Anda di halaman 1dari 1

Buku ini hasil nukilan penulis kisah-kisah nabi dan cerita kanak-kanak yang hebat iaitu Nor

Azlin Japar..Buku Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW Utusan terakhir ini diterbitkan oleh
Penerbitan Addin @ Kualiti Books Sdn Bhd. Buku ini dipasarkan dengan nilai RM35.00.
Cetakan pertama pada 2014 oleh TCKL Corporation Sdn. Bhd. Buku ini merupakan buku
bukan fiksyen dalam pengelasan 297.63 dan mengandungi 388 halaman bercetak. Setiap
muka surat dipenuhi dengan ilustrasi yang menarik dan berwarna serta susunan ayat yang
mudah membuatkan saya terus berminat untuk membaca.
Buku ini mengisahkan perjuangan Nabi Muhammad SAW Rasul terakhir, pembawa rahmat
dan penunjuk kebenaran kepada umat manusia di seluruh dunia bermula dari episod sebelum
kelahiran sehinggalah kewafatan baginda. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
perjuangan Rasul SAW menyampaikan agama Islam kepada umatnya digarapkan dengan
baik oleh penulis hebat. Terdapat dua puluh empat pecahan tajuk yang menceritakan tentang
bagaimana episod permulaan di Kota Mekah sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW.
Kisah yang diceritakan di dalam buku ini telah menjadikan saya ingin terus membaca dan
memahami akan kejadian yang sebenarnya telah pun berlaku di zaman baginda Rasulullah.
Buku ini telah memberikan kesedaran betapa tingginya martabat Rasulullah dan betapa
agungnya perjuangan baginda serta keistimewaan yang Allah berikan pada baginda.
Terdapat beberapa nilai yang saya telah perolehi dari pembacaan buku ini,
Nilai pertama ialah bagaimana tingginya sahsiah dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda
Rasul patut menjadi ikutan dan panduan seluruh umat Islam. Kedua, sifat jujur dan amanah
baginda dalam menerima tugasan dan dalam perniagaan bersama Saiyyidatina Siti Khadijah
sehingga tiada siapa pun yang jujur seperti baginda pada zaman itu. Ketiga, sifat sentiasa
mendoakan kebaikan dan berfikiran baik terhadap orang lain telah mendatangkan seribu
rahmat buat semua.

Terlalu banyak sifat mulia baginda yang patut diteladani oleh kita semua. Baginda Rasulullah
merupakan Rasul terakhir umat Islam yang tiada tandingnya. Baginda adalah pembawa
rahmat dan penunjuk jalan kebenaran kepada umat manusia di seluruh dunia.Hanya dengan
semangat dan minat

Melalui pembacaan buku ini, saya simpulkan buku ini adalah amat sesuai untuk generasi
muda terutama kanak-kanak yang berada dalam proses mengetahui kisah rasul kerana ia
merupakan satu nukilan penceritaan yang menarik dan membuatkan pembaca berada dalam
situasi sepertimana digambarkan.

Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW ini sememangnya patut dijadikan sebuah buku wajib
buat setiap kanak-kanak dalam proses mencari dan mengenali Baginda Rasulullah. Setiap
baris cerita yang disampaikan dapat membuatkan hadirnya inspirasi dan keinginan untuk
berbuat baik serta berusaha untuk menjadikan diri lebih dekat dengan ajaran Islam yang
unggul.

Peristiwa zaman sebelum kelahiran baginda sehinggalah akhirnya kewafatan baginda


menjadikan sesiapa sahaja yang membaca akan turut terkesan sehingga tidak sedar kesedihan
di saat membaca. Terasa bahawa kewafatan baginda amatlah menyedihkan sebagaiman yang
telah diceritakan oleh penilus. Semoga memberi iktibar dan kesedaran buat semua yang
membaca.serta mengikuti setiap amalan baik baginda.

Anda mungkin juga menyukai