Anda di halaman 1dari 10

KERANCUAN BAHASA DALAM LIRIK BAHASA MELAYU DI

MALAYSIA:
SATU TINJAUAN

PENGENALAN
Bahasa merupakan maruah bangsa dan Negara. Bahasa Melayu terus
menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana
kebudayaan moden. Selain itu, bahasa juga merupakan tonggak
tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Isu bahasa melayu baku bukanlah
isu bahasa yang betul atau tidak betul. Pembakuannya merupakan
idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan mewujudkan
masyarakat yang padu. Tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan
penjelasan terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan
dengan pembakuan bahasa melayu. Sepertimana yang kita tahu,
bahasa Melayu sekarang ini diancam dan digugat oleh Bahasa Inggeris,
singkatan bahasa, dan berbagai lagi kesalahan ekoran daripada era
globalisasi dan ekonomi digital. Malah terdapat juga segelintir lirik lagu
yang di ancam kecelaruan ini terutamanya lirik-lirik lagu yang dihasilkan
oleh

anak-anak

muda.

Mereka

banyak

mencampur

adukkan

penggunaan bahasa dan adakalanya merosakkan bahasa itu sendiri


tanpa mengambil berat penggunaan bahasa yang betul. Namun begitu
masih lagi terdapat lirik-lirik lagu yang masih di jaga penggunaan
bahasanya terutama lirik-lirik lagu yang diubah oleh pengubah veteran
yang menganggap bahasa merupakan suatu yang penting dalam
penyampaian seni kata lagu tersebut.
Dalam kajian ini kita akan lihat pelbagai kekacauan penggunaan
bahasa standard dalam lirik-lirik lagu lama dan baharu dan betapa
kesannya terhadap masyarakat yang mendengarnya. Lirik lagu yang
akan di tinjau antaranya:
1. Tajuk: Merisik Khabar
Penyanyi: Sudirman
1

Penulis Lirik: Habsah Hassan


2. Tajuk: Cinta Beralih Arah
Penyanyi: Aisyah
Penulis Lirik: Habsah Hassan

3. Tajuk: Gosok
Artis: Spider
Penulis Lirik: Allahyarham Rosli Khamis(Loloq)
4. Tajuk: Gemuruh
Artis: Wings
Penulis Lirik: Allahyarham Rosli Khamis(Loloq)
5. Tajuk: Assalamualaikum
Artis: Faizal Tahir
Penulis Lirik: Faizal Tahir
6. Tajuk: Adrenalin
Artis: Faizal Tahir
Penulis Lirik: Faizal Tahir

DEFINISI
Menurut kamus dewan edisi keempat kerancuan telah diambil daripada
perkataan rancu yang bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau.
Manakala kerancuan pula ditakrifkan sebagai kekacauan atau keadaan
yang

tidak

teratur.

Seterusnya

pembakuan

bermaksud

usaha

membakukan atau mengstandardkan sesuatu. Bahasa pula ditakrifkan


sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Melayu pula
ditakrifkan sebagai nama satu bangsa dan bahasa.
Lirik bermaksud seni kata lagu dan lagu pula ditakrifkan sebagai
irama suara. Manakala menurut kamus besar Indonesia pula rancu
bermaksud tidak teratur,campur aduk atau kacau. Merancukan pula
bermaksud
kerancuan

mencampur
pula

adukkan

bermaksud

atau

kekacauan
2

mengacaukan.
atau

Manakala

pengacauan

hasil

penggabungan dua bentuk yang secara tidak sengaja atau lazim di


hubung-hubungkan. Di sini dapatlah kita fahami bahawa maksud
kerancuan pembakuan bahasa dalam lirik lagu ialah merupakan
kekacauan dalam mengstandardkan sistem bahasa dalam seni kata
irama suara.

DEFINISI KONSEP
Menurut kamus dewan edisi keempat kerancuan bermaksud kekacauan
atau tidak teratur. Manakala pembakuan sebagai usaha membakukan
atau menstandardkan. Kerancuan bahasa bermaksud penggunaan
bahasa yang salah dan melanggar peraturan-peraturan bahasa yang
telah dipersetujui sama ada kesalahan tersebut pada peringkat sebutan,
ejaan,

peristilahan,

kosa

kata,

tatabahasa,

laras

bahasa

serta

percampuran bahasa asing atau disebut bahasa rojak. Perkataanperkataan yang sama maksud dengan kerancuan ini juga ialah
pencemaran, kecelaruan, kesalahan dan kesilapan.
Menurut Dr. Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang
telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau
susunan frasa dan ayat.
Awang Sariyan (1996), pembakuan bahasa dapat didefinisikan
sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa
yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran.
Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa
definisi kerancuan bahasa ialah kekacauan bahasa yang berlaku akibat
daripada kekeliruan oleh pengguna bahasa itu sendiri. Di samping itu,
3

dapatlah difahami bahawa maksud yang sama makna dengannya ialah


kekacauan pada penggunaan bahasa sama ada dalam penulisan
ataupun dalam bentuk komunikasi. kesalahan tersebut kebiasaannya
boleh berlaku pada peringkat sebutan, ejaan, tatabahasa, kosa kata,
laras bahasa dan pencampuran bahasa asing.
ISU KERANCUAN BAHASA DI DALAM LIRIK LAGU MELAYU
Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media
televisyen mengandungi lirik Gunakanlah bahasa kebangsaan kita,
marilah amalkan ramai-ramai ciptaan Dol Ramli sebagai usaha untuk
memperjuangkan martabat Bahasa Melayu di negara kita . Walau
bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini semakin
menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui lirik lagulagu Melayu yang dikomersialkan.
Dalam kajian ini, kami akan mengkhususkan isu lagu-lagu Melayu
yang banyak menggunakan bahasa rojak dalam lirik lagu yang
dihasilkan. Seperti yang kita ketahui, jelas memperlihatkan penggunaan
bahasa rojak dan kesalahan tatabahasa di dalam lirik lagu Melayu
sekarang. Hal ini telah menunjukkan bahawa dunia seni suara tanah air
telah merosot nilai jati diri Melayunya. Lirik lagu mula dirojakkan
bahasanya atas alasan mahu memberi nilai komersial yang lebih ke
atas lagu yang dihasilkan. Penulis lirik seharusnya lebih peka dalam
kepentingan penggunaan bahasa yang betul. Kedaulatan bahasa
kebangsaan

haruslah

dikekalkan,

bukan

dicemarkan

dengan

penggunaan bahasa rojak walaupun ada yang menganggap isu bahasa


rojak dalam penghasilan lagu adalah sebuah isu picisan yang tidak
perlu diketengahkan.
Penggunaan bahasa rojak dalam penulisan lirik lagu sudah
menjadi budaya dalam masyarakat di Malaysia. Sepatutnya perkara itu
tidak patut atau tidak boleh sama sekali berlaku kerana bahasa adalah
4

salah satu unsur pembentukan jati diri dalam diri setiap masyarakat di
Malaysia. Jika masyarakat sendiri tidak memartabatkannya, maka tidak
mustahillah masyarakat lain tidak akan menghormati bahasa kita.
Oleh

itu,

kerancuan

Bahasa,

kesalahan

tatabahasa

dan

percampuran lirik lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam


industri muzik kita merupakan satu masalah yang perlu ditangani
segera. Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
negara Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
memartabatkan bahasa Melayu supaya tidak disalahgunakan dan
dicemari oleh bahasa asing. Lirik lagu juga merupakan salah satu
langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana lagu-lagu Melayu
boleh didengar oleh semua peringkat umur dan jika digunakan dengan
cara yang betul, maka ianya dapat memartabatkan lagi ketamadunan
Bahasa melayu itu sendiri.

PANDANGAN
Penggunaan bahasa rojak dan kesalahan tatabahasa dalam lirik lagu adalah
suatu tindakan yang tidak wajar dilakukan dalam pembikinan sesebuah lagu. Ini
kerana tindakan tersebut dilihat tidak menghormati dan tidak menyanjungi Bahasa
Melayu. Sebagai contoh ialah lirik lagu Assalamualaikum tulisan Faizal Tahir yang
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Percampuran bahasa di
dalam sebuah lirik menunjukkan ketidakseragaman dalam penggunaan bahasa
yang betul. Antara kesalahan yang sering berlaku juga ialah mengajuk sebutan
Bahasa Indonesia seperti perkataan mencuba menjadi mencoba. Walaupun
perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama tetapi, sebutan yang salah
juga merupakan kesalahan dalam berbahasa.
Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Sebagai bangsa Melayu, kira bangga dengan Bahasa Melayu yang merupakan
5

warisan Melayu. Oleh kerana Bahasa Melayu merupakan identiti rakyat Malaysia,
Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi negara sebagaimana yang
telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi juga diharap dapat melahirkan masyarakat yang
mempunyai semangat perpaduan dan demokratik.

Tajuk: Merisik Khabar


Penyanyi: Sudirman
Penulis Lirik: Habsah Hassan
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
(Korus)
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

BAHAN KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini,
kami telah memilih beberapa
buah lagu yang popular. Lagulagu ini juga telah ditulis oleh
penulis lirik tersohor negara,
antaranya Habsah Hassan,
Allahyarham Rosli Khamis
(Loloq) dan Faizal Tahir.

Mengapa aku jadi tak menentu


Kerana mu...

Tajuk: Cinta Beralih Arah


Penyanyi: Aisyah
Penulis Lirik: Habsah
Hassan
6

Sendiri dalam
Sepi malam ke pagi
Mencari jawapan
Berputar-putar
Tajuk: Gosok
Artis: Spider
Penulis Lirik: Allahyarham
Rosli Khamis(Loloq)
Mana tahu nasib nak rubah
Tuah badan tak boleh baca
Kau jadi Aladin
Asal miskin hina dan dina
Jadi masyur sekelip mata
Kau jadi Aladin
Runtuh dinding
Antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)

jangan tak gosok


lampu yang satu
sampai kau nampak wajahmu
jangan tak gosok
sampai berkilat
sampai tertanggal semua karat

Kalau tuah boleh tak mati


Apa benda pun boleh jadi
Kau jadi Aladin
Kalau boleh sampai ke bulan dan
angkasa
Apa salah singgah kayangan pintu
maya
Dan kau jadi Aladin
Runtuh dinding
Antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)
(Gosok)

jangan tak gosok


lampu yang satu
sampai kau nampak wajahmu
7
jangan tak gosok
sampai berkilat
sampai tertanggal semua karat

Soalan bertemu soalan


Penawar yang
Ku beri kiranya racun
Sebagai balasan
Hilangkah budi
Oleh kejahilan
Ku persembah
Intan dan permata
Tapi bagimu
Kaca tak berharga
Demikian berbezanya
Penilaian kita
Kelopak berseri
Di tanganmu
Berderaian layu
Lalu...
Kukutip semula
Sisa cinta
Dan beralih arah
Pada Yang Esa
Walau diri hina
Tak berharga
Tetap diterima
Kelopak kelayuan
Dipulihkan
Akhirnya kembali
Keyakinan
Pada diri...
Tajuk: Gemuruh
Artis: Wings
Penulis Lirik: Allahyarham
Rosli Khamis(Loloq)
Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh..
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yang permai
damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan

Kisah sempurna dari jiwa Bakal Surinya


Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sederhana,
Menjamahi Hari hari Mimpi
Mimpinya..

Tajuk: Coba
Artis: Faizal Tahir
Penulis Lirik: Faizal Tahir

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah
pujangga

Coba kau dengar


Coba kau coba
Diam bila ku coba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Terbukti kasih
Yang hanya serampang
berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Dan bila kau bersuara


Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Tak tersedar meratapi


kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis
sepekat warna darah dan
dosa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku padamu
Coba kau lihat
Coba kau coba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman
lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku

Tajuk: Adrenalin
Artis: Faizal Tahir
Penulis Lirik: Faizal Tahir
Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua
Jangan banyak jangan sikit
9

Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa
Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku
Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula
Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju
Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

10

Anda mungkin juga menyukai