Anda di halaman 1dari 5

Unit 4 : Kata Hubung

Baca dan faham.

Ayat Tunggal Ayat Majmuk


(a) Saya suka makan nasi
1 lemak. Saya suka makan nasi lemak dan mi
sup.
(b) Saya suka makan mi sup.

(a) Awak suka minum teh?


2 (b) Awak suka minum kopi? Awak suka minum teh atau kopi?

(a) Abang menunggang


3 basikal. Abang menunggang basikal sambil
bersiul-siul.
(b) Abang bersiul-siul.

(a) Budak itu lari.


Budak itu lari kerana dikejar oleh
4 (b) Budak itu dikejar oleh anjing.
anjing.

(a) Kotak itu kecil.


5 (b) Kotak itu berat. Kotak itu kecil tetapi berat.

(a) Kim Cheng mengambil


6 kertas. Kim Cheng mengambil kertas lalu
menulis surat.
(b) Kim Cheng menulis surat.

(a) Semua murid hadir ke


sekolah. Semua murid hadir ke sekolah
7 (b) Mei Ling tidak hadir ke kecuali Mei Ling.
sekolah.

(a) Kakak mengikat


8 rambutnya. Kakak mengikat rambutnya supaya
kelihatan kemas.
(b) Kakak kelihatan kemas.

SJKT LADANG ALMA DISEDIAKAN OLEH : GANESAN MARIMUTHU


Unit 4 : Kata Hubung

Baca dan faham.

Kata
Ayat-ayat Contoh
Hubung

Ali dan Ahmad suka bermain bola.


dan
Adik suka makan buah durian dan rambutan.

Kamu suka warna biru atau hijau?


atau
Awak boleh hadir pada hari Sabtu atau Ahad?

Puan Siti mendengar lagu sambil memasak.


sambil
Bapa bersarapan sambil membaca surat khabar.

Budak itu cerdik tetapi nakal.


tetapi
Ramesh sangat bijak tetapi malas.

Ah Ming tidak hadir ke sekolah kerana sakit.


kerana
Kakinya berdarah kerana dia terpijak paku.

Emak mengeluarkan kunci lalu membuka pintu.


lalu
Puan Lee membuka pintu lalu masuk ke dalam rumah.

Semua murid hadir ke sekolah kecuali Ai Ping.


kecuali
Semua murid Tahun 6B lulus ujian Bahasa Malaysia kecuali Ah Seng.

Ani rajin bersenam supaya badan sihat.

supaya Li Kim rajin mengulang kaji pelajaran supaya lulus dalam


peperiksaan.

SJKT LADANG ALMA DISEDIAKAN OLEH : GANESAN MARIMUTHU


Unit 4 : Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung.

tetapi dan lalu supaya sambil kerana

1. Ah Chong dan adiknya sedang


bermain tenis.

2. Xiao Ling cantik ______________


sombong.

3. Ahmad melayari Internet


________________ mendengar muzik.

4. David sedih ________________ buku


teksnya hilang.

5. Ai Lee rajin mengulang kaji pelajaran


______________ lulus dalam
peperiksaan.

6. Murid-murid beratur___________
masuk ke dalam kelas.

SJKT LADANG ALMA DISEDIAKAN OLEH : GANESAN MARIMUTHU


Unit 4 : Kata Hubung

Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan kata


hubung yang diberi.
1. Kamu suka minum air kelapa?
atau
Kamu suka minum air cendol?

Kamu suka minum air kelapa atau cendol?

2. Orang tua itu rajin. dan


Orang tua itu baik hati.

3. Ibu memasak di dapur.


sambil
Ibu mendengar radio di dapur.

4. Baju kemeja itu cantik.


tetapi
Baju kemeja itu sangat mahal.

5. Bon Leong tidak pergi ke sekolah.


kerana
Bon Leong demam.

SJKT LADANG ALMA DISEDIAKAN OLEH : GANESAN MARIMUTHU


Unit 4 : Kata Hubung

Garisi kata hubung yang betul.

1. Budak itu pandai ( tetapi / atau ) nakal.

2. Adik menyanyi ( supaya / sambil ) menari.

3. Saya ( dan / atau ) Yong Hua berkawan baik.

4. Datuk sihat ( kerana / lalu ) dia rajin bersenam.

5. Kamu mahu bermain layang-layang ( dan / atau ) guli?

6. Xin Yi mengetuk pintu ( lalu / kerana ) masuk ke dalam bilik


guru.

7. Semua murid sudah pulang ke rumah ( dan / kecuali ) Ah


Hock.

8. Shan Shan bangun awal ( supaya / sambil ) tidak lewat ke


sekolah.

SJKT LADANG ALMA DISEDIAKAN OLEH : GANESAN MARIMUTHU

Anda mungkin juga menyukai