Anda di halaman 1dari 40

KEMAHIRAN DINAMIKA

ETIKET DI MEJA MAKAN


Disediakan oleh : S13P2
Lau Zhi Ch'ng
Najihah Kamarulzaman
Noor Aireen Suraya Shahadan
ISI KANDUNGAN
•Tatacara penggunaan kutleri den
gan betul.
• Adab-adab dan tertib di meja
makan.
• Hidangan buffet.
OBJEKTIF
• Mengetahui cara-cara menggunakan kutleri dengan betul.
• Mempelajari adab-adab dan tertib di meja makan.
• Mengetahui etiket ketika makan hidangan buffet.
• Menjalin keakraban
• Menghindari perilaku salah
• Tidak menganggu orang lain
• Agar mudah bergaul
• Terhindar daripada perasaan rendah diri
• Dapat menikmati suasana jamuan dengan selesa
Makna ETIKET
-dari segi bahasa : pergaulan dan
budi bahasa.
-hukum berkenaan dengan tertib
antara orang dalam sesuatu
pekerjaan.
maksud - pergaulan yang
beradab ketika makan
04/14/21
Ketertiban dan Kesopanan Dalam
majlis Jamuan

Gaya kita makan menggambarkan peribadi


kita. Makan bersama orang lain merupakan
satu bentuk perkongsian yang amat besar
ertinya untuk mewujudkan suatu suasana
yang tenteram dan menyenangkan semasa
menikmati juadah.

04/14/21
Majlis makan rasmi

• Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama) sebelum anda


mula makan
• Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan
pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
• Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
• Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
• Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil
bahagian yang terdekat sekali
• Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun anda tidak
menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat pergi ke bilik air.

04/14/21
Majlis makan rasmi

Sebelum makan
Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah kanan
kerusi tempat duduk anda.
Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali di meja khas
Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan ‘setting’) ambil
napkin dan letakkan di atas riba secara perlahan (bukan dikibas).
Jangan mengalih, membelek-belek
pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama dsb) atau menukar
susunannya
Jangan lapkan pinggan/kutleri (menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak
hotel)

04/14/21
Semasa makan

Makanan dihidangkan dari sebelah


kiri anda.
Minuman dihidang dari sebelah
kanan.
Pinggan kotor diambil dari sebelah
kanan.
Peraturan menggunakan kutleri ialah
dari luar ke dalam.
04/14/21
04/14/21
Kedudukan Tetamu Kehormat
dan Tuan Rumah Suami
Isteri

04/14/21
Isteri duduk bersebelahan suami

04/14/21
Susunan Keutamaan Meja (Tiga
Meja)

Dimulakan dari meja sebelah kanan meja


tetamu utama, kemudian sebelah kiri,
berbalik kanan dan seterusnya. Meja yang
terkanan selepas meja utama ialah meja
(1) dan diikuti dengan meja (2).
04/14/21
ETIKET MEJA MAKAN

04/14/21
Susunan peralatan
04/14/21
TATACARA PENGGUNAAN
KUTLERI DENGAN BETUL

PANDUAN MENGGUNAKAN SUDU & GARPU


• Penggunaan sudu dan garpu adalah dari luar
ke dalam.
• Pisau atau sudu yang paling luar dari
pinggan utama yang digunakan dahulu.
Cara Menggunakan Sudu
Sekiranya menggunakan sudu sahaja
 Pegang sudu dengan tangan kanan.

Apabila sudu digunakan bersama garpu


 Pegang sudu dengan tangan kanan.
(Garpu di tangan kiri)
Cara memegang sudu yang
betul

Pelbagai jenis sudu


Cara Menggunakan Garpu
Sekiranya menggunakan garpu sahaja
Pegang garpu di tangan kanan.
Pegang dengan bahagian cabang terlentang.

Apabila garpu digunakan bersama pisau


Pegang garpu di tangan kiri. (Pisau di tangan kanan)
Bahagian cabang menelangkup di bawah.
Cara memegang Cara memegang garpu
garpu jika jika memegang dengan
memegang dengan tangan kanan.
tangan kiri
Cara Menggunakan Pisau
Pisau perlu dipegang dengan tangan
kanan.

Apabila pisau digunakan bersama garpu


 Pisau digunakan untuk menolak
makanan ke dalam garpu.
Cara memegang pisau
yang betul
Cara memotong daging
yang betul
Cara Meletakkan Sudu, Garpu & Pisau
Selepas Makan

 Letak pisau dan sudu atau garpu di


sebelah kanan pinggan dengan cabang
garpu dan sudu ditelentangkan.
Kedudukan pisau dan garpu
yang betul apabila selesai
makan untuk memudahkan
pelayan mengangkat
pinggan.
ADAB-ADAB & TERTIB DI MEJA
MAKAN
ADAB-ADAB & TERTIB DI
MEJA MAKAN

Gaya makan menggambarkan peribadi


seseorang. Makan bersama orang lain
merupakan satu bentuk perkongsian yang
mewujudkan suasana yang tenteram dan
menyenangkan semasa menikmati juadah.
Ketertiban di meja makan :
Tingkah laku yang patut diamalkan
Sebelum makan :
• Duduk tegak dan kemas semasa di meja
makan.
• Lutut dan lengan rapat ke badan.
• Buka napkin yang disediakan dan letak
di atas riba.
• Tunggu semua orang berada di meja
makan.
Semasa makan :

• Mula makan selepas doa dibaca/


dipersilakan makan/ sehingga orang
lain sudah dihidangi makanan.
• Jika hidangan sukar dicapai, minta
bantuan rakan semeja.
• Ambil makanan secara tidak berlebihan.
• Suap makanan sedikit demi sedikit.
• Makan dan minum dengan senyap.
• Sentiasa tutup mulut semasa
mengunyah.
• Jangan tiup makanan yang panas.
• Guna kutleri mengikut fungsi yang betul.
• Jika hendak membersihkan hingus atau
bersin, minta diri dahulu dan lakukan di
tandas. Jangan gunakan napkin sebagai
sapu tangan!
Selepas makan :

• Ucapkan terima kasih kepada orang yang


telah menyediakan makanan.
• Tinggalkan napkin yang digunakan di
atas meja dalam keadaan yang baik
• Rapatkan kerusi di meja semasa
meninggalkan meja makan
Hidangan Buffet dan Banquet

04/14/21
HIDANGAN BUFFET
•Bertujuan untuk membolehkan tetamu
beramah mesra disamping menjamu
selera.
•Lebih ramai tetamu dapat diundang.
•Biasanya, hidangan makanan akan
diletakkan di meja utama manakala
pencuci mulut dan air dihidangkan di
meja lain.
Etiket Ketika Makan Buffet
• Mulakan dengan tenang ketika
mengambil makanan.
• Ambil makanan sesuai dengan urutan
makanan yang disediakan :
Appatizer – Soup – Main course – Dessert
• Jangan letakkan mangkuk di atas
pinggan makan yang diisi makanan.
• Bila mengambil roti untuk soup atau
main course, pastikan mengambil
soup/makanan dahulu dengan
memegangnya di tangan kiri dan baru
mengambil roti dengan tangan kanan.
• Ambil makanan yang secukupnya tanpa
berlebihan.
• Gunakan piring baru setiap kali
mengambil makanan yang lain.
Perkara tidak dijangka berlaku di
meja makan

Tiba-tiba tercekik makanan, tersedak dan terbatuk


Terjumpa benda ganjil dalam makanan
Terjumpa makanan yang tidak sesuai dengan selera anda
Makanan, sudu, garpu, pinggan atau alatan lain terjatuh ke lantai
Makanan dan minuman tertumpah di atas meja atau di atas riba anda atau
ke atas riba orang yang duduk dekat anda

04/14/21
Apa Perlu Buat?

• Jika makanan tersekat di tekak menyebabkan anda tersedak, batuk atau bersin,
palingkan muka ke tepi dan tutup mulut dengan sapu tangan.
• Kemudian telan seteguk air. Ini akan membantu melegakan tekak anda.
• Jika keadaan tidak berubah, beredar dari meja sehingga keadaan lega, barulah
kembali ke tempat duduk tanpa rasa malu atau bersalah.
• Sambunglah makan semula.

04/14/21
Banquet

04/14/21
Kesimpulan
• Pelajar wajib mengetahui cara menggunakan
kutleri dengan betul sebagai salah satu
pengetahuan asas.
• Pelajar perlu menguasai etiket ketika berada
di meja makan kerana etiket melambangkan
identiti dan imej seseorang.

04/14/21
Sekian ,

TERIMA KASIH

04/14/21

Anda mungkin juga menyukai