Anda di halaman 1dari 7

RESENSI BUKU

NAMA : AFNAN ZAHIN BIN AB RAZAK

1. IDENTITI BUKU
Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

2. JUDUL RESENSI
Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

3. DATA BUKU
a. Judul Buku : Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah
b. Pengarang : Nik Muhammad Nasri Nik Malik
c. Penerbit : PTS Islamika Sdn. Bhd.
d. Tahun terbit : 2011
e. Dimensi Buku : 128 Muka Surat
f. Harga buku : RM 16.00

4. IKHTISAR RESENSI BUKU

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah ini menceritakan tentang kehidupan dan


sirah tentang Nabi Muhammad SAW. Ia juga menceritakan tentang bagaimana hendak
melahirkan rasa cinta umat islam kepada nabinya. Ia mengisahkan tentang manusia
terbaik atau manusia yang dipilih Allah SWT untuk membimbing umat akhir zaman.
Baginda adalah penutup bagi para nabi iaitu tiada lagi nabi selepas baginda.

Buku ini mengandungi empat bab , iaitu Kenali Nabi Agar Lahir Rasa Cinta, Tiga
Tahap Cinta Nabi, 88 Tips Membantu Nabi Penyampai Wahyu Dan Cintakan Nabi
Coretan Akhir. Tokoh Nabi Muhammad, tidak syak lagi, adalah salah satu daripada
sedikit orang yang sangat mempengaruhi perjalanan sejarah. Bukan sahaja dalam
bidang keagamaan, tetapi juga dalam hampir semua aspek kehidupan. Bahkan itu, ramai
cendekiawan meletakkan Nabi di tempat pertama daripada 100 tokoh paling
berpengaruh. Kerana itu, ia menjadi objek penyelidikan dan penulisan yang tidak
berkesudahan.

Sebagai orang yang mengaku cinta kepada Rasullah, buku ini pastinya sangat
berguna. Sebuah aphorisme klasik yang mengatakan tidak kenal maka tidak cinta ? Itu
benar, sesuatu yang lebih mendalam, perasaan cinta yang tidak mungkin akan
berkembang di hati. Buku ini ditulis, dengan tujuan agar kita tahu Rasullulah lebih dalam
dan dapat mencintainya seperti cinta sahabatnya kepada Nabi.

Buku ini mendedahkan kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad, bermula dari
sejarah tamadun Arab, masa kelahiran Nabi Muhammad, ketika ia dilahirkan, zaman
kanak-kanak, zaman kenabian, peperangan yang dijalankan hingga kewafatannya yang
kemudiannya terus diceritakan oleh para-para sahabat.

Buku ini menerangkan kehidupan sebelum Nabi dilahirkan semuanya berpusat


pada bidang yang mempunyai pasaran dan kawasan subur, sejarah dan sosial yang
kebanyakannya bermula di sini. Tetapi sebaliknya orang Arab ini sangat suka minum
arak dan bermain perjudian. Salah satu adat mereka yang paling rendah adalah untuk
mengebumikan anak perempuan hidup-hidup. Tindakan zalim dan kejam ini biasanya
dilakukan kerana takut malu atau miskin. Di antara kebiasaan mereka ialah dicerminkan
dalam kebiasaan lelaki yang sudah berkahwin berkali-kali dan menceraikan isteri mereka
sesuka hati. Wanita janda yang suaminya telah mati, dilihat sebagai pusaka. Sehingga
sering terdapat hubungan perkahwinan antara anak dan isteri bapanya atau ibu-ibunya.

Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggungjawab luar
biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya,
Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada
umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan
menunjukkan teladan yang baik kepada mereka.

Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat


dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa,
membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi
sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, meritih kekesalan. Malah musuh yang
mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.

Jadi, buku ini juga sangat berguna kerana di dalamnya memberitahu perjalanan
Nabi Muhammad dari kelahiran baginda sehingga wafat dalam gaya yang mudah
difahami dan ringkas. Buku ini sesuai untuk semua orang yang menginginkan
pengetahuan tentang Nabi Muhammad yang sebenarnya, terutama bagi umat Islam
yang mendakwa mencintai Nabi Muhammad SAW.

5. KANDUNGAN BUKU
a. Kelebihan

i. Buku ini merupakan buku yang sesuai dibaca oleh peringkat remaja dan
dewasa kerana ia mempunyai ayat-ayat al-quran di dalamnya.
Kandungannya memerlukan pemahaman yang baik apabila membaca
kerana tahap ayat yang tinggi dan bahasa kiasan yang sesuai difahami
oleh peringkat dewasa selalunya.

ii. Buku ini juga sangat menarik kerana banyak memberikan pengetahuan
tentang Nabi Muhammad SAW kepada para pembaca. Ia juga banyak
memberikan pelbagai tips untuk lebih mendekati dan lebih mencintai
Rasulullah SAW.

iii. Buku ini tidak terlalu tebal dan hanya mengandungi 128 muka surat
sahaja. Setiap muka surat ia mempunyai penerangan yang baik yang
dapat difahami dengan mudah.

iv. Buku ini juga mempunyai istilah-istilah dalam bahasa arab seperti Siraj
Munir, Al-Mutawakkil dan sebagainya tetapi pengarang telah memberikan
maksud bagi setiap istilah dengan baik dan mudah difahami.

v. Buku ini sangat lengkap dengan pengetahuan dan sirah tentang Rasulullah
SAW dan maklumat dalam buku yang diberikan semuanya adalah benar
tanpa mempunyai sebarang kesilapan.
b. Kekurangan

i. Dari aspek kekurangannya pula, terdapat beberapa kekurangan yang


perlu diperbaiki supaya buku ini menjadi buku yang sangat relevan untuk
digunakan. Tajuk buku ini adalah Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah.,
namun begitu, kandungan buku ini lebih banyak menyentuh tentang
sirah Rasulullah SAW. Sepatutnya buku ini menghuraikan tentang
keperibadian Rasulullah SAW supaya pembaca lebih banyak mengenali
baginda secara mendalam supaya boleh melahirkan rasa cinta.

ii. Buku ini tidak menarik dari segi penulisannya kerana tidak ada warna di
dalamnya, hanya kulit depan dan kulit belakang sahaja mempunyai
warna.
iii. Kandungan buku tidak menceritakan tentang keperibadian Rasulullah
SAW dengan jelas, ia lebih banyak menceritakan tentang sirah
Rasulullah SAW.

Iv. Ilustrasi gambar atau karikatur tidak ada dalam buku untuk menarik
minat pembaca.

v. Buku ini tidak sesuai untuk peringkat kanak-kanak, sepatutnya buku


seperti ini perlu dibaca oleh kanak-kanak lagi supaya mereka mengenali
Rasulullah SAW lebih awal.

vi. Bibliografi buku ini tidak mengikut format APA seperti yang telah
ditetapkan.

vii. Rujukan tidak mengikut format APA , ia menyebabkan sukar untuk


dipastikan sumbernya samada sahih ataupun tidak sahih.
6. PENAMBAIKAN

i. Buku ini perlu ditambahkan warna yang lebih menarik pada setiap
mukasurat supaya ia nampak lebih menarik untuk dibaca dan juga dapat
menarik golongan kanak-kanak untuk membacanya.

ii. Muka surat pada buku ini perlu dikurangkan sedikit supaya tidak terlalu
tebal untuk membacanya.

iii. Tulisan pada buku perlulah lebih menarik dan besar supaya mudah
untuk dibaca terutamanya golongan warga emas yang matanya tidak
berapa jelas.

iv. Bibliografi buku ini perlulah mengikut format APA yang telah
ditetapkan.

v. Rujukan juga perlu mengikut format APA supaya lebih mudah untuk
disahihkan sumbernya.
7. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Buku ini sesuai digunakan oleh peringkat remaja dan dewasa sahaja dan
tidak sesuai untuk kanak-kanak. Namun begitu, perlu ada penambahbaikan dalam
aspek kandungannya. Ia perlu menjadikan lebih menarik dengan menjadikan ia
warna-warni kerana ia adalah buku yang baik dan perlu dibaca oleh semua orang
supaya orang akan mengetahui siapakah manusia terbaik dan terpilih untuk
dijadikan contoh tauladan di dunia ini sepanjang zaman.

8. LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai