Anda di halaman 1dari 8

2. Kulit Buku. Ketika Cinta Berbuah Syurga ini mempunyai kulit buku yang menarik.

Keindahan warna dan tulisannya yang timbul dan berkilau terutama pada waktu malam menarik minat pembaca ditambah dengan cop di kulit buku yang tertulis Best Seller menjadi daya penarik untuk pembaca mengetahui akan jalan cerita buku ini. Kulit buku yang tebal menjadikan buku cerita bercorak ilmiah ini kemas dan tidak mudah terkoyak. Kulit buku seperti ini menjadi tarikan kuat pada golongan wanita untuk membelinya tambahan pula harganya yang berpatutan. Muka surat sebanyak 149 menjadikan buku ini tidak terlalu berat, saiznya agak kecil dan mudah untuk dibawa ke mana saja. Jenis kertas yang sukar terkoyak menjadikan buku ini tahan lama dan lasak. Penulis buku ini Habiburrahman El Shirazy telah menulis sinopsis di belakang kulit buku dengan susunan ayat yang menarik dan indah untuk menarik pembaca.

3. Kualiti Buku. Buku Ketika Cinta Berbuah Syurga ini mempunyai kualiti yang tinggi kerana penulis telah memuatkan 29 kisah pilihan yang dipetik daripada Hadis, kisah-kisah zaman sahabat, zaman tabiin dan kisah teladan dari dunia Islam. Cerita cerita

yang diketengahkan adalah ringkas tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan dan pengajaran. Malah penulis tidak lupa menyelitkan kisah daripada cerita-cerita terkenal yang terdapat dalam kitab Al-Qiraah Al- Rasyidah. Buku ini hanya sesuai untuk golongan remaja dan dewasa sahaja kerana tulisannya agak kecil. Setiap muka surat buku ini mempunyai corak yang sama tetapi cantik, menunjukkan penulis buku ini seorang yang berjiwa seni. Buku ini tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana penguasaan bahasanya yang tinggi sukar bagi seorang kanak-kanak mengetahui isi dan jalan ceritanya. Buku ini juga tidak mempunyai gambar yang boleh menarik minat golongan kanak-kanak. Tetapi orang dewasa boleh menceritakan semula dengan gaya dan ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Penerbitan buku ini sangat tepat pada waktunya di saat muda mudi kita memerlukan buku yang bercorak ilmiah.

4. Gambar. Gambar memainkan peranan penting terutama dalam menghasilkan buku kanak-kanak. Tetapi ada juga orang dewasa yang berminat dengan buku cerita atau novel yang mempunyai gambar. Bergantung kepada setiap individu itu sendiri semasa pemilihan buku di kedai buku samada memilih buku yang mempunyai gambar atau tidak . Buku Ketika Cinta Berbuah Syurga ini hanya dihiasi gambar dua ekor ramarama yang sedang berterbangan di bahagian kulit hadapan. Memang nampak cantik kerana rama-rama itu berwarna-warni sesuai dengan tajuknya. Rama-rama itu menggambarkan dua orang sahabat baik yang jujur dan ikhlas sanggup berkongsi suka dan duka hingga boleh bawa ke syurga Lumrahnya kanak-kanak sukakan gambar yang berwarna warni. Hakikat ini yang mesti diterima oleh semua penulis, editor dan penerbit. Maka buku ini tidak sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak kerana tidak mempunyai illustrasi yang menarik.

5. Tulisan. Jenis dan saiz huruf penting dalam penulisan buku cerita. Di dalam buku ini penulis menggunakan tulisan arial , font 10. Font ini sangat kecil hanya sesuai untuk remaja dan dewasa sahaja. Buku ini tidak menarik minat ibubapa untuk membelinya kerana tidak sesuai untuk anak-anak mereka. Di kulit buku tulisannya agak menarik besar dan berwarna. Penulis sepatutnya menggunakan font yang sesuai seperti font 12 supaya pembaca dapat membaca dengan lebih selesa dan jelas.

6. Tajuk dan Isi. Tajuk buku ini Ketika Cinta Berbuah Syurga adalah sebuah buku ilmiah ditujukan kepada pembaca ilmiah dari golongan remaja dan dewasa. Tajuknya yang sedap didengar menarik minat pembaca mengetahui jalan ceritanya. Buku ini mengandungi 29 tajuk yang terdiri daripada cerita-cerita pendek bercorak ilmiah. Penulis memilih tajuk Ketika Cinta Berbuah Syurga sebagai tajuk utama serta ringkasan cerita di bahagian belakang kulit sangat bertepatan. Isi buku ini keseluruhannya adalah bercorak ilmiah yang mempunyai mesej dari pelbagai sudut. Contohnya Ketika Cinta Berbuah Syurga di perenggan ke tiga muka surat 33 yang berbunyi: Maka, dia (raja) menasihati anaknya, Said,

anakku, sudah tiba masanya untuk kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman baik, yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga. Ayat ini adalah nasihat seorang ayah kepada anak lelakinya yang sedang meningkat dewasa supaya keluar mencari sahabat sejati. Isi-isi lain yang menarik ialah di dalam tajuk Di manakah Allah. Kisah yang berlaku di padang pasir melibatkan seorang sahabat nabi iaitu Abdullah b. Umar dengan seorang pengembala kambing. Abdullah b. Umar ingin menguji pengembala kambing tersebut yang merupakan seorang hamba samada telah menerima ajaran suci Nabi Muhammad S.A.W atau belum. Abdullah ingin membeli seekor daripada puluhan kambing tersebut, tetapi pengembala itu menjawab dia tidak boleh menjual kambing tersebut hanya ditugaskan oleh majikannya untuk menjaga kambingkambing itu sahaja. Abdullah terus menguji dengan mengatakan majikannya tentu tidak perasan beritahu saja pada majikan bahawa kambingnya telah dibaham serigala dan dia (pengembala) akan mendapat sejumlah wang. Lalu pengembala menjawab Apa kau kira Allah tidak ada? Jawapan itu membuat Abdullah b. Umar tersentak. Lalu Abdullah mencari tuan hamba tersebut dan memerdekakannya. Daripada isi cerita ini dapat dirumuskan bahawa seorang manusia yang jujur dan memiliki rasa ketakwaan kepada Allah yang begitu tinggi tidaklah sepatutnya menjadi hamba kepada manusia. Dia layak menjadi hamba kepada Allah SWT. Isi cerita ini akan memberi pengajaran yang berguna kepada pembaca dan menambahkan ketaqwaan dan keimanan di sisi Allah.

7. Mudah difahami: Buku tulisan Habiburrahman El Shirazy ini mempunyai 29 bab dan di dalamnya mempunyai pelbagai kisah yang menarik. Cerita-cerita pendek ini sangat mudah difahami kerana susunan bahasa dan ayat tidak meleret-leret. Setiap tajuk mengandungi lima enam muka surat sahaja jadi pembaca dengan mudah dapat menamatkan pembacaan dengan memperolehi teladan dan pengajaran dengan cepat. Pembaca juga boleh menyambung pembacaan pada bila-bila masa dan di mana saja. Dengan gaya penulisannya yang menarik dan mudah di fahami bagi golongan remaja dan dewasa menjadikan buku tulisan Habiburrahman El Shirazy ini sangat laris di pasaran. Dengan sentuhan seorang editor atau penyunting yang berpengalaman, tentunya cerita di dalam buku ini akan menjadi lebih jelas , menarik dan tepat.

8. Persembahan. Bagi hiasan di bahagian kulit dan di bahagian dalam buku ini memang menarik amat sesuai untuk pembaca wanita. Warna merah jambu yang memukau ditambah dengan dua ekor rama-rama yang sedang berterbangan menjadikan buku ini satu persembahan yang istimewa untuk wanita. Namun begitu lelaki juga boleh memiliki buku ini kerana setiap bab mempunyai mesej yang sangat baik. Setiap bab bermula dari bab 1 hingga bab 29 diakhiri dengan pengajaran yang sangat berguna untuk pembaca. Beberapa kisah seperti Malaikat dan Tiga Lelaki Cacat, Suara Dari Langit, Kerana Mimpi Melihat Neraka, Ketika Cinta Berbuah Syurga penulis ambil daripada kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim sangat berguna untuk kita jadikan iktibar ketika menjalani hidup di muka bumi Allah SWT ini. Buku ini bukan saja mengandungi teladan yang baik bahkan mampu juga membangunkan keperibadian kita ke arah hidup yang lebih produktif pada masa ini hingga pada masa akan datang. Penulis Habiburrahman El Shirazy telah mempersembahkan pengembangan ilmu, iaitu satu tugas murni untuk melahirkan m masyarakat yang berbudi perkerti mulia.

9. Rujukan. Rujukan amat penting di dalam menghasilkan buku cerita bercorak ilmiah ini. Dalam menulis buku cerita seperti ini, Al-Quran dan Hadis telah digunakan sebagai sumber rujukan yang sangat penting .Di dalam bab 2 yang bertajuk Pahala Takut Kepada Allah di muka surat 5 Habiburrahman El Shirazy telah mengambil Surah anNaziat [79]: 40-41 sebagai hujah untuk menguatkan jalan ceritanya yang bermaksud: Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. Namun di dalam perenggan yang ke tiga bab yang sama di muka surat 3 ketika Allah SWT bertanya kepada seorang lelaki (setelah dihidupkan kembali), Mengapakah kau lakukan ini? tidak dinyatakan sumber rujukan. Ketiadaan sumber rujukan ini menyebabkan pembaca kurang yakin akan kesahihan jalan cerita bab 2 ini. Sebagai penulis ulasan buku ini saya mencadangkan agar pengarang buku ini menjalankan penyelidikan yang mencukupi bagi melayakkan beliau menulis topik tersebut. Tulisan bercorak ilmiah sememangnya memerlukan sumber rujukan yang kuat seperti Al-Quran dan Hadis berserta contoh-contoh yang mantap supaya pembaca merasa yakin akan keaslian cerita yang hendak disampaikan.

10. Kaitan dengan isu semasa.............. Buku Ketika Cinta Berbuah Syurga ini memuatkan 29 kisah pilihan yang penulis petik daripada Hadis, kisah-kisah zaman sahabat, zaman tabiin dan kisah teladan dari dunia Islam. Setiap kisah tersebut diakhiri dengan pengajaran yang ada kaitan dengan isu semasa. Buku ini ditulis oleh pengarangnya bertujuan agar setiap pembaca mengambil iktibar dan pedoman daripada 29 kisah pilihan tersebut. Buku ini tiada kaitan dengan isi semasa bercorak politik dan ekonomi, tetapi lebih kepada pembentukkan sahsiah individu dan masyarakat. Penulis

menitikberatkan isu sosial bertepatan dengan dunia akhir zaman ini perbagai gejala

buruk mudah dan sedang berlaku di sekeliling kita. Penulis mengetengahkan pelbagai contoh teladan dan pengajaran untuk pembaca mengambil iktibar.

11. Sebagai Penyelesaian Masalah. Setelah semua bab sebanyak 29 kisah selesai saya baca dan fahami saya dapati buku ini sangat sesuai sebagai penyelesai setiap permasalahan yang timbul. Manusia mesti bijak menggunakan akalnya. Sebagai contoh kisah Ketika Cinta Berbuah Syurga terdapat seorang raja yang adil dan soleh. Beliau memiliki seorang putera yang tampan, pintar dan berani telah menyuruh puteranya untuk mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik yang membantu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta ke syurga. Ayahnya telah memberi cadangan bagaimana untuk mencari teman sejati. Putera itu pun mempraktikkan cara mencari teman sejati yang aneh itu dikalangan anak-anak pembesar negeri. Malangnya tiada seorang pun boleh dipercayai semuanya mementingkan diri sendiri. Putera raja meminta izin untuk keluar dari istana maka berjumpalah dengan seorang anak tukang kayu yang budiman dan baik hati. Berkawanlah mereka sehingga dewasa. Meskipun telah menjadi raja dan menteri mereka tetap bekerjasama dalam memakmurkan negara. Kepintaran dan kematangan jiwa kedua-duanya mampu membawa kerajaan itu kepada kemajuan, kemakmuran dan kegemilangan. Banyak lagi contoh-contoh yang menunjukkan buku ini sebagai penyelesai masalah yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

12. Adakah buku lama.....kulit baru........ Cetakan pertama buku Ketika Bunga Berbuah Syurga ini adalah pada bulan Oktober 2009. Maka buku ini sudah berusia 2 tahun 3 bulan. Pembaca akan merasai kehebatan buku ini apabila pembaca telah selesai membaca sehingga tamat. Kehebatannya terletak pada susunan ayat yang mudah difahami beserta dengan dalil Al-Quran dan Hadis. Kekuataan buku ini melalui pengajaran yang ada pada setiap akhir cerita. Buku ini mengandungi 29 kisah maka terdapat 29 pengajaran

yang boleh pembaca ambil iktibar dan teladan. Contohnya dalam bab 7 bertajuk Jujur Itu Syurga di dalam perenggan yang akhir penulis telah menyampaikan mesej yang berbunyi Setelah itu, Amin pergi ke pasar dan membahagi-bahagikan sedekah kepada fakir miskin. Dia semakin sedar bahawa dengan meninggalkan rezeki yang haram, Allah akan menggantikan dengan rezeki yang halal dan jauh lebih banyak. Amin semakin yakin dengan ajaran Rasulullah bahawa kejujuran adalah pintu menuju syurga; syurga di dunia dan di akhirat. Setelah membaca pengajaran ini saya yakin akan memberikan banyak impak kepada pembaca.

13. Cadangan. Setelah mengkaji dan meneliti dari setiap aspek saya dari kulit ke kulit saya dapati buku ini terdapat banyak kebaikan dan patut dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan dewasa dan remaja. Cadangan saya agar penulis dapat memperbanyakkan lagi buku-buku cerita seperti ini di pasaran supaya pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada pelbagai sudut. Kisah-kisah teladan seperti ini amat baik untuk santapan kanak-kanak. Penulis boleh mengolah tema dan bahan ilustrasi sesuai dengan peringkat umur kanakkanak. Jangan anggap kisah-kisah nabi ini sesuatu yang evergreen kerana pada setiap masa ada saja generasi baru yang memerlukan bahan-bahan seperti ini. Cadangan saya untuk menghasilkan buku kanak-kanak yang mengandungi kisah-kisah nabi penulis perlu menggunakan ayat-ayat ringkas dan menggunakan dialog yang bersesuaian dengan kefahaman mereka. Apa yang perlu penulis tekankan ialah gambar dan warna. Perbanyakkan gambar-gambar yang menarik dan warna yang menarik. Bentuk cakaran dan lakaran yang ringkas baik untuk kanakkanak sebab mereka sukakan lukisan berbentuk kartun. Saya juga mencadangkan buku cerita kisah-kisah Nabi ini di alih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris dan dijual ke negara-negara barat. Pasti sambutannya amat baik dan menggalakkan. Saya harap penulis Habiburrahman El- Sharizy terus berjuang menghasilkan buku yang lebih baik untuk bahan bacaan semua masyarakat supaya mampu membangunkan keperibadian manusia ke arah hidup yang lebih produktif pada masa ini dan masa akan datang.

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai