Anda di halaman 1dari 2

OBESITI MENDATANGKAN PELBAGAI MASALAH

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak
sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang
berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan.
Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada
pengumpulan lemak dalam badan kerana menggoreng perlulah ada bahan
berminyak seperti kolestrol yang boleh membawa kepada kolestrol tinggi dan akan
menyebabkan salur darah arteri tersumbat oleh lemak-lemak berlebihan. Untuk
mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan
lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan seperti
dalam piramid makanan, makan yang mana perlu sahaja. Kita juga hendaklah
mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak
dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Misalnya, mencontohi sikap
rakyat Korea, Jepun dan China yang lebih gemar makan makanan yang direbus
daripada digoreng kerana mereka mengetahui bahawa dengan cara itulah mereka
dapat mengaplikasikan gaya hidup sihat dari aspek pemakanan.

Selain itu, obesiti juga berpunca daripada sikap malas bersenam. Contohnhya,
tubuh badan kita memerlukan 2000 kalori setiap hari untuk ditukarkan kepada tenaga
supaya kita dapat melakukan kerja-kerja seharian tetapi kita telah melebihi kalori
yang telah ditetapkan dan ia tidak dibakar , jadi kalori berlebihan tersebut akan
bertukar menjadi lemak dan disimpan kedalam tubuh badan. Sejurus itu, ia terus
menjadi lemak dan mengakibatkan berat badan kita meningkat. Jadi, untuk
mengekalkan kesihatan secara berterusan, kita perlulah melakukan senaman
sekurang-kurangnya, 3 kali seminggu. Contohnya, berjoging, berlari, ataupun
beriadah dengan sukan-sukan tertentu yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Di samping itu, punca obesiti juga boleh dikaitkan dengan makan makanan
segera seperti mee segera, makanan segera di KFC, MCDONALD dan sebagainya
yang tidak membawa manfaat kepada tubuh badan malah membawa kemudaratan.
Makanan segera tersebut tidak dikatakan sihat kerana tujuannya adalah untuk
memberi kepuasan kepada pengguna, misalnya kandungan garam, gula dan bahan-
bahan lain tidaklah mengikut ketetapan untuk dijadikan makanan yang sihat malah ia
adalah untuk menjadikan pengguna menyukai makanan tersebut. Siapa sahaja yang
tidak sukakan makanan manis ? Jadi , makanan segera telah dikategorikan sebagai
makanan yang tidak sihat dan mendatangkan pelbagai masalah kepada tubuh
badan.

Obesiti boleh mendatangkan pelbagai masalah yang serius kepada tubuh


badan kita, contohnya, masalah jantung, masalah gula berlebihan dalam badan,
masalah kolestrol tinggi dan banyak lagi. Jika tidak dibendung awal bagi seseorang
yang mengalami obesiti, kematian adalah jalan penyelesaiannya. Kesimpulannya,
obesiti perlulah dibendung awal sejak dari rebungnya lagi. Kanak-kanak zaman kini
juga telah didedahkan dengan pelbagai makanan yang tidak sihat, makanan segera
dan pelbagai lagi pegaruh-pengaruh daripada pelbagai pihak. Jadi, sebagai ibu bapa
, kita perlulah memainkan peranan yang penting dan memainkan watak utama dalam
masalah obesiti ini. Ibu bapa perlulah memberikan makanan yang seimbang kepada
anak-anak dan perlu bertegas tentang masalah ini ibarat menyediakan payung
sebelum hujan. Jika tidak, generasi muda akan menjadi tidak sihat malah ia juga
akan membwa keburukan kepada ekonomi negara atas masalah yang dipandang
remeh ini tetapi mereka tidak menyedari bahawa inilah dalang segala punca. Akhir
kata, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang
timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat
dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan,
cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan
perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan
dan dimulakan sejak dari kecil lagi.

Anda mungkin juga menyukai