Anda di halaman 1dari 3

ULASAN BUKU

Penulis : Wan Ji Wan Hussin


 
Penerbit : Selangor : Kemilau Publika Sdn Bhd.
 
Cetakan Pertama : Februari 2016
 
Jumlah Halaman : 185
 
Tajuk : Ustaz, Jangan Kasar Sangat!

Kandungan buku ini cuba memaparkan keindahan Islam sebagai sebuah agama yang
rahmat dan sejahtera. Islam merupakan sebuah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
SAW dengan penuh hikmah dan berhemah pada dasarnya. Buku ini bertujuan untuk mengajak
pembaca untuk menyampaikan dakwah dengan cara yang lembut dan berkesan kepada umat
Islam dan orang lain. Hal ini kerana, terdapat segelintir pendakwah yang tegas dalam
menyebarkan dakwah Islamiah sehingga menyebabkan beberapa golongan berasa takut untuk
mendekati Islam dan beranggapan bahawa Islam sebuah agama yang tegas dan ketat tanpa
memikirkan hak kemanusiaan. Oleh itu, penulis berharap agar kaedah penyampaian dakwah
lebih berhemah kerana dakwah bukan hanya untuk golongan bukan Islam tapi juga kepada umat
Islam itu sendiri.

Buku ini merupakan sebuah buku dakwah yang santai. Penyampaian dakwah melalui
buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan umur kerana penyampaian yang mudah difahami dan
mengikuti perkembangan semasa. Walaupun pada dasarnya, buku ini menerangkan cara untuk
menyampaikan dakwah secara berhemah, dalam masa sama ia juga memaparkan isu-isu semasa
yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian sebagai seorang manusia biasa dan sebagai
seorang muslim. Pada awal penulisan buku tersebut, penulis menyatakan kepentingan dan kesan
dakwah terhadap umat Islam itu sendiri. Penyebaran dakwah Islam dalam kalangan umat Islam
memainkan peranan yang penting bagi menjaga akidah dan amalan umat Islam dalam kehidupan.
Penulis menyatakan bahawa konsep dakwah Islam di negara Islam dan negara Barat amat
berbeza. Di negara Barat, kebanyakkan para pendakwah menggunakan pendekatan secara nilai-
nilai Islam yang menyebabkan orang Barat tertarik dengan ajaran Islam. Berbeza dalam negara
Islam, kebanyakkan pemimpin menggunakan pendekatan hukuman, maka dengan itu, Islam
dilihat sebagai sebuah agama yang keras dan tegas terhadap pengikutnya serta mengakibatkan
kes murtad semakin meningkat. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa penyebaran dakwah Islam
perlu dikembalikan seperti mana penyebaran pada peringkat awal kemunculan Islam.

Antara isi kandungan dalam buku yang mampu menarik perhatian pembaca adalah
penulis menyelitkan cerita-cerita yang menarik sepanjang pembacaan buku tersebut. Walaupun
kisah tersebut agak santai tetapi ia mengandungi isi yang tersurat dan tersirat sebagai medium
pemahaman dalam ilmu agama. Selain itu juga, penulis juga meletakkan beberapa teguran dan
ilmu berkaitan dengan agama agar mudah diterima oleh pembaca. Penulisan gaya penceritaan
yang digunakan oleh penulis juga mampu difahami dan dihadamkan oleh para pembacaan
mengenai ilmu-ilmu agama. Di samping itu, buku ini juga menyatakan cara-cara untuk
menyampaikan dakwah dengan mudah dan ringkas. Penulis turut meletakkan kata-kata para
ulama sebagai teguran dan peringatan kepada setiap umat Islam yang bergelar pendakwah.
Seorang pendakwah merupakan seorang pemimpin kerana memegang sebuah amanah yang berat
bagi menyampaikan syiar Islam namun begitu kaedah penyampaian yang digunakan perlu
diselaraskan dengan keadaan dan isu-isu semasa bagi menjadikan penyampaian dakwah tersebut
mampu diterima oleh golongan sasaran dengan mudah.

Buku ini merupakan sebuah buku yang harus dimiliki terutamanya bagi golongan remaja
yang ingin menceburi dunia dakwah Islam. Hal ini kerana, perkara-perkara yang remeh dan biasa
dalam kehidupan seharian boleh menjadi sebuah perkara yang mampu memberi kesan perubahan
impak yang besar terhadap diri dan orang lain. Justeru itu, persediaan diri perlu dilakukan sebaik
mungkin agar mampu menjadi contoh dan tauladan yang baik semasa menyampaikan dakwah.
Agama Islam merupakan sebuah agama yang indah dan harmoni. Oleh itu, penulis menegaskan
bahawa penyampaian dakwah perlu disampaikan dengan berhikmah dan mendidik seperti mana
sunnah Rasulullah SAW kerana umat perlu dirangkul dan didekati bukannya dipukul atau
dimusuhi.

Anda mungkin juga menyukai