Anda di halaman 1dari 31

Bunyi haiwan

beruang    -  menderam
puyuh   -  berdengut
kuda    -   berdengus
kera   -   mengerih
keldai   -   meringkik
gajah  -   bertempik
singa jantan        -   mengaum
tebuan/katak       -   berdengung
anak ayam          -    mencicit / mendecit
ayam betina  -  berketuk
ayam jantan  -  berkokok
gagak  -    menggauk
kerbau  -    mengguak
nyamuk  -  dengung
ular  -  desis / berketu
burung  -  berkicau
keldai      -  meringkik
itik  -  mengakak
tikus  -  berdecit-decit
terkukur  -  berkukur
serigala  -  meraung
cengkerik  -  mengilai
anjing            -         menyalak / berdengking / berdengkung
kambing        -         mengembek
kucing           -         mengiau
merpati         -          mendekut
lembu  -         mengguak / melenguh
anai-anai / semut  -  merayap
angsa   -  menyudu
anjing   -   mengigit / menggongong
arnab   -   melompat
ayam   -   mencakar / mengais / mematuk
babi  -   menyondol
badak   -   menanduk / menyondol
buaya             -   merangkak / membaham
burung             -    memagut / mematuk
cacing  -    menjalar
harimau / singa  -    mencengkam / membaham 
             helang                 -  mencengkam / menyambar /   menyiat
Penjodoh Bilangan

Kumpulan – kelompok manusia atau haiwan yang besar seperti kanak-kanak,itik

Ketumbukan – kumpulan manusia seperti tentera, pemberontak

Kelompok – kumpulan manusia,binatang atau benda seperti pelajar,monyet,pulau

Kawan – kumpulan manusia atau binatang seperti haarimau,gajah ,lebah

Gerombolan – kumpulan manusia yang jahat seperti lanun,perompak,samseng

Junjung – tanaman yang menjalar di atas junjungan seperti pokok kacang botol,pokok petola,
pokok sirih

Gugus – buah- atau benda dalam setangkai seperti anggur, kelapa sawit,anak kunci,pulau

Bilah – pisau, jarum, kapak, pedang

Bidang – benda yang rata, luas dan lebar seperti tanah, sawah, layar, tikar

untai – benda yang berangkai atau tulisan yang berangkap seperti manik,kalung,sajak

Ruas – tebu, rotan, buluh

Rumpun – yang tumbuh berkumpulan, menjalar dan memanjat seperti serai, tebu,


buluh ,rumput, lalang

Rawan – pukat, ala, jaring

Rangkai – lagu,puisi,madah,doa

Puntung – kayu api,rokok

Pucuk -  senjata api,benda yang tajam,runcing dan nipis seperti pistol,meriam,jarum,surat

Papan – benda yang berkeping-keping,memanjang dan rata seperti mercun,petai,gambir
                Mayang – kelapa,pinang

Kekeliruan penggunaan Kata Sendi Nama

1.  di   dan   pada
    di  -  menunjukkan tempat.
    pada  -  menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
             -  menerangkan waktu.
         -  menunjukkan konsep ‘ada pada’  manusia.
2.  dari  dan  daripada
    dari  -  menunjukkan arah.
           -  menunjukkan tempat.
           -  menunjukkan waktu / masa.
    daripada  -  menunjukkan punca bagi manusia, haiwan atau benda.
          -  menunjukkan sumber kejadian sesuatu benda.
                           -  menunjukkan perbandingan.
 
3.   Kepada  dan  pada
 
     Kepada  -  menunjukkan sasaran manusia dan haiwan.
                         -  menunjukkan sumber kejadian sesuatu benda.
                        -  menunjukkan pecahan. 
                        -  menunjukkan perubahan keadaan.
4.  antara  dan  di antara
    antara  -  menunjukkan maksud sesuatu yang tidak 
                          mempunyai ruang.
    di antara  -  menunjukkan tempat.
5.  dalam  dan  di dalam
    dalam  -  menunjukkan sesuatu yang tidak mempunyai
                          ruang.
    di dalam  -  menunjukkan arah tempat. 

Penanda Wacana
Oleh itu          Oleh sebab itu
Akhirnya             Oleh yang demikian
 
Akibatnya           Kesimpulannya
 
Rumusan dari     Selepas itu
 
Pada ketika itu   Kini
 
Seterusnya         Pada masa yang sama
 
Sementara                       Dari semasa ke semasa
 
Sejenak selepas itu         Lama kelamaan
 
Namun demikian             Justeru  itu
 
Sungguhpun                   Selain itu
 
Tambahan lagi                Sehubungan dengan
 
Walau bagaimanapun     Sebaliknya
Melainkan        Manakala

Perbendaharaan kata

1  potong, kerat, belah, hiris, cantas, pangkas, cincang
2  pikul, junjung, kelek, dukung, sandang, jinjing, bimbit
3  pimpin, tolak, sorong, papah, tuntun, usung
4  koyak, rabak, carik, retas
5  wangi, hapak, tengik, busuk, hanyir, hangit
6  lalu, jalan, harung, rentas, redah
7  tamat, habis, selesai, punah, langsai, beres, akhir
8  kisah, cerita, heboh, hebah, cakap, bisik
9  garang, bengis, buas, kuat, jinak
10  pantas, deras, laju, kencang, tangkas
11  jahit, tenun, sulam, anyam
12  uli, canai, gentel, kisar
13  mangu, pegun, cengang, sentak
14  segan, lembut, ayu, elok, sopan
15  masam, manis, tawar, pahit, masin, hambar
16  pandang, lihat, tonton, intai, jeling, juling
17  curam, landai, condong, rata, senget, miring
18  usik, cuit, sentuh, jamah, pegang
19  pincang, tempang, cacat, hincut, bengkok
20  lusuh, luntur, buruk, usang, lama
21  cantik, lawa, molek, menawan, indah, jelita
22  luas, besar, longgar, sempit, lapang
23  suka, duka, riang, gembira, hiba, sedih, kecewa, rintih, merana, sengsara, ceria
24  pipih, bulat, bujur, tebal
25  kait, jolok, petik, ragut
26  pantun, syair, sajak, gurindam 
27  toreh, tarah, takik, takuk

NILAI MURNI YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM ULASAN BAHAGIAN C

 Bertimbang rasa•Keadilan•Berdikari•Keberanian•Kejujuran•Bersopan-
santun•Kebebasan•Kebersihan •Kerajinan•Berhemah
tinggi •Belas kasihan •Rasional •Amanah •Bercakap benar •Ikhlas
•Bertanggungjawab•Semangat bermasyarakat•Berdisiplin. Kasih sayang•Bertolak ansur
•Kesederhanaan•Baik hati  •Prihatin . Hormat-menghormati•Berhati-hati•Berjimat-
cermat•Kebanggaan•Kesyukuran•Kebersihan fizikal dan mental

Penulisan Karangan

1.  Prakata

Diharapkan bahan ini dapat membantu guru-guru yang masih kabur cara menjawab
Bahagian C Kertas 2 Bahasa Melayu. Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan mengandungi tiga
bahagian yang perlu dijawab. Bahagian A pelajar dikehendaki membina lima ayat
berdasarkan bahan grafik yang diberi. Bahagian B pula pelajar perlu membuat sebuah
karangan lengkap manakala bahagian C pula pelajar perlu memberi nilai murni dan membuat
ulasan berdasarkan petikan diberi. Justeru itu diharapkan buku ini dapat membantu guru-guru
bahasa Melayu melengkapkan diri dalam proses mengajar Bahagian C  Bahasa Melayu
Penulisan dengan lebih berkesan.
2.  Pendahuluan

Bahagian C merupakan bahagian yang wajib dijawab dalam Kertas 2 Bahasa Melayu
Penulisan. Bahagian ini mengandungi petikan sama ada bahan prosa (pantun, puisi dan sajak)
atau bukan prosa (cerita, dialog, ucapan dan sebagainya). Biasanya petikan yang diberi
sekitar 150 – 200 patah perkataan. Masa menjawab ialah 20 minit. Pelajar dikehendaki
mencari nilai dalam petikan diberi dan mengulas nilai yang diperoleh. Panjang ulasan antara
50 – 60 patah perkataan. Jawapan terbaik ialah jawapan yang dapat memberikan lima nilai
atau pengajaran yang betul berserta ulasan atau contoh yang tepat dan bersesuaian dengan
petikan diberi.

3.  Bentuk Soalan

     a.  Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan


          di bawah.
     b.  Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan
          di bawah.
     c.  Tulis lima nilai positif yang dapat kamu peroleh daripada petikan
          di bawah.

·        Nota Penting

Walau pun bentuk soalan berbeza namun kesemuanya menjurus kepada satu matlamat
iaitu nilai murni

4.  Kaedah Pengajaran

           Kaedah pengajaran merujuk kepada apakah teknik yang akan digunakan bagi
mengembangkan pelajarannya. Teknik pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran
yang jelas dan menarik dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran yang diajar. Oleh itu
pengajaran perlulah diajar secara berperingkat-peringkat daripada senang kepada yang susah.
Untuk mengajar Bahagian C agar pelajar lebih mantap menjawab Bahagian C  maka
beberapa kaedah boleh digunakan.

 4.1      Memperkenalkan  Nilai-Nilai Murni


           
             Di peringkat awal pengajaran guru perlu memperkenalkan dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 16 nilai murni utama yang
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu diketahui oleh pelajar. Bagi
memantapkan pelajar, guru perlu menerangkan nilai dan pecahannya dan memberikan contoh
dalam bentuk peristiwa bagi memudahkan murid memahami. Murid juga digalakkan
memberikan contoh sesuai dengan nilai diberi. Lihat contoh di bawah:
Baik Hati
Pecahan Nilai Contoh
belas kasihan Ali mengambil anak kucing yang kotor itu dari dalam
longkang.
bertimbang rasa
murah hati
saling memahami
saling memaafkan

Berdikari
Pecahan Nilai Contoh
berupaya bertindak sendiri Membasuh kasut dan pakaian sendiri.
Mengemas bilik tidur.
yakin pada diri sendiri

Hemah tinggi
Pecahan Nilai Contoh
kesopanan / berbudi bahasa Bertutur dengan cara berbudi  perkerti.
mengaku kesalahan sendiri
ramah mesra

Hormat menghormati
Pecahan Nilai Contoh
hormat ibu bapa Bersalam dengan ibu bapa sebelum ke sekolah.
hormat kerajaan dan negara
patuh kepada undang-
undang
hormat ahli keluarga,
guru,rakan, guru dan jiran
hormat kepercayaan dan
adat resam pelbagai bangsa
patuh kepada ketetapan
masa

Kasih sayang
Pecahan Nilai Contoh
menghargai nilai nyawa Menyayangi diri dan keluarga
menyayangi alam sekitar
cinta akan negara

Keadilan dan kebebasan


Pecahan Nilai Contoh
Adil
Saksama
kebebasan di sisi undang-
undang

Keberanian
Pecahan Nilai Contoh
berani mencuba Aminah sering menjawab soalan yang diberi oleh
gurunya.
berani kerana benar

Kebersihan akal dan fizikal


Pecahan Nilai Contoh
kebersihan diri
kebersihan alam sekitar

Kejujuran
Pecahan Nilai Contoh
amanah
bercakap benar
ikhlas

Kerajinan
Pecahan Nilai Contoh
daya usaha
dedikasi

Kerjasama
Pecahan Nilai Contoh
gotong -royong
perpaduan
toleransi

Keserderhanan
Pecahan Nilai Contoh
perlakuan
pertuturan
tidak melampau

Kesyukuran
Pecahan Nilai Contoh
berterima kasih
menghargai
mengenang budi

Rasional
Pecahan Nilai Contoh
membuat pertimbangan

Semangat bermasyarakat
Pecahan Nilai Contoh
bermaufakat
semangat kejiranan
peka isu sosial dan
masyarakat

Patriotisme
Pecahan Nilai Contoh
taat setia
menghormati lagu dan
bendera
cintakan negara
berbangga jadi warga
negara

NILAI-NILAI MURNI
•1 BAIK HATI
1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan
orang lain
1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan
dan perasaan orang lain.
1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas
kepada yang memerlukan.
1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan
menerima pandangan serta memahami perasaan
dan keperluan orang lain.
1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan
memaafkan.

2. BERDIKARI
2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan
boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
lain.
2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada
kebolehan diri dan sanggup mencuba.
4. BERHEMAH TINGGI
3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam
pergaulan.
3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku
kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima
nasihat.
3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan
semua orang

4. HORMAT
4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga–
memulia dan patuh kepada mereka.
4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih
tua, guru, rakan jiran dan pemimpin–
menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan
yang baik kepada mereka.
4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima
dan hormat kepada kerajaan serta lambang
kebesaran negeri dan negara.
4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam
pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan
adat resam semua kaum.
4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi
undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG
5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain–
menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan
memulihara kehidupan flora dan fauna
untuk kesejahteraan hidup.
6. KEADILAN
6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan
keputusan secara positif, menyeluruh dan
bersesuaian.
6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu
pihak dalam membuat keputusan

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

•Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar


batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat
dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara
dan agama.

8. KEBERANIAN

•8.1. Berani mencuba – Berani melakukan


sesuatu perkara yang baru dan mencuba
untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
dengan mengambil kira risiko yang akan
dihadapi.
•8.2. Berani kerana benar – Berani
mempertahankan sesuatu yang diakui
kebenarannya dengan menunjukkan bukti
yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

•9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota


yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk
kehidupan yang sihat.

•9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam


sekeliling supaya rapi dan bebas daripada
kekotoran dan pencemaran.

•9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan orang lain

10. KEJUJURAN
           0.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan
sesuatu tugas yang diberikan dan dapat
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.
•10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang
benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
•10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa
mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN

•11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh


dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk
menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
•11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan
masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah

12. KERJASAMA
•12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas
secara beramai-ramai dan sukarela.
•12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal
mengelakkan berlakunya perselisihan.

•12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di


peringkat keluarga, masyarakat, negara dan
antarabangsa

13. KESEDERHANAAN
•13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana–
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui
batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan kemarahan orang lain.
•13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan
kepentingan diri dan orang lain – Membuat
pertimbangan yang sewajarnya supaya
memuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN
•14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk
menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
15. RASIONAL
15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil
kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT


•16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dan
kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
kepentingan bersama.
•16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-
menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga
dan masyarakat.
•16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
– Memahami masalah masyarakat dan sedia
berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTIK
•17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta
berusaha untuk memajukan negara.

•17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan


apa sahaja demi mempertahankan negara daripada
diceroboh.

 NILAI-NILAI MURNI
Berdasarkan nilai-nilai murni berikut, sila pilih nilai yang sesuai untuk diserapkan
dalam huraian dapatan kajian anda.
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem.
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri.
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk negara.
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
mereka yang sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan
pekerja dalam pembangunan negara.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat
perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira
sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman.
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan
mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti
atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan
4.2       Kaedah Simulasi

              Simulasi merupakan satu situasi pembelajaran yang terkawal dan sengaja
diwujudkan sama seperti situasi yang sebenar. Simulasi boleh dijalankan sama ada secara
sosiodrama atau main peranan. Dalam sosiodrama biasanya skrip telah disediakan manakala
main peranan lebih kepada lakonan. Beberapa pelajar melakonkan (main peranan) satu situasi
dan minta murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam lakonan tersebut. Contohnya
pelajar melakonkan situasi bersalam dengan ibu bapa. Kemudian minta pelajar menyatakan
nilai murni daripada perbuatan tersebut. Kaedah ini amat menarik pelajar kerana di samping
dapat menonjolkan bakat, pelajar juga dapat menjelmakan nilai murni yang terdapat daripada
lakonan tersebut. Di bawah diberikan antara contoh simulasi yang boleh dilakukan.

-         situasi di jalan raya


-         situasi membantu orang buta melintas
-         situasi  menyelamatkan orang kemalangan
-         situasi membuang sampah ke dalam tong sampah
-         situasi semasa menyanyikan lagu ’Negaraku’

4.3     Kaedah Bercerita

        Kaedah bercerita juga boleh digunakan semasa mengajar Bahagian C ini. Cerita yang
disampaikan boleh dilakukan dalam berbagai cara. Antaranya;
         
            i.          Guru bercerita sebuah cerita pendek (10 minit). Selepas itu, minta pelajar
berikan nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan. Kemudian minta pelajar
mengulas nilai murni atau pengajaran berdasarkan cerita tersebut.
            ii.         Guru atau murid membaca petikan yang disediakan manakala murid mencatat
nilai murni dan pengajaran yang diperoleh.
            iii.       Guru mendengarkan rakaman cerita, drama, deklamasi puisi dan sebagainya.
Murid diminta mencatat nilai murni atau pengajaran yang diperoleh.
 

4.4     Menukar Nilai Negatif Kepada Positif

            Dalam petikan diberi bagi Bahagian C ini tidak semuanya menjurus kepada nilai
murni. Terdapat bahan diberi mengandungi nilai negatif. Guru perlu menerangkan kepada
murid tentang arahan soalan yang mahukan nilai positif atau pengajaran yang diperoleh
daripada petikan. Justeru itu, pelajar perlu dilatih menukar nilai negatif dalam petikan kepada
nilai positif dan membuat ulasan berdasarkan petikan. Contoh;

Nilai negatif Nilai positif dan ulasan

Ah Meng suka bercakap bohongdengan Kita mestilah bercakap benar dengan ibu


ibunya. kita.
Muttu sangat malas menyiapkan kerja Kita hendaklah rajin menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh gurunya. sekolah yang diberikan.
Ali suka berlagak dan sombong  kerana dia Kita sepatutnya berhemah tinggiwalaupun
anak orang berada. kita orang berada.

4.5     Pengunaan Alat Bantuan Mengajar

     Penggunaan alat bantuan mengajar seperti gambar boleh digunakan bagi


mengajar Bahagian C ini. Gambar yang ditunjukkan juga dapat memberikan mesej kepada
pelajar. Sehubungan dengan itu, dalam proses pengajaran untuk memudahkan pelajar mencari
nilai murni maka gambar boleh digunakan. Gambar yang dtunjukkan atau diberikan boleh
merupakan gambar tunggal atau gambar bersiri. Selain itu, gambar melalui surat akhbar,
majalah, kartun atau dengan melayari internet juga boleh digunakan. Di peringkat tahap 1,
proses pengajaran begini akan menarik minat pelajar.

           
4.6  Menjelmakan nilai

              Satu lagi teknik yang perlu diajar kepada pelajar untuk menjawab Bahagian C ini
ialah menjelmakan nilai baik yang sedia ada dalam petikan. Pelajar tidak boleh mengambil
nilai baik yang dinyatakan dalam petikan kerana jika pelajar berbuat demikian maka pelajar
tersebut dianggap menyalin semula petikan. Contohnya jika dalam petikan ada nilai
diberi ‘terima kasih’maka ‘terima kasih’ tidak boleh dinyatakan dalam ulasan diberi.
Nilai ‘terima kasih’ perlu dijelmakan dengan perkataan baru yang mempunyai nilai yang
sama iaitu ‘bersyukur’ atau‘menghargai’. Di bawah diberikan beberapa contoh nilai yang
sinonim dengan nilai diberi.

            terima kasih = menghargai = bersyukur 


            berhati-hati = berhemah = cermat
            belas kasihan = simpati
            berbudi bahasa = hemah tinggi
            adil = saksama = hemah tinggi

5.  Langkah Penting Menjawab bahagian C

 5.1  Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi penting


        penting dan kenal pasti nilai baik berdasarkan kehendak soalan
       
            Pelajar mempunyai masa yang mencukupi. Bacaan pertama adalah 
        untuk memahami petikan. Bacaan kali kedua untuk mengenal pasti nilai
        dan garisi ayat  yang ada nilai murni dan tuliskan nilai di tepi petikan
             Contoh:
                                         
kemesra
a
 
 
 
 
 
                

kasih
sayang

 
 
 
                                                                                                            
berusaha

keyakinan

5.2   Gunakan kata ganti nama ‘kita’.

            Petikan dibaca oleh pelajar dan pelajar yang dapat pengajaran
         daripada petikan. Justeru itu gunakan kata ganti nama ’Kita’ semasa
         membuat ulasan.
              
5.3  Gunakan frasa ‘kita hendaklah’, ‘kita haruslah’,

             Pelajar boleh menggunakan rangkai kata tersebut bagi memberi


         penekanan nilai atau pengajaran yang diulas. Antara rangkai kata yang  
         sesuai digunakan seperti berikut:
                          kita haruslah ...
                          kita hendaklah ...
                          kita sepatutnya ...
                          kita sewajarnya ...
                          kita mestilah ...
                          kita perlulah ...

         Contoh ulasan :  Kita sepatutnya rajin menyiapkan kerja sekolah yang 
                                       diberi oleh guru.

5.4   Berikan lima idea penting dalam satu perenggan

                  Pelajar hanya perlu mengambil lima nilai daripada petikan. Jika ada
         lebih daripada lima nilai dalam petikan maka pelajar harus memilih lima
         sahaja  nilai dan ulas setiap nilai dalam satu perenggan sahaja. Jika pelajar
         menulis lebih dari lima nilai maka hanya lima nilai awal sahaja yang
              diambil kira. Pelajar yang membina ulasan dalam bentuk berpoin, frasa
              atau lebih satu perenggan tidak akan cemerlang.
5.5   Mesti mengambil nilai atau pengajaran dan contoh daripada
        petikan sahaja.

            Pelajar perlu mengambil nilai, membuat ulasan (huraian) atau contoh
         berdasarkan petikan diberi. Maksudnya ulasan tidak boleh di luar petikan.
               Ulasan di luar petikan menyebabkan pelajar tidak akan mendapat markah
               yang baik.

                Contoh :
                   

Rupa-rupanya budak itu telah kehilangan duit. Rosman


telahmemberikan sebahagian wangnya kepada budak itu.

           Ulasan salah        : Kita mestilah memberi bantuan kerana itu adalah


                                                    amalan  yang mulia.

                    * salah kerana ulasan di luar petikan walaupun nilainya tepat.

                Ulasan sepatutnya :  Kita mestilah memberi bantuan kewangan


                                                   kepada orang yang memerlukan pertolongan.

            * Betul kerana ulasan berdasarkan  petikan .

            Ulasan sepatutnya  :  Kita mestilah membantu orang lain seperti Rosli
                                                    yang memberikan sebahagian wang kepada
                                                    budak itu.
               
                 * Betul kerana ulasan mengambil contoh dalam petikan.

   5.6     Jelmakan nilai yang terdapat dalam petikan

              Petikan diberi biasanya mengandungi nilai yang tersirat (nilai tidak


              dinyatakan secara terus) dan nilai tersurat (nilai yang dinyatakan terus
              dalam petikan). Nilai yang tersirat ini memerlukan pelajar menjelmakan
              nilai yang sesuai berdasarkan ayat diberi. Bagi nilai yang tersurat pelajar
              perlu menjelmakan nilai baru yang sinonim dengan nilai yang tersurat itu.
             
               5.6.1  Contoh petikan yang mengandungi nilai yang tersirat:

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk


kumpulannya.
         
              * Nilai yang tersirat ialah rajin.

              5.6.2  Contoh petikan yang mengandungi nilai yang tersurat:

Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk


mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

           *  Dalam petikan telah terdapat nilai tersurat (sedia ada) iaitu terima kasih.

          5.6.3  Menjelmakan nilai yang tersurat

                               Kita perlu menjelmakan nilai yang tersurat dengan nilai baru yang
                        sinonim dengan nilai tersebut. Jika tidak kita seolah-olah menyalin
                        semula nilai dalam petikan dan kemungkinan besar nilai yang disalin
                        semula itu tidak memberikan markah.

                        Contoh:

Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk


mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut

                 Nilai tersurat terima kasih gantikan dengan menghargai atau


                 bersyukur.

   5.7   Gunakan penanda wacana bagi menghubungkan ayat

                Penanda Wacana digunakan bagi menghubungkan ayat dengan ayat


             yang lain agar lebih menarik. Untuk itu pelajar boleh menggunakan penanda
             wacana dalam Fomula ASSDA bagi menjawab soalan bahagian C. Antara
             penanda wacana yang sesuai digunakan ialah di samping itu, seterusnya,
             selain itu dan akhirnya.

    5.8   Garisi nilai yang ditulis dalam jawapan


              
                Garisi nilai yang ditulis bagi memberi penekanan tentang nilai yang
              dinyatakan. Selain itu ia memudahkan pemeriksa mengenal pasti nilai yang
              disampaikan.

6.   Fomula mudah menjawab

      Bagi memudahkan pelajar menjawab bahagian C ini , satu fomula direka yang
dikenaliASSDA seperti dinyatakan:

   i.
                                         A

      Fomula ini memudahkan pelajar mengingat dengan menyediakan penanda wacana yang
sesuai. Pelajar cuma memasukkan nilai dan membuat ulasan dalam lima ayat sahaja. Ini dapat
membantu pelajar daripada membuat ulasan yang panjang. Untuk memudahkan lagi,
terutama pelajar-pelajar lemah dan sederhana, masukkan frasa ‘kita mestilah’, kita
sepatutnya’, ‘kita perlulah’ selepas penanda wacana seperti contoh disediakan:

Antara nilai murni / pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah
…………………….........................................
………………… . Seterusnya, kita perlulah………............................
................................................................................Selain itu, kita
mestilah……………………………….........................................................
Di samping  itu, kita sewajarnya .............................................
….....................................Akhirnya,kita ……….............................

7.  Kesilapan Semasa Menjawab

     7.1  Menyalin petikan


              Jangan menyalin petikan. Anda dianggap tidak  menjawab tugasan dan
              markah akan berada pada tahap Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

    7.2   Meringkaskan petikan

              Ada pelajar yang mengambil sebahagian ayat atau mengambil beberapa


               ayat dalam petikan dan menyambungnya seolah-olah tidak menyalin  
               petikan. Ini juga tidak menepati tugasan dan berada pada pemarkahan
               Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

    7.3   Menyenarai nilai dalam bentuk poin atau frasa

                Pelajar cuba ambil cara mudah dengan hanya menyenarai nilai dalam
              bentuk poin atau frasa seperti contoh di bawah:

                       1.  baik hati


                         2.  berkerjasama
                          -   mesti bertanggungjawab
                         *  Perlu berhati-hati

             Pelajar yang berbuat sedemikian dianggap juga tidak menepati tugasan dan
             berada pada pemarkahan Pencapaian Tahap Maksima (PTM).

    7.4  Ada nilai diberi tanpa huraian

                Pelajar yang  memberi nilai sahaja tanpa huraian pemarkahannya


             berada pada aras memuaskan.
             Contoh:
                 Selain itu kita mestilah rajin. Kita juga perlu
                 bertanggungjawab.

   7.5  Ambil nilai dalam petikan tetapi huraian luar petikan

                Ada pelajar yang dapat memberi nilai dengan tepat berdasarkan


            petikan tetapi ulasan nilai di luar petikan. Pelajar yang berbuat sedemikian
            tidak  boleh  cemerlang  dan  hanya  berada  pada  pemarkahan  Aras
            Memuaskan. Cuba lihat contoh di bawah yang mana ulasan di luar petikan.

Ali membuat latihan bahasa Melayu yang diberikan oleh gurunya.

         Ulasan  salah :  Kita perlulah rajin kerana itu sikap yang


                                  baik. (Ulasan di luar petikan)
         Ulasan tepat  :   Kita perlulah rajin membuat kerja   sekolah
                                   yang diberikan oleh guru.
         7.6   Tidak menjelmakan nilai.

                    Pelajar tidak dapat menjelmakan nilai. Pelajar biasanya mengambil
                    semula nilai yang telah ada dalam petikan. Sepatutnya pelajar perlu
                    menjelmakan nilai dengan memberi sinonim nilai yang terdapat dalam
                    petikan. Perhatikan contoh di bawah :

Ali mengucapkan terima kasih kepada Abu yang membantunya mengangkat


mejanya.

             
                Salah             :  Kita perlulah mengucapkan terima kasih kepada
                                           rakan yang membantu kita.

                  Betul              :  Kita perlulah menghargai bantuan yang diberikan


                                            oleh orang lain kepada kita.

          7.7   Mengulang nilai atau idea

                       Pelajar tidak perlu mengulang idea yang sama walau pun dalam
                    petikan mengandungi nilai yang sama bagi aktiviti berbeza.
                    Pengulangan nilai atau idea yang sama tidak memberi apa-apa markah.
                    Oleh itu, pastikan hanya lima idea yang berlainan sahaja diulas.

8.  Bentuk Ulasan Bahagian C

     8.1  Bentuk Ulasan

        Terdapat dua cara yang tepat untuk menjawab soalan Bahagian C ini
   menggunakan fomula ASSDA seperti yang telah dijelaskan pada para 5 .
   Dua cara tersebut ialah:

              i.    Memberi nilai dan membuat ulasan berdasarkan petikan.


                    Contoh:

Farid baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur menolong
ibunya menghidang makanan tengah hari.

               Nilai     :  membantu

                Ulasan    :  Kita mestilah membantu ibu menghidangkan makanan


                                  di dapur bagi meringankan kerja ibu.
            ii.  Memberi nilai dan mengambil contoh yang terdapat dalam  petikan.
                   Contoh:

Farid baru pulang dari sekolah. Selepas mandi, dia ke dapur menolong
ibunya menghidang makanan tengah hari.

                 Nilai     :   membantu

                Ulasan   :  Kita mestilah membantu ibu seperti Farid yang menolong              
                                 ibunya menghidang makanan tengah  hari.

                 * Pelajar boleh memilih salah satu cara menjawab mengikut kesesuaian.  


                  Di bawah ini diberikan sepenuhnya contoh menjawab bahagian C
                  menggunakan kedua-dua cara yang telah diberikan.

9.   Contoh Membuat Ulasan Bahagian C   

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.

  

    Nilai yang diperoleh dalam petikan


 
-         rajin                                                   -  bertindak pantas / bijak      
-         bersungguh-sungguh                         -  membalas / mengenang budi
-         tekun / berusaha / berdisiplin            -  berhemah / menghargai
-         berhati-hati                                       -  setiakawan / hubungan baik
-         membantu / menolong / baik hati      -  berani / rasional
-        prihatin / belas kasihan

 Contoh Ulasan Bentuk 1 (Ulasan Berkaitan Petikan)

        Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin mencari rezeki untuk keluarga kita.
Seterusnya kita perlulah tekun berusaha apabila menjalankan tugas yang diberikan.
Selain itu, kita sepatutnya menolong orang lain yang memerlukan pertolongan.
Di samping itu, kita perlulah bertindak pantas untuk menyelamatkan diri daripada bahaya.
Akhirnya, kita haruslah menghargai pertolongan orang lain dengan mengucapkan terima
kasih.

Contoh Ulasan Bentuk 2 (Ulasan Mengambil Contoh Dalam Petikan)

        Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah rajin membuat kerja seperti Sang Semut
menjalankan tugas yang diberikan. Seterusnya kita perlu berhati-hatiagar tidak jatuh ke dalam
sungai seperti Sang Semut.
Selain itu, kita perlu tolong menolong seperti Sang Merbuk yang menjatuhkan daun untuk
Sang Semut berpaut.
Di samping itu, haruslah membalas budi seperti Sang Semut membantu Sang Merbuk
daripada ditembak pemburu.
Akhirnya, kita menghargai pertolongan orang lain seperti Sang Merbuk yang mengucapkan
terima kasih kepada Sang Semut.

11.  Pemarkahan

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


  i.   Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan
       bahan rangsangan/tugasan.
Cemerlang 18 – 20  ii.   Penggunaan kata dan kosa kata yang luas serta
(Lima nilai)        sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
iii.   Ejaan dan tanda baca yang betul. (Beri 20
       markah jika tiada kesalahan langsung)
iv.   Pengolahan idea menepati tugasan.

12 - 17   i.   Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan


       bahan rangsangan/tugasan.
Baik  ii.   Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana
(Empat nilai) (15 – 17)        serta masih sesuai dengan bahan rangsangan /
       tugasan.
iii.  Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda
(Tiga nila) (12 – 14)        baca.
iv.   Pengolahan idea masih  menepati tugasan.

06 - 11   i.   Menggunakan ayat mudah serta ringkas


       berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
Memuaskan (09 – 11)  ii.   Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan
(Dua nilai)        terdapat yang kurang sesuai dengan bahan
(06 – 08)        rangsangan / tugasan.
iii.  Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda
       baca.
iv.   Pengolahan idea kurang  menepati tugasan.

  i.   Menggunakan ayat yang tidak gramatis


       berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
Pencapaian 01 - 05  ii.   Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad /
Tahap        tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan
Minimum iii.  Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.
(Kosong atau iv.   Pengolahan idea kurang /tidak menepati
satu nilai)        tugasan.

           

12.  Simbol Penandaan

√                  Idea / isi

(  )               Kesalahan isi / tidak berkaitan


˘˘˘˘˘˘˘          Kesalahan Struktur ayat

 —               Kesalahan penggunaan kata

 О                Kesalahan tanda baca

  ⊛                Kesalahan tanda baca berulang

  /       Kesalahan ejaan

 //                 Kesalahan ejaan berulang

===             Kesalahan imbuhan

≡≡               Kesalahan imbuhan berulang

-F               Kesalahan format

POL           Pengalaman orang lain

 bp              Bilangan perkataan

Latihan

Baca ayat yang diberi dengan teliti dan tentukan nilai murni yang diperoleh. Kemudian buat
ulasan.
Bi Ayat Nilai Ulasan
l
1 Ahmad bersalam dengan ibu
bapanya sebelum pergi ke
sekolah.
2 Amin mengambil seekor anak
kucing yang kesejukkan dari
dalam longkang di tepi jalan
itu.
3 Ah Meng membantu ibunya
menanam sayur di belakang
rumah.
4 Krisnan membawa basikalnya
dengan laju ke sekolah.
5 Ah Chai sering tidak
menyiapkan kerja sekolah
yang diberi oleh gurunya.
6 Sobri memulangkan wang
yang dijumpainya kepada
tuannya.
7 Adik meminta maaf dan
berjanji tidak akan mengusik
barang-barang kepunyaan
kakak lagi.
8 Nani murid yang sentiasa
mengambil berat tentang
pelajarannya
9 Mengumpul setem adalah
antara hobi yang paling
digemarinya
10 Dia dapat mengelakkan dirinya
daripada terlibat dengan
perkara-perkara yang tidak
bermanfaat
11 Ketika berjalan ke sekolah
untuk menghadiri latihan
sukan,
12 Aku teringat akan pesanan ibu
bapaku agar tidak mengambil
barang kepunyaan orang lain.

13 Aku membuat keputusan untuk


menyerahkan dompet tersebut
kepada guru bertugas
14 Mereka mendoakan supaya
awak  segera sembuh.
15 Kita berkawan mestilah saling
mengingati.

16 Mereka mendoakan supaya


awak segera sembuh
17 Kita mesti pastikan air tidak
bertakung agar nyamuk aedes
tidak membiak
18 Halim.Saya minta diri dulu

19 Saya dah berjanji dengann ibu


saya untuk pulang awal.
20 Sekurang-kurangnya buku ini
boleh mengisi
 masa lapang saya di sini.
21 Sampaikan salam saya kepada
kawan-kawan dan keluarga
awak.

22 Kamal seorang murid yang


rajin dan pintar

23 Kamal menumpukan sepenuh


perhatian terhadap pengajaran
gurunya
24 Dia sering dijadikan contoh
oleh guru-gurunya kerana
sikapnya yang ringan tulang
dan bersopan santun
25 Kamal akan membantu bapa
saudaranya di kebun
26 tidak pernah merungut
walaupun keletihan

27 Kamal akan memberikan


tunjuk ajar kepada adik-adik
saudaranya tentang isi
pelajaran
28 Arif menyertai lawatan sambil
belajar

29 Arif dengan segera mengambil


telefon bimbit itu lalu
mendapatkan pemuda tersebut.
30 . Walau bagaimanapun, Arif
menolak pemberian tersebut
dengan baik

31 Sungai telah dijadikan tempat


pembuangan sampah-sarap
32 Ah Meng suka bercakap
bohong dengan ibunya.
33 Muttu sangat malas
menyiapkan kerja sekolah
yang diberikan oleh gurunya
34 Ali suka berlagak dan
sombong  kerana dia anak
orang berada.
35 Aku membuat persediaan awal
untuk menghadapi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah
36 Di sekolah aku sentiasa
menumpukan perhatian semasa
guru mengajar
37 Aku akan membuktikan
bahawa kemiskinan bukan
penghalang mencapai
kejayaan.
38 Sang Merbuk mengucapkan
terima kasih kepada Sang
Semut
Krisnan membawa basikalnya
dengan laju ke sekolah
1.   Ahmad bersalam dengan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah.
             Nilai    : ____________________
             Ulasan : ________________________________________________________
2.   Amin mengambil seekor anak kucing yang kesejukkan dari dalam
      longkang di tepi jalan itu.
             Nilai    : ____________________
             Ulasan : _______________________________________________________

3.   Ah Meng membantu ibunya menanam sayur di belakang rumah.


             Nilai    : ____________________
             Ulasan : ______________________________________________________
                                
4.   Krisnan membawa basikalnya dengan laju ke sekolah.
             Nilai    : ____________________
             Ulasan : ______________________________________________________
                                 
5.   Ah Chai sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.
             Nilai    : ____________________
             Ulasan : ______________________________________________________

6.   Sobri memulangkan wang yang dijumpainya kepada tuannya.


             Nilai    : ____________________
             Ulasan : ______________________________________________________
AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan
oleh perkataan kata hubung dan, atau, tetapi, kecuali, sambil dan lain-lain. Contoh-contoh
ayat majmuk:

1) Kakak suka menyanyi. (ayat tunggal)


Adik suka menari. (ayat tunggal)
* Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.
Kakak suka menyanyi tetapi adik suka menari.
(ayat majmuk) (kata hubung)

2) Ayah cuci kereta. (ayat tunggal)


Ayah menyanyi. (ayat tunggal)
* Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.
Ayah cuci kereta sambil menyanyi.
(ayat majmu (kata hubung)

AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Ayat tunggal juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh-contoh ayat tunggal:


1) Datuk saya sedang berehat.
(subjek) (predikat)
2) Doktor Amir bertugas di klinik.
(subjek) (predikat)
3) Basikal itu milik saya.
( subjek ) (predikat)

KATA GANDA PENUH


Kata ganda penuh atau penggandaan penuh bermaksud seluruh perkataan diulang tanpa
mengalami perubahan bunyi atau bentuk, sama ada berimbuhan atau tidak. Contoh-contoh
kata ganda penuh:

Labah-labah
Sejenis serangga berkaki lapan yang membuat sarang dengan menyirat benang yang keluar
dari badannya.

Sumpah-sumpah
Haiwan yang menyerupai cicak dan boleh bertukar warna

Kanak-kanak
Budak lelaki atau perempuan yang masih kecil ( biasanya yang belum berumur lebih daripada
7 atau 8 tahun )

Orang-orang Boneka, patung


Penggandaan penuh juga boleh berlaku dalam keadaan berikut: seluruh kata dasar
Contoh: pokok-pokok, rumah-rumah

seluruh kata terbitan


Contoh: pakaian-pakaian, lukisan-lukisan 

kata berimbuhan
Contoh: biji-bijian, kenang-kenangan 

kata majmuk
Contoh: kedai-kedai baju, kuih-kuih manis

Anda mungkin juga menyukai