Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Nabi Muhammad sudah wafat lebih 14 abad, namun kasih sayangnya tidak pernah mati.

Oleh yang demikian, Rasulullah harus setiasa dihidupkan dalam hati setiap individu

muslim. Maka buku ini memaparkan kisah Rasulullah dari aspek perjuangan, cinta,

pengorbanan dan akhlak mulia. Pembaca buku ini dapat mengeratkan ikatan cinta kepada

Rasulullah, lalu terdorong bagi meneladaninya.

Tidak hanya di dunia ini sahaja, bahkan sehingga di akhirat sekalipun Rasulullah masih

memikirkan dan mengurus keselamatan umatnya. Semua itu hanya wujud kerana rasa

cinta beliau kepada umatnya. Di sisi yang lain, al-Quran menyebutnya sebagai uswatun

hasanah, iaitu contoh yang baik. Seluruh kehidupannya penuh dengan kisah teladan dan

akhlak yang perlu kita contohi.

"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada

kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat

menginginkan (iman dan keselamatan) untukmu, amat belas

kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman."

(Surah at-Taubah:128)

1
ULASAN BUKU

Buku yang telah diulas oleh pengulas bertajuk Uswatun Hasanah: Meneladani Rasul,

Meraih Cinta Allah karangan Haddad Alwi ini menceritakan tentang kisah hidup dan

akhlak Nabi Muhammad S.A.W. yang perlu diteladani oleh semua umat Islam. Buku ini

secara zahirnya mempunyai ilustrasi yang menarik dengan diterapkan elemen-elemen

islamik di kulit muka buku.

Bagi bahagian pertama meliputi lima bab terawal iaitu Nabi Muhammad Manusia Paling

Mulia, Cinta Nabi kepada Umatnya, Aku mencintaimu Rasullullah, Kelahiran Nabi

Pembawa Rahmat dan Meniti Jalan Dakwah Nabi. Setiap bab bagi bahagian ini banyak

menceritakan tentang kemuliaan Rasulullah sebagai Nabi dan Rasul yang sangat tinggi

akhlaknya.

Bagi bahagian kedua pula juga meliputi lima bab yang menceritakan tentang keindahan

budi pekerti dan akhlak nabi Muhammad S.A.W. Kelima-lima bab ini meliputi tajuk-

tajuk seperti Ku Ingin Contoh Akhlak Mu Ya Rasul, Lembut Dan Santun Terhadap Isteri,

Kepimpinanmu Menyejukkan Imanku, Mengukir Kemenangan, dan yang terakhir adalah

Pesanan Terakhir Nabi Muhammad S.A.W. Kesemua tajuk ini juga menceritakan tentang

akhlak nabi Muhammad S.A.W sedari kecil hinggalah akhir hayat baginda.

Pengulas juga mendapati penulis telah mendatangkan cerita-cerita ringkas mengenai

kehidupan baginda nabi Muhammad S.A.W dalam setiap subtopik untuk dijadikan

sebagai contoh agar lebih mudah difahami dan kisah-kisah tersebut boleh mendatangkan

2
pengetahuan kepada pembaca tentang cara hidup nabi Muhammad S.A.W. dan juga

sebagai bukti indahnya akhlak nabi. Jika kita lihat pada subtopik yang pertama jujur dan

dipercayai dimata setiap manusia, penulis membawa cerita tentang sifat jujur dan amanah

baginda sehingga digelar oleh orang-orang Mekah sebagai Al-Amin dan bagaimana

dengan sifat jujur dan amanah ini mampu membawa pulangan yang besar dalam

perniagaan Khadijah.

Setelah penulis menceritakan akhlak nabi ketika bermuamalat dengan masyarakat, dalam

bab ke tujuh penulis menyampaikan akhlak baginda nabi Muhammad S.A.W dengan para

isterinya dan kaum keluarganya termasuklah hambanya dengan mendatangkan tajuk

Lembut Dan Santun Terhadap Isteri. Di bawah tajuk ini, penulis menceritakan betapa

lembut dan santunnya nabi dalam melayan keluarganya dengan mendatangkan beberapa

subtopik seperti menyayangi anak menjadi kunci kejayaan, pembantu juga sangat

dihormati, dan bapa anak yatim, penolong janda dan fakir miskin. Di bawah subtopik ini

juga penulis mendatangkan kisah-kisah kehidupan nabi Muhammad S.A.W seperti

layanan baginda terhadap kaum keluarganya dan bagaimana toleransi baginda apabila

ada diantara mereka melakukan kesilapan. Penulis juga menceritakan tentang kelembutan

dan rasa kasih nabi yang mendalam terhadap anak yatim dan baginda juga sering

membantu janda dan fakir miskin.

3
KESIMPULAN

Jika di perhatikan sebenarnya buku ini bukan sahaja menceritakan tentang satu teladan

yang perlu dicontohi, bukan sahaja buku yang berkisahkan akhlak nabi sahaja, malah

buku ini juga menceritakan siapakah nabi Muhammad dan sirah kehidupan baginda yang

disusun dari bab pertama yang mengisahkan betapa perlunya kita mengenal nabi

Muhammad dan ajakan secara halus untuk kita mengenali dengan lebih dekat siapakah

Muhammad pada bab berikutnya. Di sini terserlah akhlak penulis yang mana tidak

memaksa pembacanya terus kepada menyelami akhlak nabi bahkan mendatangkan rasa

keinginan dan memberikan sebab kepada pambaca untuk mencintai nabi seterusnya

barulah di ceritakan kisah nabi Muhammad sedari lahir hinggalah ke akhir hayat baginda

dengan memaparkan akhlak baginda yang indah di sepanjang kehidupan baginda yang

mana sudah cukup lengkap untuk kita sebagai pembaca meneladani kisah hidup yang

penuh dengan keelokan akhlak yang tinggi dan menutup kisah perjalanan hidup nabi ini

dengan pesanan terakhir baginda yang disampaikan ketika baginda menunaikan haji

akhbar tahun 10 hijrah.

Sebelum menutup buku ini, penulis masih mengajak pembaca untuk mencontohi teladan

yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad dan ini menunjukkan penulis masih

memimpin pembacanya untuk mengenali dan meneladani kisah-kisah yang disampaikan.

Ini juga salah satu bentuk akhlak yang baik dalam mengajak orang lain melakukan

kebaikan dengan sentiasa memimpin hingga ke akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai