Anda di halaman 1dari 4

Dirgahayu Bahasaku oleh Ahmad Sarju

DIRGAHAYU BAHASAKU Ahmad Sarju


Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru.

Dirgahayu Bahasaku oleh Ahmad Sarju

ULASAN SAJAK
Secara keseluruhan , sajak ini membicarakan isi hati penyajak tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penyajak amat menyayangi bahasa Melayu/ bahasa kebangsaan. Penjayak mengajak pembaca dan seluruh rakyat berusaha mendaulatkan bahasa kebangsaan. Penyajak amat berbangga dengan kehebatan bahasa Melayu yang pernah menjadi bahasa lingua franca seperti yang tercatat dalam sejarah Negara. Penyajak berharap bahasa kebangsaan menjadi bahasa antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia. Penjayak berharap bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu. Penyajak berharap agar bahasa kebangsaan menjadi alat untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat dan global. Penyajak berharap bangsa Melayu mampu menempa kejayaan pada alaf baru melalui kehebatan bahasa Melayu. TEMA Semangat cinta akan bahasa kebangsaan PERSOALAN i. Status Bahasa Melayu sebagai kebangsaan yang tinggi kedudukannya di hati rakyat. ii. Bahasa menggambarkan maruah dan jati diri bangsa iii. Kecekalan hati dan semangat pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara sendiri iv. Sejarah kegemilangan bahasa kebangsaan di persada dunia v. Kehebatan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi vi. Keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa global vii. Bahasa Melayu yang dipenuhi ciri tatasusila dan budi bahasa yang tinggi. viii..Cita-cita /hasrat/seruan kepada rakyat agar berusaha bersama-sama

memartabatkan bahasa Melayu

Dirgahayu Bahasaku oleh Ahmad Sarju


GAYA BAHASA 1. Sinkof tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak 2. Metafora lautan bijaksana 3. Personifikasi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan - bahasaku mencengkam 4. Inversi gagah pelautku membelah lautan - di arena antarabangsa suaramu tumbuh 5. Anafora hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu 6. Pengulangan ke barat dan ke timur ke utara dan ke selatan

NILAI i. Semangat cinta akan bahasa kebangsaan/bahasa Melayu. Penyajak amat menyayangi bahasa kebangsaan sehingga meletakkan tempatnya di atas singgahsana (satu kedudukan yang tinggi ) ii. Kecekalan Pejuang-pejuang bahasa amat cekal memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini dan di peringkat antarabangsa. iii. Kasih dan sayang Penyajak amat menyayangi bahasa kebangsaan dan mahu setiap rakyat memartabatkan bahasa kebangsaan di hati masing-masing.

Dirgahayu Bahasaku oleh Ahmad Sarju


PENGAJARAN i. Kita mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri. ii. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguhb meninggikan kedudukan bahasa kebangsaan. iii. Kita mesti yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. iv. Kita mesti berusaha menempa kejayaan tanpa meminggirkan kepentingan bahasa kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai