Anda di halaman 1dari 4

C.

“Bahasa Jiwa Bangsa”

Bahasa indah terganti sudah,


Bahasa baru menjajah jiwa,
Bahasa kemuliaan negara,
Menjadi harapan memperkasa negara.

Oh Duniaku,
Hilang sudah jata dirimu,
Harapan pendekar hebat,
Minta dijaga bahasa ibunda,
telah terkubur tiada cerita,
Sinar kian kelam.

Aku bangkit pertahankan bangsa,


Cuba mengubah jalan cerita,
Bahasa ibunda kubanggakan semula,
Semoga kekal menjadi ikutan.

[8 markah]
SKEMA JAWAPAN SAJAK

a. Maksud rangkap pertama sajak Menterjemah Bahasa adalah


penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan
dan telah tersebar ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah
menjadi jambatan penghubung dan penyatuan pelbagai bangsa dan
budaya yang berlainan.

Selain itu, maksud rangkap kedua pula adalah bahasa kita telah
diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya
hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu
menjadi medium ilmu dan mengangkat maruah sesuatu bangsa
sehingga ke peringkat antarabangsa.

[4 markah]

b. Berdasarkan sajak Menterjemah Bahasa, empat gaya bahasa


yang terdapat dalam sajak tersebut adalah gaya bahasa
asonansi iaitu pengulangan vokal huruf “a”. Contohnya, tanpa
layu menyatu suara berpadu.

Selain itu, gaya bahasa aliterasi iaitu pengulangan konsonan


huruf “r”. Contohnya, agar pewaris jati diri.

Seterusnya, gaya bahasa anafora iaitu pengulangan perkataan


di awal baris. Contohnya,

tanpa layu menyatu suara perpadu


tanpa ragu menyusun muafakat agenda

Di samping itu, gaya bahasa hiperbola iaitu penyataan yang


dibuat secara berlebihan. Contohnya, kudratnya telah
mengkeramatkan maruah bangsa.
[8 markah]
a. Nyatakan maksud rangkap pertama dan rangkap kedua. [4 markah]

b. Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang [8 markah]


terdapat dalam sajak tersebut.

c. Cipta sebuah sajak betemakan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. [8 markah]


Panjang sajak hendaklah antara 12 hingga 15 baris.

By: Masturina binti Bolhasan ~박은린~


(5 Amanah)
SET 9
Menterjemah Bahasa

Menghuni subur tanah nurani ini


dalam puitis pena dan patah bicara
bertakhta santun mencerna hikmah
bertunas subur mewangi wadah
yang mengalir jernih falsafah kematangan
yang menakungi gemilang dari benua ke benua
itulah bahasa ibunda tercinta
itulah bahasa ibunda tercinta
menjana penyatuan jalinan bangsa
antara rimbunan siratan budaya.

Setelah ratusan tahun dijunjung


malah sejak abad ke-7 Masihi
dari kerajaan Sriwijaya hingga
zaman Kesultanan Melayu Melaka
ledakannya telah menawan nur ilmu
martabatnya telah membina tamadun unggul
kudratnya telah mengkeramatkan maruah bangsa
sehingga mampu mengangkat perasa akal
yang menjulang adunan wawasan diksi
menjangkau taksiran langit globalisasi.

Tanpa lesu mentafsir iltizam ilmu


Tanpa layu menyatu suara berpadu
Tanpa ragu menyusun muafakat agenda
Agar pewaris jati diri
Menyempurkan cendekiawan dan pendeta
Sehingga melimpah destinasi penerokaan minda

Sesungguhnya bahasa kita menterjemah segala erti


merungkai segala teori, menyelesai segala misteri
walau bejana politik penjana pernah menyempitkan fungsi
malah melunturkan nilainya kerana kepentingan ekonomi
namun bahasa kita mampu meredah segala linguistik retorik
Juga segala gagasan ilmiah dan estetika
Maka perjuangan kita akan terus mampu memperkasakan akta
Kerana bahasa kita bukan artifak antik
Malah terlalu agung darjat
Sebagai warisan negara bangsa.

Anda mungkin juga menyukai