Anda di halaman 1dari 4

SYAIR PENGEMBARA BAHASA KEBANGSAAN

SYAIR PENGEMBARA BAHASA Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa, Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa; Bijak berkata indah berbahasa, Perjuangannya mempertabatkan Warisan Bangsa. Sudah bertahun dia mengembara, Serata dunia memperkenalkan bahasa; Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa, Bahasa kebangsaanku indah bila berkata. Ilmu dicurah tak pernah jemu, Demi kerana mempertabatkan bahasa ibundaku; Kudoakan kejayaan untuk dirimu, Di mana berada Tuhan bersamamu. Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan; Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan, Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan. Pelajarmu ramai di serata dunia, Mempelajari mereka tanpa berputus asa; Bahasa ibundamu diminati terasa bangga, Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa. Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu, Warga dunia mengenal juga negaramu; Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu, Mereka melancong ke negaramu. Datang mereka disambut gembira, Disambut dengan sejambak bahasa; Bahasa cinta memukau jiwa, Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

Datang ke negaramu berbahasa ibunda, Begitu fasih indah tutur kata; Teruja rakyat Malaysia mendengarnya, Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta. Semasa di negara sendiri mereka mempelajari, Bahasa inbundaku penuh tekun dipelajari; Datang melancong ke Malaysia ini, Jatuh cinta berbangga mempelajari. Ilmu dituntut rasa dibanggai, Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati; Akan diungkap apabila sampai di sini, Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti. Indah sungguh Bahasa Melayuku, Dipelajari warga dunia tanpa jemu; Bahasa ibundaku jiwa terpukau, Siapa mendengar pasti tak jemu. Terima kasih kepada Kembara Bahasa, Ilmu dicurah di serata dunia; Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia, Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata. Budi bahasa indah penenang jiwa, Mengungkap kata sepenuh rasa; Terpukau mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa. Indah bahasa seiring keindahan negaraku, Keindahan alam mereka terpukau; Menjadi realiti diluar jangkau, Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku. Terpaku mereka keindahan Malaysia, Rakyatnya bersatu dalam berbahasa; Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja, Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Bertukar-tukar pandangan para tetamu, Datang ke sini berbahasa Melayu; Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu, Ramai yang mendengar rasa terpukau. Penat lelahmu terbalas sudah, Namun hatimu tak pernah bermegah; Kau seorang yang berhati tabah, Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah. Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan, Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan; Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan, Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan. Seluruh Malaysia mahu dijelajahi, Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai; Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai, Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati. Diberi sokongan oleh semua pejuang bahasa, Tidak kira siapa pun mereka; Bersatu hati demi bahasa ibunda, Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta. Pengembara bahasa bersama pejuang bahasa, Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta; Untuk memupuk budaya bahasa ibunda, Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa. Semua rakyat Malaysia akan berbangga, Mencintai Bahasa Kebangsaan kita; Bila berbahasa penuh bangga, Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita. Kembara Bahasa dan pejuang bahasa, Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa; Moga matlamat kalian akan berjaya, Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

Bahasa kita warisan kita, Warisan seni yang perlu dibangga; Marilah kita membudayakannya, Pewaris kita turut berbangga. Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa, Dipersembahkan untuk warga dunia; Moga gembira dan sentiasa bahagia, Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.

Anda mungkin juga menyukai