Anda di halaman 1dari 36

BAHAGIAN C

KELEMAHAN CALON
DAN
KELEMAHAN PEPERIKSAAN
GURU
Kelemahan Calon

I. Tidak memahami kehendak soalan


II. Menyalin semula ayat berdasarkan petikan.
III. Tidak dapat mengenal pasti nilai-nilai murni
IV. Mengulas cerita yang diberi, tidak membuat
ulasan tentang nilai
V. Nilai murni yang tidak berkaitan dengan
petikan. Hanya nilai murni yang dihafal /
diketahui sahaja.
VI. Banyak kesalahan dalam aspek bahasa
KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU

1. Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk


kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan.
2. Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu
diberikan markah
3. Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang
dilakukan oleh calon
4. Penandaan bagi idea-idea yang diberikan oleh calon
tidak ditandakan dengan tepat
5. Masih menggunakan kaedah analitik dalam
penandaan
6. Markah yang diberikan kepada calon tidak
digenapkan
7. Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam
aspek tatabahasa
Contohnya, antara kesalahan struktur ayat dengan
penggunaan perkataan.
8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada
terlalu tinggi / terlalu rendah untuk bahagian C .
UPSR (BAHASA MELAYU)
FORMAT BAHARU MULAI 2005

Bahagian C
Perkara : Membuat Ulasan (Pengajaran,
nilai murni, kebaikan,faedah
dll)
Stimulus : Petikan (sastera/bukan sastera)
Bilangan soalan : 1 soalan sahaja (Tiada pilihan)
(Soalan wajib dijawab)
Jumlah perkataan : Tidak kurang 50 perkataan (SK)
Bentuk jawapan : Satu perenggan
Markah : 20 markah
Cadangan masa
menjawab : 20 minit
TEKNIK MENJAWAB
BAHAGIAN C
SEBELUM MENJAWAB
1.Baca dan faham arahan soalan.
a)  Tulis lima nilai murni atau
pengajaran yang boleh kamu
dapati daripada petikan atau
puisi.

b)   Panjang jawapan kamu mestilah


tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.

c)  Tulis jawapan kamu dalam satu


perenggan.
2. Mencatat nilai murni/pengajaran/amalan yang
baik
a) Baca petikan atau puisi yang diberi secara
keseluruhan dan cuba faham isi
kandungannya.
 
b) Baca petikan atau puisi yang diberi secara
ayat demi ayat dan gariskan ayat /
rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni.

c) Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai


itu kepada positif.
( Contoh: bangun lewat – bangun awal)
3. Senaraikan nilai murni seberapa
banyak yang dapat ( melebihi 5 nilai
murni )
4. Memahami nilai yang tersurat dan
tersirat.
5. Elakkan membuat ulasan dalam
bentuk cerita.
6. Hanya nilai positif yang terdapat dalam
petikan sahaja diterima.
7. Elakkan / jangan menyalin semula
petikan kerana ini menyebabkan
aras penskoran akan turun(PTM)
SEMASA MENJAWAB
1. Berpandukan nilai-nilai murni yang
telah dicatat, tulis jawapan dengan
menggunakan ayat sendiri dan cuba
gunakan penanda wacana yang sesuai
untuk membina ayat yang gramatis.
2. Ulasan hendaklah tulis dalam satu
perenggan sahaja.
3. Elakkan / jangan menyalin
semula petikan kerana ini
menyebabkan aras penskoran akan
turun.
4. Peribahasa atau kata hikmat tidak
perlu dimasukkan.
5. Kemukakan lebih daripada 5 (lima)
nilai/pengajaran.
3. Ulasan tidak perlu terlalu panjang.
Satu nilai memadai dengan satu
ayat sahaja.
( cadangan 8 – 12 perkataan )
7. Hanya nilai positif yang terdapat
dalam petikan sahaja diterima.
SELEPAS MENJAWAB
1. Semak 5 aspek kesalahan bahasa.
( perbendaharaan kata, struktur
ayat, imbuhan, ejaan dan tanda
baca )
2. Pastikan lebih daripada 5 nilai
murni / pengajaran.
3. Bilangan perkataan tidak perlu
terlalu panjang.Memadai antara 50
– 70 patah perkataan sahaja.
4. Jangan mencatat di ruang jawapan.
CONTOH LATIHAN
Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku
teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong
kamu balut buku-buku itu,” Suraya menjawab, “Terima kasih
kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.”
Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan
ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan
mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga
membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik
tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga
kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan
dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.
Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok
bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal
mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Nilai murni atau pengajaran
1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
Contoh jawapan
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat
dalam petikan di atas ialah kita hendaklah menjaga
keselamatan buku dengan membalut buku. Selain itu
kita mestilah mengamalkan sifat pemurah dengan
memberikan bantuan dan bekerjasama antara satu
sama lain. Seterusnya,kita haruslah menjaga
kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan
bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya
menolong ahli keluarga untuk meringankan bebanan
mereka. Di samping itu juga,kita sepatutnya tidak
membuang masa dengan melakukan perkara yang
tidak berfaedah. Akhir sekali, kita sepatutnya menjadi
seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan
keluarga.
BANTU LULUS
1. Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapa
dalam petikan di atas ialah kita hendaklah
............................................…………………………

2 Selain itu, kita mestilah ………………………………
…….
3. Seterusnya, kita haruslah ……………………………
…….
4. Di samping itu, patutlah ……………………………
………
5. Akhir sekali, kita sepatutnya ………………………
…….
Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.
HAFAL INI
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang
terdapat dalam petikan di atas ialah kita
hendaklah ……………………………
Selain itu, kita mestilah …………………………………
…..
………………………………….
Seterusnya, kita haruslah ………………………………
….
..........................................................................
Di samping itu, patutlah ………………………………
……
…………………………………………………………………
…….
Akhir sekali, kita sepatutnya …………………………
….
…………………………………………………………………
…….
CONTOH LATIHAN BANTU
LULUS
Azman mencapai lastik yang baru dibuatnya
lalu terus keluar dari rumahnya.Ibunya
berkali-kali melarangnya namun dia tetap
berdegil.

Nilai murni/pengajaran :menghormati ibu


bapa

Ulasan :kita hendaklah sentiasa


menghormati ibu bapa dan mematuhi
nasihat yang diberikan kepada kita.
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.Murid-murid yang
menerima hadiah mengucapkan terima
kasih kepada beliau.

Nilai murni/pengajaran :…………………………


…………………
Ulasan …………………………………………
…………………………
Nyatakan nilai-nilai murni dalam
ayat-ayat di bawah ini:

Aimin mengaku telah mengambil


dompet rakannya dan sedia menerima
nasihat guru kaunselingnya.

( hemah tinggi - akui kesalahan


sendiri)
Walaupun cacat penglihatan
namun Shukri tidak mengharap
simpati malah dia membuat kerja
sendiri untuk menampung
hidupnya.

(berdikari - berupaya
bertindak
sendiri )
Suhaimi mohon maaf
daripada ibunya atas
kesalahan yang dilakukan
dan ibunya terima dengan
senang hati.
( baik hati - saling
bermaafan )
Jani menafikan tuduhan
yang dilemparkan
terhadap dirinya serta
menunjukkan bukti-bukti
yang nyata.
(keberanian - berani kerana
benar )
Sesungguhnya para guru
rela mengorbankan masa
dan tenaga demi
mendidik anak bangsa.

( kerajinan - dedikasi )
Ayah Jumaiyah telah mengambil
kira buruk baiknya sebelum
anaknya berhasrat untuk
melanjutkan pelajaran ke luar
negara.

(Rasional - membuat
pertimbangan )
Walaupun jirannya suka
melonggokkan sampah di tepi
pintu pagar rumahnya namun
Zahid berjaya mengawal diri
untuk mengelakkan perselisihan
faham.

( kerjasama - toleransi )
LATIHAN 1
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang itu hanya Diana dan adiknya yang tinggal di rumah.


Ibu dan ayahnya ke rumah Pak Cik Yunus. Sudah seminggu Pak
Cik Yunus sakit. Barah paru-paru. Semasa sihat Pak Cik Yunus
suka merokok.

Tiba-tiba Diana terdengar bunyi hon kereta di depan pintu


pagar rumahnya. Diana keluar . Kelihatan dua orang lelaki sedang
berdiri di samping sebuah kereta Produa Kancil. Mereka ialah
jurujual. Tanpa membuka pintu pagar, Diana menolak barangan
yang cuba ditunjukkan oleh jurujual tersebut.

Diana terus masuk ke dalam rumah. Dia mengunci semua


pintu dan tingkap rumahnya. Azan Maghrib berkumandang dari
masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Diana menyuruh
adiknya mandi. Nanti mereka akan sembahyang bersama-sama.
LATIHAN 2
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seperti biasa tiap-tiap petang Adam dan ayahnya berjoging


di Taman Tasik Serendah, tidak jauh dari rumah mereka. Kali ini
mereka melalui jalan belakang. Banyak sampah sarap yang
dibuang di situ, sedangkan tong sampah ada disediakan.

Apabila tiba berhampiran kawasan tasik itu, sekali lagi Adam


terkejut. Banyak ting kosong. pembalut makanan, botol minuman
dan bahan terbuang yang lain terapung-apung di permukaan
tasik.

Adam terkilan. Tidak sepatutnya taman dan tasik yang begitu


indah dibiarkan tercemar angkara perbuatan individu yang tidak
bertanggung-jawab. Sebagai pengerusi Kelab Rekreasi sekolah,
dia harus berbuat sesuatu. Masalah pencemaran harus diatasi.
Orang ramai mesti sedar pentingnya menjaga alam sekitar.
LATIHAN 3
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada
petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hati Auni masih berbelah-bagi antara setuju atau tidak. Dia


tidak dapat membuat keputusan sama ada menerima atau
menolak permintaan Aswad dan Johan untuk belajar bersama-
sama dalam satu kumpulan.
Auni masih tidak dapat melupakan bagaimana Aswad selalu
memandang rendah kepadanya. Mentang-mentang dia anak
orang yang berharta dan berpengaruh di pekan ini. Setiap kali
Auni mendapat markah yang tinggi dalam ujian, dia dapat
rasakan yang Aswad tidak senang dengan kejayaannya itu.
Apabila Aswad datang memohon maaf dan ingin berkawan
dengannya, dia benar-benar terkejut. Lebih-lebih lagi apabila
Aswad meminta bantuannya supaya menjadi ‘guru tuisyen’
terutamanya dalam pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.
Akhirnya Auni tersenyum. Dia masih ingat kata-kata Ustazah
Suhayati. Tidak baik berdendam dan memberi pertolongan kepada
yang memerlukan ialah sifat yang terpuji.
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tandakan
betul atau salah. Baiki kesalahan jika ada.

1. Emak menyuruh abang membersih


tangki air yang diletak di atas bumbung
rumahnya.
2. Abang membeli sepasang stokin dan
sehelai kain sampin.
3. Dia tidak perasan bila berselisih dengan
penyanyi terkenal tanah air itu.
4. Setelah penat berjalan, mereka berhenti
dan beristirahat sebentar di kaki Bukit
Semambu.
5. Encik Misbun telah menerima surat
lantikan sebagai jurulatih badminton
6. Ibu memotong sekaki bunga ros lalu
memasukkannya ke dalam bekas bunga
di ruang tamu.
7. Kakak Amiza melambai-lambaikan
tangan sambil senyum kepada adik.
8. Kad pintar yang digunakan ini
mempunyai berbagai aplikasi.
9. Petinju yang tinggi dan berbadan tegap
itu ialah abang saya.
10. Encik Hamid pulang lewat ke
rumahnya, kerana beliau ada janji temu
dengan seorang ahli perniagaan.
11. Majlis pelancaran kempen itu akan
diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu
kota.
12. Kita digalakkan makan sayur-sayuran
dan buah-buahan sebab terdapat serat
yang akan melancarkan proses
penghadaman.
13. Kawasan yang curam dan bertebing
tinggi itu berbahaya kepada orang ramai
terutamanya kanak-kanak.
14. Hujan turun dengan lebat. Oleh kerana
latihan bola sepak terpaksa dibatalkan.
15. Adalah dimaklumkan bahawa esok
diumukan sebagai hari cuti.