Anda di halaman 1dari 4

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan bandingan semacam yang sesuai.

tinggi macam galah


cantik macam bidadari
luas macam lautan
manis macam madu
masam macam cuka
mahal macam emas

1) Juara pertandingan baju kurung itu ______________________________________________________.

2) Kuih yang ganjil bentuknya itu __________________________________________________________.

3) Buah rambutan rasanya _______________________________________________________________.

4) Lombong tinggal di belakang rumah saya _________________________________________________.

5) Harga pakaian yang dimport biasanya _____________________________________________________.

6) Pokok kelapa yang sebatang itu


____________________________________________________________
_

Lengkapkan ayat dengan bandingan semacam

1. Juara pertandingan baju kurung itu cantik macam ___________________


2. Kuih yang ganjil bentuknya itu manis macam ________________________
3.Buah rambutan rasanya masam macam ________________________
4. Lombong tinggal di belakang rumah saya luas macam __________________________
5. Harga pakaian yang diimport biasanya mahal macam _________________________
6. Pokok kelapa yang sebatang itu tinggi macam ______________________________
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.
A sungguhpun B selain itu C oleh itu D namun demikian

2.Sudah satu jam Tini menunggu Siti di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ________, dia pulang ke
rumah.
A Kalau begitu B Akhirnya C Lepas itu D Di samping itu

3. Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.
A Dengan itu B Lagipun C Lantaran itu D Dalam pada itu

4. Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri ___________ pada waktu malam.
A Jadi B Lebih-lebih lagi C Justeru D Biarpun demikian

5. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. __________, goreng keropok itu sehingga garing.
A Semenjak itu B Kemudian C Walaupun begitu D Sebelum itu

6. Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau menunjukkan prosesmembuat tayar
kepada kami.
A Selanjutnya B Selain itu C Lebih-lebih lagi D Namun begitu

7. Lokman aktif dalam permainan bola sepak. ________, dia telah dipilih sebagai ketua pasukan bolasepak
sekolahnya.
A Mungkin B Justeru C Walau bagaimanapun D Kalau begitu

8. Mereka menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. __________ tiada sesiapa pun yangmendengarnya.
A Malangnya B Tambahan pula C Lebih-lebih lagi D Dalam pada itu

9. Ashraf menyesal atas perbuatannya yang nakal selama ini. ___________, dia berazam hendak mengubah
sikapnya.
A Namun begitu B Selanjutnya C Kemudian D Oleh sebab itu

10. Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lalu. _________ wajahnya muram sahaja.
A Oleh itu B Semenjak itu C Sebaliknya D Selepas itu
adil macam hakim igat macam gasing
angkuh macam merak luas macam padang
bebas macam burung mahal macam berlian/emas
berani macam harimau/singa malas macam keldai
berat macam batu manis macam gula/madu
besar macam gajah masam macam cuka
bijak macam pendeta masin macam garam
bodoh macam kerbau/lemu menangis macam budak-budak
bulat macam bola merah macam biji saga/darah
busuk macam bangkai/tahi merdu macam buluh perindu
cantik macam bidadari/bunga miskin macam pengemis
cepat macam kilat mulia macam raja
cerah macam siang nipis macam kertas
cerdik macam sang kancil pahit macam hempedu/jadam/ubat
degil macam keldai panas macam api
deras macam ribut pandai macam Sang Kancil
gagah macam gergasi pantas macam kijang/kilat
ganas macam harimau/singa pedas macam cabai/cili
garang macam harimau pucat macam mayat/orang mati
gebu macam kapas putih macam kapas
gelap macam malam rajin macam semut
gemuk macam babi/babak ramai macam semut/ulat
halus macam baldu/habuk rata macam padang
hangat macam api/neraka ringan macam kekabu
harum macam bunga riuh macam pasar
hijau macam rumput sabar macam nabi
hina macam kucing kurap segak macam putera
hitam macam arang/buntut kuali sejuk macam air batu/ais
ikal macam mayang sibuk macam lebah
jahat macam hantu/syaitan tajam macam pedang/sembilu
jernih macam cermin takut macam tikus
jinak macam merpati tandus macam padang pasir
kasar macam kulit nangka tawar macam air
kecil macam semut terang macam siang
kencang macam ribut tinggi macam galah
keras macam batu/besi tumpul macam belakang parang
kesat macam pasir wangi macam bunga
kotor macam najis zalim macam Firaun
kuat macam Badang
kuning macam kunyit
kurus macam lidi
lambat macam kura-kura/siput
lancar macam air
lari macam kuda
lembut macam sutera
liat macam getah
licin macam belut

Anda mungkin juga menyukai