Anda di halaman 1dari 18

PENGGUNAAN TEKNIK DAN INOVASI KEPERENGANAN

DALAM NOVEL DI ATAS SAYAP-SAYAP MALAIKAT

BMK3053 KETERAMPILAN MENULIS

SHAHIR ASYRAF BIN SHARUDDIN

D20192090889

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

PROFESOR MADYA DR. ABU HASSAN BIN ABDULLAH

KUMPULAN C
PENGGUNAAN TEKNIK DAN INOVASI KEPERENGANAN DALAM NOVEL
DI ATAS SAYAP-SAYAP MALAIKAT
SHAHIR ASYRAF BIN SHARUDDIN

Abstrak : Kajian merupakan sebuah kajian yang mengkhususkan kepada penyelidikan


terhadap penggunaan teknik dan inovasi kepengarangan dalam novel Di atas sayap-sayap
Malaikat hasil nukilan sandari Hana Ilhami. Permasalahan kajian yang dapat dikaji ialah
penggunaan kata yang kurang gramatis, kejatuhan taraf seorang Wanita dan kesangsian
terhadap tindakan watak pada penghujung cerita. Objektif kajian pula ialah Menghuraikan
teknik dan inovasi yang digunakan dalam novel Di atas Sayap-Sayap Malaikat dan
Menganalisis pandangan masyarakat terhadap novel Di atas Sayap-Sayap Malaikat.
Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah analisis teks dan kaedah soal selidik. Dalam
kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penulis novel menggunakan beberapa teknik seperti
strategi skema, laras bahasa dan retorik. Penulis juga menggunakan elemen inovasi iaitu
kisah percintaan yang berbeza agama. Pengkaji juga meneliti tentang pendapat dan respon
para pembaca mengenai jalan cerrita novel ini.

Kata kunci: Di atas sayap-sayap Malaikat, skema,laras bahasa, retorik, inovasi


Pengenalan
Pada hari ini, kita disajikan dengan berbagai jenis bahan bacaan yang dikeluarkan oleh
syarikat-syarikat penerbitan. Bahan bacaan tersebut adalah berdasarkan tahap umur.
Sebagai contoh, pada usia yang agak muda seperti golongan kanak-kanak, buku cerita
yang bergambar adalah pilihan terbaik untuk dijadikan bahan bacaan oleh ibu bapa
kepada anak-anak mereka. Kini, era globalisasi telah mengubah landskap yang dahulu
iaitu masyarakat boleh melakuklan pembacaan hanya menggunakan gajet dan aplikasi.
Penciptaan eBook,Facebook, Instagram dan sebagainya telah menjadi platfom untuk
masyarakat pada hari untuk membaca. Namun, ianya bukanlah satu halangan bagi bahan
bacaan yang maujud seperti novel, cerpen, biografi dan sebagainya terus berkembang
dan disukai dalam kalangan masyarakat. Buktinya, walaupun sedang menempuh zaman
yang semakin canggih, masih terdapat golongan yang amat meminati bahan bacaan
maujud terutama sekali novel. Oleh itu, tidaklah benar sekiranya kita beranggapan
bahawa bahan bacaan seperti novel tidak lagi releven untuk digunakan sebagai bahan
bacaan pada hari ini.
Apabila disebut tentang novel, sudah pasti penggemar novel dan masyarakat akan
membuat andaian bahawa novel hanyalah berunsurkan kisah percintaan. Sebagai contoh
kisah yang memaparkan percintaan yang terhalang akibat darjat yang berbeza, percintaan
yang terbatas dengan jarak dan sebagainya. Namun genre novel pada hari ini bukanlah
semata-mata berdasarkan kisah percintaan namun genre yang lebih moden seperti
fantasi, penyiasatan dan unsur seram turut menjadi kegilaan bagi penggemar novel.
Antara novel yang terkenal ialah Tenggelamnya kapal Van der Wijck hasil nukilan
Hamka, Di atas sejadah cinta dan sebagainya. Antara faktor yang menjadi pendorong
kepada terkenalnya novel ini ialah penghayatan dan susun cerita yang telah disusun
kemas oleh penulis buku tersebut. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya amat
meminati novel yang mempunyai jalan cerita yang agak jelas dan mudah untuk difahami
disamping kesan emosi yang amat bersesuaian dengan pembaca. Selain itu, faktor yang
menjadikan sesebuah novel itu menjadi terkenal adalah penulis buku itu sendiri. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penulis yang hebat dan penuh dengan idea akan berjaya
menghasilkan sebuah novel yang berjaya menarik pembaca untuk menjiwai watak-watak
mahupun situasi di dalam novel tersebut. Oleh itu, penulis novel perlulah mempunyai
karisma dan daya imaginasi yang tinggi bagi menghasilkan sebuah novel yang baik.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, novel dapat didefinisikan sebagai sebuah
cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan bersifat kompleks, yang berkaitan
dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Pernyataan ini jelas sekali
menerangkan bahawa novel merupakan sebuah karya dan bahan bacaan yang agak
Panjang dan mengambil sedikit waktu untuk selesai melakukan pembacaan. Berbeza
pula dengan bahan bacaan lain seperti cerpen yang agak ringkas dan lebih cepat untuk
dihabiskan pembacaanya. Sesebuah novel yang baik juga memerlukan teknik dan
keupayaan mengarang yang agak baik bagi memastikan novel yang dihasilkan Berjaya
menarik minat pembaca. perkataan ’karang’ berasal daripada pekerjaan menggubah
bunga, mereka ukiran atau membuat sesuatu yang cantik. Dari situ dikembangkan
maknanya kepada menyusun perkataan dengan aturan yang elok dalam bentuk hal atau
cerita supaya dapat dibaca oleh orang lain (Za’ba: 1965). Menurut Kamus Dewan (1986)
menjelaskan, istilah karangan merujuk kepada gubahan, ciptaan, susunan. Dalam
Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) selain perkataan

1
‘mengarang’, istilah yang digunakan untuk merujuk aktiviti menulis tahap tinggi ialah
menyurat, disurat atau persuratan. Mengarang merupakan proses menghasilkan bahan
yang berbentuk idea, pendapat pengalaman, perasaan dan maklumat dalam bentuk
tulisan yang berhubung dengan diri sendiri, orang lain atau peristiwa. Menurut Raminah
Sabran (1985), penulisan ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk
grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat
dibaca dan difahami maksudnya. Berdasarkan maksud yang telah dinyatakan oleh tokoh-
tokoh tersebut, jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang penulis novel perlulah
mempunyai Teknik mengarang yang baik bagi memastikan para pembaca dapat
menjiwai jalan cerita yang menjadi asas kepada sesebuah novel.

Untuk kajian kali ini, pengkaji telah memilih sebuah novel yang bertajuk Di atas
Sayap-Sayap Malaikat. Novel ini merupakan sebuah karya hasil nukilan saudari Hana
Ilhami. Novel ini diterbitkan pada bulan September tahun 2016. Novel ini berkisarkan
tentang watak utama iaitu seorang ustaz yang bernama ustaz Naim. Beliau merupakan
seorang pengasas madrasah yang diberi nama Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa yang
terletak di bumi Swiss. Selain menjadi pengasas bagi madrasah tersebut, beliau turut
menjalankan usaha dalam memperluaskan lagi syiar islam di sana. Di samping itu,
terdapat beberapa watak yang menjadikan novel ini lebih realistic iaitu watak Miriam,
seorang wanita berbangsa Yahudi dan Nadine yang merupakan seorang penari kelab.
Jalan cerita bagi novel ini agak menarik kerana para pembaca dapat melihat bagaimana
seorang pendakwah perlu menghadapi pelbagai rintangan demi menyebarkan agama
islam. Bagi setiap muslim, kisah Junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W yang perlu
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran termasuk ancaman bunuh demi
menyampaikan dakwah islam haruslah dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup.
Novel ini turut memperlihatkan bagaimana agama islam begitu ditentang hebat oleh
golongan bukan islam sehinggakan menuduh Ustaz Naim sebagai pembunuh dan
Madrasah Darul Uloom sebagai sebuah markas yang melatih pengganas militan islam.
Dalam masa yang sama, kisah percintaan turut dibawakan di dalam novel ini yang
memperlihatkan bagaimana Miriam yang walaupun berbangsa Yahudi amat meminati
islam dan Ustaz Naim manakala Nadine, seorang yang kuat menentang ajaran islam pada
akhirnya memeluk islam dan menjadi isteri kepada Ustz Naim. Namun begitu, terdapat
satu elemen yang agak menarik iaitu penulis novel iaitu saudari Hana Ilhami telah
menjadikan novel ini menjadi lebih menarik apabila novel Di atas Sayap-Sayap
Malaikat merupakan novel yang dikarang oleh seorang watak didalam novel ini iaitu
Sumayyah. Dengan adanya elemen seperti ini, para pembaca akan menjadi lebih teruja
untuk membaca kerana disamping jalan cerita tentang novel ini, pengarang turut
menyelitkan serba sedikit tentang keadaan penulis novel ini iaitu Sumayyah.

2
Permasalahan kajian
Novel Di atas Sayap-Sayap Malaikat merupakan sebuah novel yang agak mudah
dan menarik untuk dibaca. Hal ini dikatakan demikian kerana, respon daripada pembaca
yang mengatakan bahawa novel ini berunsurkan sesuatu yang agak moden. Namun,
sudah pasti setiap novel pasti mempunyai beberapa masalah. Menurut John Dewey
(1910) dalam bukunya “ Bagaimana kita berfikir” menyatakan bahawa dalam kaedah
saintifik sesuatu penyelidikan itu harus bermula dengan permasalahan atau kesusahan

1. Penggunaan perkataan yang tidak gramatis


Setelah membuat beberapa kali pembacaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa
istilah atau pun perkataan yang merupakan perkataan daripada bahasa rojak. Sebagai
contoh, penulis seringkali menggunakan perkataan seperti ‘amende’ yang membawa
maksud apa benda ataupun kenapa. Setelah membuat penelitian, antara sebab yang dapat
disumpalkan oleh pengkaji menerusi penggunaan perkataan tersebut adalah penulis
hendak memberikan pendekatan dari sudut pembacaan kepada masyarakat. Hal ini kerana,
perkataan sedemikian sering sahaja digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan harian
tanpa mengira kaum dan agama. Walau bagaimanapun, iainya bukan boleh dijadikan
sebagai satu alasan kerana sudah pasti ianya akan memberikan impak kepada para
pembaca. Sebagai contoh, ketika pengkaji sedang menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah
berhubung kepada beberapa orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah di sekitar
daerah tentang kesilapan yang kerap menjadi dilakukan oleh murid ketika mengarang.
Antara kesilapan tersebut adalah penggunaan bahasa ataupun perkataan yang kurang
gramatis. Hal ini berlaku kerana murid yang gemar membaca novel akan terbiasa dengan
bahasa tersebut sehingga beranggapan bahawa perkataan tersebut adalah tepat dari sudut
tatabahasa Bahasa Melayu. Pengkaji menyarankan agar penulis novel perlulah lebih
berhati-hati dalam menggunakan bahasa pasar kerana Tindakan tersebut akan
menyebabkan masyarakat pada hari ini kerap kali tersilap dalam penggunaan perkataan
yang betul.

2. Kejatuhan taraf seorang Wanita


Pengkaji mendapati bahawa novel ini menunjukkan mudahnya taraf ataupun maruah
seseorang Wanita itu jatuh dan tercalar. Kita mengetahui bahawa Wanita merupakan insan
yang memerlukan dorongan dan panduan dalam kehidupan dan sudah pasti insan yang
layak untuk membimbing Wanita adalah kaum lelaki. Menerusi novel ini, watak Nadine
yang merupakan seorang penari kelab sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya
dibayar dengan sejumlah wang yang agak banyak. Hal ini dapat dibuktikan pada halaman
85-86 yang mana beliau dibayar untuk menggoda dan merosakkan nama baik Ustaz Naim
oleh golongan anti islam di sana. Pelbagai cara digunakan oleh Nadine untuk menggoda
Ustaz Naim seperti berpakaian yang kurang sopan, memakai semburan pewangi dan
sebagainya. Hal ini dilakukannya hanyalah untuk mendapatkan wang yang telah dijanjikan
kepada beliau. Selain itu, Watak Miriam juga turut sama menunjukkan bahawa mudahnya
taraf Wanita itu tercalar. Hal ini dapat diketahui pada halaman 268-270 yang mana beliau
yang dahulunya menyukai agama islam dan Ustaz Naim berubah secara drastik apabila
Ustaz Naim bernikah dengan Nadine. Miriam berubah menjadi seorang pelacur dan tidak
lagi menggemari ajaran islam seperti dahulu.

3
3. Kesangsian terhadap tindakan watak pada penghujung cerita
Berdasarkan pembacaan yang dilakukan, pengkaji agak kecewa dengan perubahan sikap
dan tindakan watak iaitu Miriam. Pada awalnya, Miriam telah menunjukkan minat
terhadap agama islam dan seni khat walaupun dirinya berbangsa Yahudi. Buktinya,
walaupun ditentang keras oleh ibunya, beliau tetap pergi ke Madrasah Darul Uloom. Hal
ini kerana, Miriam bukan sahaja meminati agama islam dan seni khat, bahkan beliau
juga meminati tenaga pengajar di madrasah tersebut iaitu Usaz Naim. Perubahan Miriam
dapat dilihat apabila beliau sudah berani mengenakan tudung untuk menutup rambut
perangnya dan mulai meamakai pakaian yang agak labuh. Hal ini amat disenangi oleh
Ustaz Naim tetapi bukan ibunya. Walau bagaimanapun, semuanya ibarat sia-sia apabila
Miriam mengetahui bahawa Ustaz Naim akan menikahi seorang Wanita iaitu Nadine.
Miriam yang dulunya menyukai islam semakin tidak menyukainya lagi. Bahkan Miriam
juga turut menggunakan pakaian yang agak tidak senonoh. Yang paling menyedihkan
pada bila Miriam telah menjadi gadis pelayan di sebuah kelab malam di bumi Swiss itu.
Pada hakikatnya, tindakan Miriam tersebut adalah disebabkan beliau kecewa dengan
keputusan Ustaz Naim yang ingin menikahi Nadine namun ianya bukanlah satu alasan
bagi dirinya untuk melupakan ajaran agama islam. Hal ini kerana meminati agama islam
haruslah secara keseluruhan dan ikhklas dan tidak sepatutnya meminati agama tersebut
disebabkan oleh seseorang.

Sorotan kajian

Setelah membuat pencarian, pengkaji tidak menjumpai kajian terdahulu tentang novel
yang menjadi bahan kajian. Namun berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji,
kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan teknik dan inovasi kepengarangan di
dalam novel Di atas Sayap-Sayap Malaikat. Terdapat pelbagai teknik dalam proses
penulisan sesebuah novel. Teknik ini digunakan adalah bertujuan untuk menimbulkan
rasa teruja ketika membaca novel tersebut. Antara aspek yang perlu dititikberatkan
dalam penulisan novel ialah penggunaan gaya bahasa. Hashim Awang (1987),
menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam
menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata
sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang,
fikiran dan tujuannya. Selain gaya bahasa, penggunaan skema yang betul juga akan
membantu penulis untuk menjadikan novel yang lebih baik. Skema merupakan
penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau susunan perkataan. Selain itu,
skema atau orthographical schemes melibatkan perubahan dalam ejaan mahupun bunyi
perkataan yang terhasil dengan cara menambah atau mengurangkan huruf atau suku kata
yang terletak di hadapan, tengah mahupun di akhir perkataan ataupun melalui perubahan
bunyi. Quintilianus (1920) mendefinisikan skema sebagai suatu wacana berseni hasil
manipulasi kata-kata yang menyimpang daripada bentuk yang lazim. Golden (1983) pula
mendefinisi skema sebagai sebarang jenis perkataan, bentuk penyusunan kata-kata atau
bentuk penulisan yang tidak mengubah makna. Kajian ini juga menjelaskan tentang
inovasi yang dilakukan oleh penulis ketika menulis novel ini.

4
Objektif kajian

Pengkaji telah menetapkan dua objektif kajian terhadap novel Di atas Sayap-Sayap
Malaikat. Objektif kajian tersebut terdiri daripada :

i. Menghuraikan teknik dan inovasi yang digunakan dalam novel Di atas


Sayap-Sayap Malaikat

ii. Menganalisis pandangan masyarakat terhadap novel Di atas Sayap-Sayap


Malaikat

Metodologi kajian

Kaedah kajian merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif
kajian (Ahmad Mahdzan Ayob, 1995). Menurut Ustaz Kenali pula, metodologi
penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian. Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan dalam setiap kajian iaitu kaedah
kualitatif dan kaedah kuantitatif. Dalam setiap penyelidikan, pengkaji boleh memilih
sama ada ingin menggunakan satu pendekatan atau menggabungkan kedua-duanya bagi
mengumpulkan data kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kedua-dua kaedah kajian tersebut iaitu kaedah
kualitatif dan kaedah kuantitatif. Pengkaji memilih kaedah kuantitatif adalah disebabkan
kaedah kuantitatif lebih berstruktur, mempunyai makna yang jelas, mempunyai jadual
yang lengkap dan bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian. Pengkaji juga
mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan kajian bagi membantu untuk
mengumpulkan data. Selain itu, pengkaji juga memilih kaedah kualitatif adalah untuk
melihat pandangan dan respon masyarakat tentang novel yang menjadi bahan kajian.

i. Kaedah analisis teks


Kaedah analisis teks adalah dokumen seperti satu bentuk analisis terhadap bahan
bercetak dan bahan elektronik bagi mencapai segala objektif kajian. Pendekatan ini
digunakan untuk mencari maklumat dan data berasaskan kepada dokumentasi bertulis dan
elektronik. Pengkaji telah membaca novel tersebut bagi meneliti jalan cerita dan struktur
penceritaan.

ii. Kaedah soal selidik


5
Pengkaji telah menyediakan satu set soal selidik dalam bentuk elektronik iaitu Google
Form untuk mendapatkan respon masyarakat tentang novel tersebut
Dapatan kajian

Sepanjang menjalankan kajian tentang novel ini, pengkaji telah mendapati bahawa
terdapat beberapa teknik yang digunakan ketika penulis menyiapkan novel ini. Teknik
tersebut terdiri daripada skema,gaya bahasa, laras bahasa, retorik, teknik pemerengganan
dan sebagainya. Manakala inovasi yang digunakan oleh penulis ketika menyiapkan novel
ini ialah memasukkan elemen percintaan dan keremajaan dalam novel ini. Selain itu,
pengkaji turut menyatakan dapatam kajian berkaitan pandangan mahupun respon
masyarakat terhadap novel ini.

1. Penggunaan teknik dalam novel


Seperti yang dinyatakan, terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam menyiapkan
novel ini. Teknik tersebut terdiri daripada skema,gaya bahasa, laras bahasa, retorik, teknik
pemerengganan dan sebagainya

Strategi skema
Skema atau scheme berasal daripada bahasa Greek schema merupakan unsur stilistik
dalam fakulti elocutio atau gaya yang bermaksud bentuk (Corbett dan Connors, 1999:
379). Daripada ungkapan ini, Corbett membentuknya menjadi suatu strategi dalam figures
of Speech. Skema merupakan penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau
susunan perkataan. Selain itu, skema atau orthographical schemes melibatkan perubahan
dalam ejaan mahupun bunyi perkataan yang terhasil dengan cara menambah atau
mengurangkan huruf atau suku kata yang terletak di hadapan, tengah mahupun di akhir
perkataan ataupun melalui perubahan bunyi. Quintilianus (1920) mendefinisikan skema
sebagai suatu wacana berseni hasil manipulasi kata-kata yang menyimpang daripada
bentuk yang lazim. Golden (1983) pula mendefinisi skema sebagai sebarang jenis
perkataan, bentuk penyusunan kata-kata atau bentuk penulisan yang tidak mengubah
makna. Laurie dan Kirszmer (1981: 208) memberikan makna skema sebagai merujuk
kepada pengukuran tentang kepandaian penulis menggunakan bahasanya, yakni sejauh
mana penulis itu berjaya mencapai matlamat stilistik. Daripada kepelbagian susunan
rangkaian kata, ejaan mahupun bunyi ini akan menentukan jenis strategi dalam kategori
skema. Dalam modelnya, Corbett dan Connors, (1999: 381-395) mengemukakan skema
kesamarataan (schemes of construction) yang merangkumi empat kategori, iaitu skema
seimbang, skema hiperbaton, skema pengulangan, skema pengguguran dan skema
ragaman. Dalam novel Di atas Sayap-Sayap Malaikat, antara skema yang digunakan
adalah skema seimbang, skema perulangan dan skema pengguguran.

i. Skema seimbang

6
Skema seimbang merujuk perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara
seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza. Terdapat tiga teknik dalam
skema ini, iaitu paralelisme, antitesis dan isokolon. Pengkaji telah mendapati bahawa
penulis kerap kali menggunakan skema seimbang berbanding jenis skema yang lain.
Paralelisme merujuk kepada salah satu asas dalam ilmu stilistik. Corbett dan Connors
(1999: 381) menterjemahkannya sebagai kesamaan struktur dalam pasangan atau siri kata-
kata, frasa-frasa atau klausa-klausa yang berhubungan. Gaya ini mensejajarkan beberapa
ayat yang berpola sama. Menurut Lanham (1968: 12), antitesis adalah tindakan
mengabungkan idea-idea yang bertentangan, manakala Umar Junus (1989: 213) pula
menjelaskan istilah antitesis merujuk kepada bentuk peletakkan dua ayat atau kata yang
bertentangan dalam kedudukan berdampingan. Isokolon adalah pengulangan frasa-frasa
dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Kerapkali juga isokolon
membawa nada yang puitis. Isokolon terjadi apabila wujud elemen yang tidak sahaja
setara dari segi struktur malah elemen yang mempunyai kepanjangan yang sama. Umar
Junus (1989: 224) berpendapat isokolon adalah suatu pengertian dalam retorik klasik yang
digunakan untuk menyebut ‘perulangan dari baris atau fikiran yang sama .Berikut
merupakan jadual yang menunjukkan contoh bagi skema seimbang yang terdapat di dalam
novel tersebut.

Skema seimbang contoh


Paralelisme Ustaz Naim bukan sahaja bijak dalam
alquran, bahkan bijak dalam seni khat,
tarannum, menyampaikan dakwah
dan juga hafazan. (halaman 5)
Antitesis “Tak kisah lelaki-wanita,tua
muda,semuanya dijemput hadir dalam
kuliah saya malam ini”.(halaman 57)
isokolon Tiada dalam data

ii. Skema perulangan


Skema perulangan merujuk kepada perulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan
makna, nada dan bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai. Skema perulangan terdiri
daripada anafora, Epistrop, Anadiplosis, Poliptoton, Epanalepsis, Klimaks, Antiklimaks,
Antimetabole, Asonansi, Kiasmus dan Aliterasi. Berikut merupakan jadual yang
menunjukkan contoh bagi skema perulangan yang terdapat di dalam novel tersebut.

Skema perulangan contoh


Anafora “Kejap pergi ke pasar. Kejap pergi ke
kedai buku. Saya pun hairan melihat
gelagat sahabat kita sorang ni.” (halaman
91)
Epistrop “Hidup ku kerana Allah, mati ku juga

7
kerana Allah.” (halaman 239)
Anadiplosis “Ustaz harap kamu semua bersatu.
Bersatulah demi mengangkat syiar
islam” (halaman 308)
Poliptoton Tidak ditemui di dalam data.
Epanalepsis Tidak ditemui di dalam data.
Klimaks “dari sekolah rendah,sekolah
menengah dan universiti ,perangai kau
tetap tak berubah” (halaman 101)
Antiklimaks Tidak ditemui di dalam data.
Antimetabole Tidak ditemui di dalam data.
Asonansi Tidak ditemui di dalam data.
Kiasmum Tidak ditemui di dalam data.
Aliterasi Tidak ditemui di dalam data.

Berdasarkan jadual di atas,pengkaji mendapati bahawa penulis seringkali menggunakan


skema perulangan jenis anafora, epistrop,anadiplosis dan klimaks. Hal ini kerana skema
perulangan jenis ini sering menjadi pilihan bukan sahaja penulis novel bahkan pelajar
sendiri turut memilih skema perulangan tersebut untuk menjadikan karangan lebih
gramatis.

iii. Skema pengguguran


Terdapat dua bentuk skema jenis ini. Pertama, pengguguran kata hubung atau tanda
mekanis. Kedua, penggunaan kata hubung dengan jumlah yang melebihi kebiasaan.
Tujuan penggunaan skema ini untuk memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya
bahasa. Terdapat tiga strategi dalam skema ini, iaitu elipsis, asindeton dan polisindeton.
Elipsis bermaksud pengguguran secara sengaja kata atau beberapa kata yang dibayangkan
oleh konteks (Corbett dan Connors, 1999: 386). Menurut Umar Junus (1968: 217) elipsis
adalah pengsirnaan unsur-unsur yang terdapat dalam ayat. Asindeton pula ialah
pengguguran kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan (Corbett dan Connors,
1999: 387). Lawan bagi asindeton ialah polisindeton, iaitu penggunaan kata hubung yang
banyak. Menurut Corbett, asindeton memberikan kesan rima yang tepat dalam ayat. Umar
Junus (1989: 214-215) pula mendefinisikan asindeton sebagai ketiadaan penggunaan kata
hubung yang menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain atau satu frasa dengan frasa
yang lain manakala Polisindeton pula ialah penggunaan kata hubung yang melebihi
daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Dengan kata lain,
polisindeton merupakan kebalikan asindeton. Menurut Corbett, strategi polisindeton
bertujuan melambatkan irama prosa dalam perenggan dan seterusnya menghasilkan kesan
penegasan yang jitu. Polisindeton boleh juga digunakan bagi menunjukkan penekanan
terhadap sesuatu maksud. Jadual berikut merupakan contoh bagi setiap pengguguran yang
terdapat di dalam novel kajian.

8
Skema pengguguran Contoh
Elipsis Setelah selesai solat jumaat, masyarakat
mula bertebaran ke pejabat, sekolah,
premis dan juga ada yang pulang ke
rumah. (halaman 67)
Asindeton Tidak ditemui di dalam data.

Polisindeton “Perempuan dan wang dan kekayaan, aku


tidak akan sesekali mengambilnya”
(halaman 119)

Laras bahasa
laras bahasa dimaksudkan dengan penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaan, sama
ada bidang sains, ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan lain-lain. Pada hakikatnya, laras
bahasa membayangkan konteks penggunaan bahasa yang berdasarkan hubungan, bidang
dan wahana. Jika sesuatu laras itu diteliti berdasarkan bidang, maka laras tersebut ditandai
oleh dua ciri sahaja, iaitu istilah-istilah yang mewakili bidang itu dan juga gaya
pengungkapannya atau phraseology (Asmah Haji Omar, 1983). Nik Safiah Karim (1982)
pula menyatakan laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan
variasi yang ada pada bahasa tersebut. Abdullah Hassan (1997: 248) pula menyatakan
laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-
ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang
menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat
pertama. Malah, laras adalah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, laras yang
sama boleh diungkapkan menggunakan beberapa laras. Ure dan Ellis (1977) pula
menjelaskan laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan
tertentu. Edward A.D. (1969) menyatakan laras sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk
situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain,
manakala Trudgill (1974) menganggap laras sebagai satu bentuk bahasa khusus yang
wujud daripada keadaan sosial. Pengkaji mendapati bahawa laras bahasa yang digunakan
dalam di dalam novel ini ialah laras agama dan laras sains.

i. Laras agama
Menurut Nik Hassan basri, laras agama juga dikenali sebagai laras doa. Laras ini
menggunakan ragam bahasa yang digunakan dalam lisan dan tulisan yang berkaitan
dengan keagamaan dari segi istilah dan diksi. Kebanyakan pengaruh bahasa yang dipinjam
dari bahasa Arab adalah datangnya daripada bangsa arab itu sendiri. Antara contoh laras
agama yang ditemui oleh pengkaji ketika menyiapkan tugasan ini ialah perkataan Alquran,
Syurga, Pahala, Musyawarah, ulama, dan sebagainya. Terdapat banyak perkataan yang
mempunyai laras agama di dalam novel tersebut disebabkan novel tersebut berlatarkan
keagamaan.
9
ii. Laras sains
Laras bahasa sains merupakan laras yang disampaikan secara formal. Sebarang maklumat
adalah berdasarkan kajian dan hasil penyelidikan yang telah disahkan kebenarannya.
Laras bahasa sains menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan
bidang sains. Antara contoh laras sains yang ditemui oleh pengkaji ketika menyiapkan
tugasan ini ialah perkataan AIDS, diabetes, Paracetamol dan sebagainya.
Retorik
Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu
penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada
input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta kemahiran
menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam perenggan-
perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa yang
hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan kesan yang mendalam terhadap
emosi dan tindakan pembaca. Terdapat pelbagai pendekatan retorika yang boleh
diaplikasikan tergantung kepada bentuk penulisan, motif penulis dan khalayak
pembacanya. Secara umumnya, pendekatan retorika terbahagi kepada enam jenis iaitu
pemerian, pemujukan, pendedahan, penghujahan, penceritaan dan penerangan.
Berdasarkan penelitian, pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat dua jenis retorik yang
terdapat di dalam novel tersebut. Antaranya ialah retorik pemerian dan retorik penceritaan.

i. Retorik pemerian
Penulisan pemerian sering diaplikasi dalam pelbagai genre penulisan. Dalam penulisan
jenis ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu. Misalnya, penulis ingin
memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda
atau seseorang watak. Penulisan yang menggunakan mod ini memerlukan kemahiran
menggambarkan sesuatu perkara secara terperinci menggunakan imej dan seumpamanya
sama ada warna, bentuk, bunyi, bau, rasa dan lainlain yang menyentuh pancaindera
manusia. Tujuan penulis adalah bagi membolehkan pembaca merasai sendiri apa-apa yang
telah penulis lihat atau alami. Selain itu, retorika pemerian bertujuan memberikan
gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti perlukisan. Dalam pendekatan ini,
penghasil wacana memindahkan pengamatan dan pemerhatiannya kepada khalayak. Bahan
yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan
sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Penghasil
wacana ini hanya memerihalkan sesuatu objek atau perkara sebagaimana kewujudan
sebenarnya, iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi, atau pandangannya dalam wacana
yang dihasilkan. Daripada segi penerimaan wacana pula, pembaca seolah-olah dapat
melihat ciri-ciri objek yang digambarkan. Untuk menghasilkan karangan dengan retorika
ini, penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik. Gambaran secara
realistik bermaksud menggambarkan sesuatu dengan berdasarkan fakta-fakta yang konkrit.
Contoh retorik pemerian di dalam novel :
Madrasah Darul Uloom merupakan sebuah madrasah yang terletak di Switzerland.
Madrasah tersebut dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur seperti asrama lelaki dan
perempuan, kelas pengajian, kantin, dewan, masjid dan padang.
ii. Retorik penceritaan

10
Retorika penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan
beberapa siri peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik. Retorika ini digunakan dalam
penulisan cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya.
Penulisan penceritaan terbentuk daripada bahagian permulaan, perkembangan, cerita,
konflik dan peleraian sehingga terhasil satu kesatuan. Retorika ini mengandung empat
prinsip yang bertalian, iaitu kesatuan, pertatutan, penekanan dan gaya bahasa yang
menarik. Kesatuan dalam penceritaan berkaitan dengan tema, iaitu aspek yang
mewujudkan kesatuan fikiran dalam sesuatu cerita. Pertautan pula berkaitan dengan plot
atau jalinan cerita, iaitu terdapat kesinambungan idea dalam cerita tersebut. Seterusnya
penekanan dalam penceritaan merujuk kepada pemilihan dan penyusunan peristiwa yang
dapat menarik minat khalayak. Dalam hal ini, cerita yang diselitkan dengan unsur saspens,
klimaks dan kadar gerak penceritaan peristiwa-peristiwa yang pantas akan menimbulkan
keseronokan kepada khalayak.
Contoh retorik penceritaan di dalam novel:
Suasana pagi jumaat yang sangat sayu dan sepi. Angin sejuk di pagi hari membuatkan
masyarakat di kota swiss enggan terbangun dari mimpi. Matahari yang masih malu
menyinari hari pagi di sana membuatkan masyarakat semakin asyik diulit mimpi.

2. Proses inovasi di dalam novel


Menurut kamus Bahasa Melayu, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan
seperti kaedah , sistem, adat dan lain-lain yang bersifat baharu. Berdasarkan kajian ini
pula, pengkaji telah mendapati terdapat beberapa elemen inovasi yang diterapkan oleh
penulis novel di dalam novel tersebut. Antaranya ialah elemen percintaan yang melibatkan
agama yang berbeza. Sebagai contoh, kisah percintaan antara Ustaz Naim dan Nadine
yang hakikatnya Nadine merupakan seorang yang berbangsa Yahudi. Elemen ini bukanlah
sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Buktinya, terdapat banyak
pasangan suami isteri yang terdiri daripada kaum yang berbeza. Namun, penulis novel
tersebut mengambil Langkah yang agak berani memandangkan terdapatnya isu sensitiviti
antara agama islam dan agama yahudi.walaupun begitu, novel ini tetap mendapat
sambutan disebabkan jalan cerita yang agak mantap dan menarik.

3. Pandangan masyarakat terhadap novel


Pada awalnya, pengkaji menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan respon dari
pembaca namun sebuah blog atas talian telah menghimpunkan pelbagai reaksi masyarakat
terhadap novel ini. Di samping itu, pengkaji turut menyediakan sebuah set soal jawab
berbentuk Google Form kepada beberapa orang pembaca. Berdasarkan dapatan tersebut,
pengkaji telah mendapati bahawa rata-rata pembaca amat meminati jalan cerita yang
dinyatakan di dalam novel tersebut. Majoriti pembaca mengatakan bahawa jalan cerita
yang disampaikan oleh penulis adalah bersifat realistik dan menarik.

4. Kesan penghasilan novel terhadap masyarakat

11
Novel yang baik adalah novel yang mampu memberi kesan kepada para pembaca. Sama
seperti drama, drama yang baik akan membuatkan emosi setiap penonton akan ikut sama
berdasarkan situasi yang terdapat di dalam drama tersebut. Bagi kajian kali ini, pengkaji
mendapati bahawa novel ini telah membuka mata masyarakat tentang hijrah seorang
manusia. Walaupun dulunya Nadine bersikap keras terhadap agama islam dan Ustaz
Naim, namun pada akhirnya beliau telah memeluk islam dan menjadi isteri yang sah
kepada Ustaz Naim. Hal ini membuktikan bahawa setiap manusia mampu berubah kea rah
yang baik bahkan tidak baik. Sebagai masyarakat yang berfikiran terbuka, kita tidak boleh
menjatuhkan hukuman secara terus kepada seseorang atas kesilapannya yang terdahulu.
Tiada siapa yang akan tahu sama ada insan tersebut akan menjadi lebih baik mahupun
sebaliknya. Intipatinya di sini ialah setiap manusia berhak untuk diberikan peluang dan
mereka yang mendapat peluang tersebut perlulah menggunakan peluang tersebut dengan
baik.

Analisis keseluruhan dapatan kajian


Secara keseluruhannya, pengkaji telah menggunakan beberapa jenis teknik dalam
menyiapkan novel tersebut. Antara ialah skema, retorik dan sebagainya. Hal ini dilakukan
adalah untuk menjadikan penulisan menjadi lebih gramatis dan sangat sesuai untuk dibaca.
Selain itu, pengkaji turut menerapkan aspek inovasi yang terdiri daripada percintaan yang
berlainan agama. Walaupun kita berlainan agama, kitab oleh menjalinkan hubungan
dengan syarat niat perlulah betul demi menghalalkan sebuah perhubungan. Akhir sekali ,
pengkaji turut menyediakan respon yang diberikan terhadap novel Di atas Sayap-sayap
Malaikat. Majoriti pembaca amat berpuas hati dengan hasil nukilan penulis novel tersebut.

12
Kesimpulan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, seni bahasa ialah keindahan susunan kata-kata atau
bahasa manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Berdasarkan maksud seni
bahasa ini, jelas menunjukkan bahawa seni bahasa ialah aspek yang menghuraikan dengan
mendalam mengenai kehalusan dan keindahan bahasa. berdasarkan novel yang telah
dipilih, pengkaji mendapati bahawa novel Di atas Sayap-Sayap Malaikat merupakan
sebuah novel yang sangat mantap dari segi penggunaan gaya bahasanya. Bukan sahaja itu,
novel ini juga Berjaya mendapat perhatian disebabkan Berjaya menangkap emosi pembaca
yang membaca novel ini. Sebagai seorang pembaca, pengkaji turut berpuas hati dengan
mutu penulisan yang telah sampaikan oleh penulis kepada pembaca. Harapan pengkaji
ialah diharapkan agar penulis novel iaitu saudari Hana Ilhami terus mengembangkan bakat
dalam bidang penulisan. Juga diharapkan kepada penulis novel yang lain agar terus
menerus mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang penulisan novel ini.

13
Rujukan

Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, N. (2010). Kamus dewan: Edisi keempat (4th ed.). Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ilhami, H. (2016). Di atas sayap-sayap malaikat (1st ed.). Penerbitan Karyaseni SDN. BHD.

Rosman, N. H. (2012, March 3). Laras Bahasa sains. Share and Discover Knowledge on

SlideShare. https://www.slideshare.net/NorhidayuRosman/laras-bahasa-sains

Skema seimbang. (n.d.). prezi.com. https://prezi.com/elyxettxf9g-/skema-seimbang/

Azuwan Yaakob dan Nik Fazrul Azri Nik Azis , A. A. M. D. (2017). PENERAPAN

RETORIK GAYA SKEMA DALAM PENGKARYAAN NOVEL SALINA.

Business and Social Development, 5(1), 66. Retrieved May 24, 2021, from

https://drive.google.com/file/d/1EonBszc1yEMdKyq3xVD2XzyHzPLzv6jA/view?us

p=drivesdk

14
15

Anda mungkin juga menyukai