Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis Buku Belajar dari Dua Umar.

oleh Mahawa binti Pilus

(Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan)

Belajar Dari Dua Umar : Kenyangkan Perut Rakyat. Oleh Hepi Andi Bastoni. Anbakri Publika
Sdn. Bhd. 2008. Hlm. 126. ISBN 978-983-43748-8-4.

Buku kecil ini merupakan himpunan 26 kisah pendek yang pernah disiarkan dalam Majalah Sabili. Kisah
dua Umar yang dimaksudkan dalam buku ini ialah Umar al-Khattab dan Umar Abd.Aziz, dua pemimpin
terhebat di dunia selepas Rasulullulah saw. Semua kisah yang dihidangkan sekitar 4-6 halaman sahaja.
Ini memudahkan pembaca yang kesuntukan masa menghabiskan bacaannya dengan mudah. Apa yang
menarik ialah setiap kisah yang dihidangkan itu ialah kisah yang tersendiri. Ini memberi kelebihan kepada
pembaca kerana pembaca boleh memilih kisah yang ingin dibacanya tanpa menurut urutan kerana
susunan kisah itu bukan merupakan suatu kesinambungan dari kisah-kisah yang sebelumnya.

Kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku ini mungkin telah banyak kali ditemui oleh pembaca dalam
penerbitan yang lain. Namun keistimewaan buku ini ialah penulisnya berjaya menghidangkan kisahnya
dengan keindahan bahasanya yang berjaya menggugah hati pembaca.. Teknik penulisan yang diawali
dengan cerita berjaya menarik perhatian pembaca, kerana setiap kisah akan diulas oleh penulis dengan
melontarkan pandangan yang begitu menarik, bersifat kontemporari, sesuai dengan perkembangan
semasa dunia hari ini.

Merenung judul buku, BELAJAR DARI DUA UMAR dengan jelas sekali bahawa, penulis bukan sekadar
ingin pembaca mengikuti kisah hebat dari dua pemimpin Islam ini, Umar al-Khattab dan Umar Abd.
Aziz, tetapi ingin sekali memandu pembaca agar dapat mengutip mutiara makna dan hikmah dari kisah
yang dipaparkan.

Seawalnya, dalam kisah yang pertama, penulis telah memasakkan konsep akidah kepada pembaca
dengan kisah yang berjudul “Antara usaha dan Pertolongan Allah”. Begitu penegasan penulis bahawa
tunjang dalam iman kita ialah tauhid kepada Allah swt. Kebergantungan hanya kepada Allah, usaha milik
hamba, perkenan dan izin atas kurnia-Nya. Begitulah awal kisah, hidangan cerita untuk pembaca.

Seterusnya didapati buku ini banyak menekankan cara pemimpin yang berkesan. Kepimpinan melalui
teladan sudah ada sejak zaman nabi dan diwarisi sehingga ke sahabat-sahabatnya. Dua Umar ini
menunjukkan contoh yang amat indah kepada pengikutnya sama ada dalam peperangan, sebagai penjaga
harta khazanah milik rakyat, sebagai pendakwah, sebagai hakim dan banyak lagi. Dalam kisah yang
dipilih sebagai judul buku ini, BELAJAR DARI DUA UMAR penulis menggariskan bahawa apa yang
perlu dipelajari ialah sikap zuhud, rasa kecintaan akan menciptakan rasa selamat. Kedekatan kepada
rakyat akan menjamin keselesaan pemimpin. Berlaku adil, bersih, dekat dengan rakyat adalah kunci untuk
membuka rasa cinta rakyat kepada pemimpin yang akhirnya membawa mereka menjadi pemimpin yang
unggul.

Buku ini penting untuk dibaca oleh para pemimpin, kader dakwah, dan sesiapa pun yang menginginkan
penambahbaikan dalam hidup. Hidup ini perlu sentiasa ada peningkatan dalam ilmu, iman, akhlak dan
amal. Buku kecil ini menghidangkan segala-galanya kepada pembaca. Jika anda seorang pemimpin,
buku ini sememangnya ditempa khas untuk anda, banyak kisah yang menyangkut dunia kepimpinan
dalam buku ini. Jika anda seorang pelajar, kisah ‘Tradisi menuntut ilmu’ menjadi motivasi yang amat
hebat. Atau anda seorang yang meminati bidang sosial mahupun ekonomi, kisah ‘Memerangi
Kemiskinan” perlu direnung dan diambil iktibarnya. Akhirnya, dapat disimpulkan : BUKU INI UNTUK
SEMUA.

1
Buku ini adalah merupakan sebuah buku yang menceritakan…………………………. Ia sebagai asas
permulaan bagi mereka yang ingin mengetahui dan memahami ……………………. Tujuan penulisan ini
adalah untuk mendorong pembaca untuk mendapatkan pemahaman/……………………….dari sudut
pandangan dan seterusnya membuat kesimpulan sendiri mengenai sejarah para khalifah atau pemerintah
Islam.

Buku ini mengandungi 128 halaman ini dikarang oleh Hepi Andi Bastoni iaitu seorang
………………… Beliau kemudiannya berkhidmat di beberapa ………….Ketika buku ini ditulis beliau

Beliau berasal dari keluarga ………..beliau sangat bersemangat dalam ……………….

Buku yang ditulis pada ……..dan kemudiannya diulang cetak pada ……., dimulakan dengan .

Buku ini terdiri daripada 26 kisah benar dari dua orang khalifah yang berkongsi nama dan dari
satu keturunan iaitu Umar. Umar Al-Khatab dan Umar Abdul Aziz. Kisah benar seringkas antara 4-6
muka surat setiap satunya membuatkan pembaca tidak bosan. Pembaca boleh memilih kisah mana yang
hendak dibaca dahulu. Kisah yang ringkas ini membantu mereka yang kesuntukan waktu untuk

2
menyambung pembacaan tanpa ada rasa terputus kesinambungannya apabila pembaca hendak memulakan
dengan kisah yang baru pada kesempatan yang lain.

26 kisah dalam buku ini dipersembahkan oleh penulis secara teliti dengan pengolahan yang
menarik. Meskipun umum sudah mengetahui kisah-kisah ini dan telah diulangi dalam banyak versi serta
diterbitkan dalam pelbagai buku, malah dikisahkan oleh pendakwah dalam pelbagai sesi ceramah atau
kuliah, namun penulis berjaya mempersembahkannya kembali kepada pembaca dengan nada segar dan
analisis yang mendalam, kritis dan kreatif serta bersifat kontemporari. Kisah yang berlalu 1400 tahun
yang lalu tetap relevan sepanjang zaman. Kebijaksanaan penulis menjalinkan kisah lama dengan keadaan
semasa menjadikan kisah ini “hidup” kerana sulaman ulasan bernas penulis berjaya membawa minda
pembaca untuk turut sama berfikir.

Kekuatan bahasa dan olahan mengangkat buku ini sebagai sebuah karya yang menarik untuk
dibaca. Kekuatan bahasa ini bukan sahaja datangnya dari penulis, malahan ruangan Salam Penerbit dan
Pengantar dari Dr.HM Hidayat Nur Wahid juga amat mempersona cara dan gaya persembahan pandangan
mereka. Bahasanya indah, padat dan tamsil ibaratnya digarap dengan bahasa yang padu dan mantap. Ada
tusukan jiwa dalam setiap perkataan yang dituliskan oleh mereka. Dr. HM Hidayat Nur Wahid
menitipkan kata-kata ini dalam kata pengantarnya :

“Bagi seorang pemimpin, teladan menjadi perkara utama yang diperhatikan oleh rakyat.
Kepatuhan rakyat kepada pemimpin, berbanding lurus dengan kemampuan mereka memberikan
keteladanan. Semakin jauh pemimpin daripada keteladanan, semakin jauh juga rakyat daripada
kepatuhan.” (hlm. xix-xx)

Manakala Anbakri, dalam Salam Penerbit menegaskan dalam bahasa yang amat puitis tetapi jitu
pandangannya tentang teladan dari dua Umar ini. Beliau menulis “… buku ini mencungkil apa yang telah
tertanam di dalam pasir sejarah. Ia menggali apa yang semakin dilupai, membasuh dan menghidangkan
semula untuk santapan rohani generasi pembaca masa kini yang kelihatan semakin materialistik sifat
kehidupannya…” (hlm. viii) Anbakri menyampaikan pesanan ringkas dari penerbit dengan nada yang
lembut lagi membujuk “…Anbakri Publika telah menyangkut sekeping cermin besar ke dinding rumah
setiap ummah untuk rajin bercermin dalam mendandani rohaninya.” (hlm. vii)

Tajuk buku ini dipetik dari salah sebuah kisah yang dihidangkan dalam buku ini. Meneliti tajuk
buku ini, ternyata penulis inginkan pembaca memetik pelbagai mutiara ilmu yang tersirat dari pelbagai
kisah dari dua Umar ini. Seawal kisah yang pertama, dengan judul “Antara Usaha dan Pertolongan
Allah”, ternyata penulis memulakannya dengan penegasan kepada kemantapan aqidah iaitu apa sahaja
usaha, walau semaksimum mana sekalipun, hanya Allah penentu segala-galanya. Ternyata kita hanya
sebagai hamba, mutiara ilmu yang dapat dipetik dari kisah ini ialah pertolongan Allah itu adalah bersyarat
iaitu usaha yang maksimum, dan diberikan kepada mereka yang sudah menolong agama-Nya.

Banyak perkara yang boleh dikutip, dari kisah dua Umar ini. Dalam kisah “Belajar dari Dua
Umar” ini, penulis menonjolkan sikap zuhud, bersederhana serta sifat warak Umar. Kata-kata Umar juga
mencengkam nurani pembaca “ ketika rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang
merasakannya, kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya,” (hlm. 85)
malah untuk menjadi seorang pemimpin yang selamat, rasa cinta akan mencipta rasa selamat.

Pelajaran yang boleh dikategorikan dalam beberapa kategori iaitu strategi berdakwah yang
berkesan dalam

3
Daripada 26 kisah ini, pengulas mengkategorikan kepada beberapa kategori kisah yang boleh
dipelajari iaitu

Dalam

Di dalam penulisan buku ini diutarakan pandangan dari 2 tokoh ….

Penggunaan dan olahan bahasa ……

Anda mungkin juga menyukai