Anda di halaman 1dari 1

366 Cerita Dari Al Quran dan Hadis.

1 Hari 1 Cerita

Buku karya Maului Al Hafiz SA Sayed Ibrahim Al Bukhari ini merupakan buku yang
amat mencuri hati saya. Buku ini merupakan hadiah yang telah saya peroleh daripada
ibu saudara saya. Saya amat meminati karya yang dihasilkan oleh penulis ini. Buku
setebal 370 halaman ini diterbitkan oleh Darul Mughni Trading& Edukid Distributors Sdn
Bhd dan merupakan cetakan ke enam.

Pada pendapat saya, setiap rumah haruslah memiliki buku ini dalam mengubah
masa depan anak-anak masa kini yang terlalu banyak menghabiskan masa bersama
gajet, seterusnya mengubah masa depan anak-anak kea rah yang diredhai Allah. Anak-
anak seperti saya mudah tertarik dengan sesebuah karya yang mencabar, menarik
terutamanya apabila dibaca sebelum tidur. Kisah-kisah yang berunsurkan Islam ini
berdasarkan pengetahuan yang diperoleh dari Al Quran. Hadis tentang Nabi
Muhammad SAW juga merupakan sumber-sumber yang sahih seperti Qisas Al –
Anbiya. Saya amat meminati buku ini kerana konsep islamik yang ditekankan dalam
penulisan kisah-kisah di dalam Al Quran, ditambah dengan ilustrasi yang berwarna –
warni dapat menyuntik lagi minat saya terhadap buku ini.

Allah menceritakan pelbagai kisah di dalam Al Quran. Antaranya seperti kisah


para nabi, Ashabul Kahfi, Zulkarnain, kaum yang tidak beriman serta banyak lagi kisah-
kisah yang boleh memberi tauladan kepada kita.Kisah-kisah di dalam buku ini,
antaranya kekuatan iman seperti Nabi Ibrahim AS, kesabaran yang tinggi seperti Nabi
Ayob AS,ketulusan hati Nabi Yusuf AS dan juga keindahan akhlak seperti Muhammad
SAW.

Buku ini juga disusunmengikut bulan pembacaan bermula Bulan Januari hingga
Disember untuk membantu ibu bapa membacakan Sehari Satu Cerita untuk anak-anak
kecil sebelum mereka tidur. Susunan mengikut kronologi amat lengkap dan tersusun
begitu rapi. Bermula kisah penciptaan alam semesta, langit dan bumi, sirah nabi-nabi
dan rasul hinggalah wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada membaca buku yang unik ini, di
antaranya meningkatkan tahap keimanan kepada Allah SWT yang menjadikan alam
dan makhluk di muka bumi ini. Selain itu dapat memberi ikhtibar kepada saya bahawa
kisah-kisah nabi-nabi bukanlah diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut
di dalam kitab-kitab agama terdahulu dan terdapat di dalam Al Quran. Pada pendapat
saya,terlalu istimewanya buku ini, layaklah jika buku ini berada di setiap rumah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai