallacensis , Aquilaria Hirta,Aquilaria Crassna dan
Aquilaria Subintergra.

1) Pokok Gaharu yang paling banyak terdapat di hutan negara kita

2) Pokok Gaharu yang amat sesuai ditanam di negara kita


3) Menyemai anak benih gaharu 1 inci yang dicabut dari bawah pokok gaharu yang berusia
30 tahun* secara cermat dan berhati-hati.

4) Penyemaian di kawasan kaki bukit, hutan dan kebun getah yang suhu amat sesuai dalam
penyemaian

5) Sekiranya kami menyemai di kawasan bukan kawasan hutan peratus biji benih yang hidup
hanya 20% sahaja.

6)Tidak digalakkan pelanggang membeli biji benih kecuali untuk penyelidikan.

Renungan penulis : Kami hanya menyatakan pengalaman sahaja.

Berdasarkan pengalaman kami, Kebanyakkan benih gaharu Tisu kultur didapati tumbang
pada usia 2 tahun – 4 tahun.

anda perlu tahu kenapa…..

Apa itu tisu kultur dari segi pengalaman,kelebihan dan sebagainya?

Adakah ianya berpunca dari segi pengurusan penanaman?

Adakah benih tisu kultur sesuai untuk pokok kayu?

Bagaimana mengelakkan benih tisu kultur tumbang?

Benih gaharu apapun yang kita tanam…. Dalam mana-mana sistem pertanian, pengurusan
yang baik merupakan asas kejayaan. Sistem atau kaedah pertanian ini semestinya dilengkapi
dengan sistem penjadualan yang sistematik bagi mendapatkan hasil lumayan.

Sistem Kiraan Jarak Tanaman

1) 1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi

2) Jarak Tanaman Ideal 6’x6’

3) Sistem ini boleh menghasilkan 1210

Penyediaan Kawasan

 1) Bersihkan kawasan
 2) Lubang digali 50cm x 50cm x50cm
 3) Lubang dibiarkan selama 1 minggu.
 4) Taburkan baja organik ke dalam lubang
 5) Gaulkan tanah dengan baja organik @ bahan organan.
 6) Jenis tanah yang amat sesuai ( sandy loam ) yang kaya dengan organik.
 7) Perlukan hujan 1800-3500mm
 8) Ketinggian 500m dari paras laut.

Kaedah Penanaman Pokok Gaharu

 i) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah
digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan
sebanyak 430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).
 ii) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali
berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan
untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak gaharu.
 iii) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses
pembesaran.
 iv) Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi
menjaga kelembapan tanah.
 v) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan
baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil
gaharu.

Kaedah Sistem Pengairan

- Pokok gaharu amat sesuai bagi hutan hujan tropika dengan hujan 1800-3500mm setahun

- Sistem wayar drip@ springkle digunakan terutama waktu kemarau Mac- Jun

- Kawasan rendah, sering berlaku takungan @ banjir tidak sesuai

Kawalan dan Keselamatan Tanaman

-Memasang pagar kawasan tanaman adalah kaedah terbaik untuk mengelakan kerosakan
haiwan.

-Adalah kaedah yang terbaik untuk mengelakkan dari serangan serangga atau kulat perosak.

Anda mungkin juga menyukai