Anda di halaman 1dari 18

SAJAK

DIRGAHAYU BAHASAKU
PENGARANG - AHMAD SARJU
OLEH: AMALIA BT MOHD ZAIDI AMNI ARIFAH BT ARIFFIN ( 5 AALI-IMRAN )

MAKSUD

Rangkap Pertama:

Kedudukan bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi lambang bangsa yang berjasa,setia dan amanah.

Rangkap Kedua: Bahasa merupakan maruah bangsa yang perlu dijaga martabatnya agar penggunaanya dapat memupuk perpaduan dan sentiasa teguh.

Rangkap Ketiga: Pengorbanan dan jasa pejuang-pejuang dahulu memartabatkan bahasa Melayu begitu tinggi nilainya.Mereka ingin memastikan kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat di bumi sendiri.

Rangkap Keempat: Sejak zaman dahulu lagi,bahasa Melayu amat gemilang kerana digunakan oleh para pedagang di merata-rata tempat untuk menjalinkan perhubungan.

Rangkap Kelima: Keagungan bahasa Melayu mula mencapai kejayaan di peringkat dunia sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

TEMA

Tema sajak ini ialah semangat cinta akan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain.Masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing selain bertanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda.

PERSOALAN
Kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. - Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini. . Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. - Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dipertanggungjawabkan kepada semua orang. . Kecekalan hati pejuang bahasa. - Pejuang-pejuang bahasa sentiasa memiliki kecekalan hati untuk mendaulatkan bahasa di tanah air sendiri dan bakal merebak pengaruhnya ke seluruh dunia.

Sejarah membuktikan bahawa masyarakat tempatan memang diakui kekehebatannya. - Masyarakat telah mewujudkan perhubungan dengan negara-negara lain,menyebarkan bahasa yang dipandang tingggi pada suatu ketika dahulu.

. Kepentingan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi.


- Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.

. Bahasa Melayu berupaya berkembang di Nusantara.


- Bahasa Melayu boleh melebarkan pengaruhnya kerana ketinggian falsafahnya,berperanan sebagai wahana pemikiran dan komunikasi dan semakin mendapat perhatian pada alaf baharu.

GAYA BAHASA
Metafora Sinkope Lautan bijaksana,mutiara silam. tempatmu bangsaku merentas dunia tak bertepi (rangkap 3) hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu (rangkap 3) Merentas dunia tak bertepi (rangkap 3) Gagah pelautku membelah lautan (rangkap 4) a)ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam b)dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Anafora

Hiperbola Repitasi

Perlambangan Pejuangku,pelautku dan pulau. Personifikasi Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam (rangkap 4)

UNSUR BUNYI
ASONANSI a) merentas dunia tak bertepi (perulangan vokal e) b) menusuk kalbu lagu bangsamu (perulangan vokal u) a) sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan (perulangan konsonan n) b) di arena antarabangsa suaramu tumbuh (perulangan konsonan r) a)Rangkap 1 abca b)Rangkap 2 aabab c)Rangkap 3 aaabb d)Rangkap 4 aaabb e)Rangkap 5 abaccaa

ALITERASI

RIMA

NILAI MURNI

PATRIOTISME. - Masyarakat wajib menunjukkan perasaan cinta dan kesetiaan kepada negara dengan menuturkan bahasa ibunda walaupun dimana mereka berada.

. KERJASAMA
- Usaha untuk memartabatkan bahasa memerlukan kerjasama yang menyeluruh.

. TANGGUNGJAWAB
- Masyarakat bertanggungjawab mempertahankan dan memartabatkan bahasa ibunda.

. KEBANGGAAN
- Masyarakat patut berasa bangga untuk menuturkan bahasa ibunda masing-masing.

PENGAJARAN

Kita perlu mempertahankan maruah bangsa. - Sesuatu bangsa hendaklah sanggup mempertahankan bahasa ibunda masing-masing.

. Kita wajarnya memiliki perasaan bangga. - Masyarakat wajar berasa bangga setiap kali menuturkan bahasa ibunda. . Kita mestilah memartabatkan bahasa. - Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia. . Kita perlu gigih mendaulatkan bahasa. - Semangat pejuang bahasa perlu dicontohi oleh kita semua. . Kita wajar memandang tinggi kedudukan bahasa ibunda kita. - Penyair mahu masyarakat mengelakkan diri daripada memandang rendah terhadap bahasa ibunda sendiri.

SOALAN 1 NYATAKAN TIGA JENIS GAYA BAHASA YANG TERDAPAT DALAM SAJAK INI.
Sinkope - tempatmu - bangsaku - merentas dunia tak bertepi Hiperbola - gagah pelautku membelah lautan Personifikasi - ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

SOALAN 2
BERIKAN TIGA NILAI MURNI YANG TERDAPAT
DALAM SAJAK TERSEBUT.
KERJASAMA - Bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu. TANGGUNGJAWAB - Masyarakat bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu ke peribgkat tertinggi agar dikenali dan dipandang tinggi di seluruh dunia.

NILAI PENGORBANAN - Sanggup berkorban demi memastikan kelangsungan penggunaan bahasa Melayu di peringkat dunia.

SOALAN 3 APAKAH TEMA BAGI SAJAK INI?


Tema bagi sajak ini ialah semangat cinta akan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain.Masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing selain bertanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda.

SOALAN 4 CADANGKAN TIGA LANGKAH YANG WAJAR


DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN MARTABAT BAHASA MELAYU DI MATA DUNIA.

Kempen penggunaan bahasa Melayu digiatkan di seluruh dunia. Penggunaan bahasa Melayu diwajibkan dalam sebarang majlis formal. Penggunaan bahasa Melayu diwajibkan dalam perbicaraan di mahkamah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai