Anda di halaman 1dari 3

TAJUK BUKU : MEMBINA PERIBADI MUSLIM

Pengarang : Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Tarikh : 9. 7. 2022

Bilangan Muka Surat: 208 Muka Surat

Sinopsis :

Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh menjadi panduan setiap Muslim
dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang
menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah
kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping
menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan
muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri
individu terbilang.

Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji
kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya
akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan
akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat.
Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi
al-Quran yang unik.
TAJUK BUKU : MEMBINA PERIBADI ANGGUN

Pengarang : Dr. HM Iskandar al-haj

Tarikh : 20. 8. 2022

Bilangan Muka Surat : 320 Muka Surat

Sinopsis :

Siri buku ini merupakan remedi yang pasti memberi kelegaan kepada para wanita. Sama ada
anda masih bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan.
Tidak kira apakah anda sedang diulit bahagia atau digelut derita, buku ini adalah pilihan terbaik
wanita masa kini kerana ia ibarat teman yang amat memahami.
Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan dan
kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam.
Itulah antara mutiara yang menjadi teras kekuatan buku ini. Ia santai, mendidik, mengajar dan
mengingatkan. Pendekatan yang digunakan amat sesuai lagi matang.
 TAJUK BUKU : BALQIS “ DI MATA KAMI, DISISINYA”

Pengarang : Ummu Naufal

Tarikh : 17. 9. 2022

Muka Surat :448 Muka Surat

Sinopsis:

Ibu Balqis Ummu Naufal menceritakan tentang gelora jiwa seorang ibu yang kasih pada anak
istimewanya… Balqis Fathiyah Taibah.  Melihat kasih sayang dan keprihatinan yang tiada tolok
banding daripada seorang ibu yang Allah pilih untuk anugerah ini.  Anugerah yang hanya boleh
difahami oleh jiwa yang terpilih, mengenali hakikat kehidupan dan mengimani rahmatnya.

Sejak dari Balqis dalam kandungan, saat kelahiran, menerima berita masalah jantung, diserang
sawan, terlantar di ICU, disahkan kecederaan otak dan seterusnya, Ummu Naufal telah merakam
secara terperinci.  Selama lebih 15 tahun menyusuri hidup bersama puteri istimewa ini, Ummu
Naufal telah merasai pelbagai jalan, peristiwa dan pengajaran yang membawa beliau menemui
hakikat ujian Ilai, lantas bersyukur saat diuji.

Buku ini adalah sedutan kisah suka duka membesarkan anak kurang upaya bersama adik-adiknya
dari perspektif seorang ibu.  Kisah kesedihan dan ketabahan menempuh hidup di tiga benua di
bumi Allah ini.  Kisah pengorbanan meninggalkan zon selesa di tanah air menjelajah dunia. 
Kisah-kisah yang diolah begitu terperinci dan menarik tetapi santai.  Membacanya tidak jemu
kerana kisahnya pelbagai.  Ia membawa peristiwa-peristiwa di serata pelosok dunia, bermacam-
macam nama dan cuaca, berbagai-bagai-bagai rasa, suka, lucu dan hiba serta pengalaman
rohaniah di bumi Rasul tercinta.  Setiap cerita diselitkan dengan pengajaran dan dihubungkan
dengan yang Maha Pencipta.

Anda mungkin juga menyukai