Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Sajak nukilan Allahyarham Dato' Usman Awang, 1956.

TANAH JANTUNG Ini negeri kita Negeri kasih Kasih kita pada yang tak berbelah Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah Kita genggam sejarah Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah Gundah beradap akhirnya terlerai Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa Jatuh dan bangun anak ank bangsa Kenal makna fahami erti slogan warga Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa Ini ibu pertiwi kita negeri tercinta Cinta kita yang setia terukir Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir Alirnya memercikkan cita Cita kita memercukan jaya Jaya ini kelak menjulangkan maruah Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah Selamatlah kau tanah jantungku yang indah Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua Petamu keplaj sudah Udaramu camilha akhirnya Melindung memayungi Bumi kekasih ini Ini negeri kita Diukir ikrar dan kata Dikibar jalur gemilang merata Senandung dan nyanyi bernafas setia

Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung Dari perut laut hingga ke puncak gunung Awan-gemawan tanah air gemilang Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya untuk kau negeri yang kukasihi. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Sajak nukilan Allahyarham Dato' Usman Awang, 1956. Di Bumi Tercinta Ini Di bumi tercinta ini kita menganyam perjuangan berbekalkan sebuah bahtera dan sebuah neraca milik perjuangan sejati memartabatkan bahasa ibunda. Bahasa ibunda adalah bekalan membangun atma anak-anak watan meneroka belantara melayari lautan menerbangi angkasa kerana kehidupan mesti dibajak mesti diteroka. Di bumi tercinta ini kita semaikan semangat bercambah di sanubari anak nusa bahawa bahasa adalah jati diri bangsa bahawa bahasa identiti negara. Wahai anak-anak watan gemblengkan tekad bahawa bahasa itulah memupuk nilai-nilai kehidupan menyemarakkan azam dan cita-cita memperkukuhkan tamadun bangsa memerdekakan diri daripada pengkhianatan membebaskan perjuangan ketamakhalobaan.

Bahasa adalah permata adalah mutiara adalah intan baiduri kerana bahasa mahkota bangsa. Di mana hak dan harga diri jika bahasa terkorban dalam arus globalisasi di mana hakikat perjuangan sejati jika hanya memperkukuhkan kuasa sehingga terkorban perjuangan bangsa? Kita wajar mengimbau pembangunan negara berwibawa lewat bahasa ibunda membangun ekonomi dan keperibadian bangsa membangun pendidikan dan sahsiah negara. Wahai anak-anak watan gemblengkan perjuangan bahawa kita tidak betah lagi terjajah bahasa adalah hak mutlak memperkasakan nusa bangsa di bumi tercinta ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai