Anda di halaman 1dari 15

Pemahaman

Latihan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lalu, Adam dan keluarganya pulang ke kampung.
Kampung mereka terletak di Trolak, Perak.

Datuk dan nenek menyambut mereka dengan gembira. Datuk mengajak


Adam ke dusun. Adam membantu datuk mengutip buah durian. Adam dan
datuk memancing di sungai. Adam dapat menangkap seekor ikan yang
besar. Adam berasa sangat gembira.

1 Bilakah Adam pulang ke kampung ?

Adam pulang ke kampung pada .

2 Di manakah terletaknya kampung Adam ?

Kampung adam terletak di .

3 Siapakah yang mengajak Adam ke dusun ?

yang mengajak Adam ke dusun.

4 Apakah yang berjaya ditangkap oleh Adam ?

Adam berjaya menangkap .

5 Tulis dua aktiviti Adam semasa di kampung.

( a ) ______________________________________________

( b ) ______________________________________________
Pemahaman
Latihan 2
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kai Leen murid Tahun Satu Gemilang. Dia bersekolah di SJK( C )


Taman Anggerik. Dia ke sekolah dengan menaiki bas.

Kai Leen ada kawan baik bernama Geetha. Geetha berbangsa


India. Mereka selalu belajar bersama-sama. Setiap petang,
mereka membaca buku di perpustakaan.

1 Kai Leen murid .


A. Tahun Satu Bestari
B. Tahun Satu Gemilang

2 Kai Leen belajar di .


A. SJK ( C ) Taman Anggerik
B. SJK ( C ) Taman Melati

3 Nama kawan baik Kai Leen ialah .


A. Ben Li
B. Geetha

4 Geetha berbangsa .
A. Melayu
B. India

5 Kai Leen dan Geetha membaca buku di setiap petang.


A. perpustakaan
B. taman
Pemahaman
Latihan 3
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan dengan jawapan yang betul
berdasarkan petikan tersebut.

Zali dan Wei Han bermain badminton di gelanggang.

Setelah penat, Zali dan Wei Han berehat di atas bangku.

Mereka mengelap peluh menggunakan tuala.

Selepas pulang,Zali membasuh kaki dengan sabun. Dia juga

memcuci kasut sebelum masuk ke rumah. Kaki Zali kelihatan


bersih.

1 Di manakah Zali dan Wei Han bermain badminton ?


A. gelanggang B. rumah C. sekolah

2 Bilakah Zali dan Wei Han berehat di atas bangku ?


A. Setelah pulang B. Setelah penat C. Setelah berehat

3 Siapakah yang mengelap peluh dengan menggunakan tuala ?


A. Zali B. Wei Han C. Zali dan Wei Han

4 Zali membasuh kaki dengan apa ?

Zali membasuh kaki dengan .

5 Mengapakah Zali membasuh kaki ?

Zali membasuh kaki supaya .


Pemahaman
Latihan 4
Baca petikan dan padankan jawapan yang betul.

Ini Damia. Damia merupakan kawan baik Hana. Mereka tinggal


di Taman Aman Jaya. Mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia.

Setiap petang, mereka suka belajar bersama. Selepas itu, mereka


akan ke Taman Rekreasi Setia untuk beriadah.Mereka saling
menyayangi.

1 Damia merupakan kawan baik Hana.

2 Mereka tinggal di Taman Aman


Makmur.

3 Mereka belajar di Sekolah


Kebangsaan Seri Setia. betul

4 Setiap petang, mereka suka bermain


baminton.

5 Mereka beriadah di Taman Rekreasi


Setia.
salah

6
Mereka saling menyayangi.
Pemahaman
Latihan 5
Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini hari Rabu. Murid Tahun 1 Cempaka belajar subjek Pendidikan
Kesenian. Mereka masuk ke bilik muzik bersama Cikgu Faiz. Cikgu Faiz
mengajar mereka mengenal alatan muzik seperti piano , gitar dan dram. Selain
itu, mereka juga belajar menyanyi bersama-sama. Cikgu Faiz sangat pandai
bermain piano. Beliau selalu bermain piano semasa mereka menyanyi.

1 Murid Tahun 1 Cempaka belajar subjek Pendidikan Kesenian pada hari


apa ?

Murid Tahun 1 Cempaka belajar subjek Pendidikan Kesenian pada hari


.

2 Siapakah nama guru Pendidikan Kesenian mereka ?

Nama guru Muzik mereka ialah .

3 Apakah alatan muzik yang diperkenalkan oleh Cikgu Faiz ?

Alatan muzik yang diperkenalkan oleh Cikgu Faiz ialah _____________ ,


dan .

4 Selain daripada mengenal alatan muzik, apa yang mereka belajar ?

Selain daripada mengenal alatan muzik, apa yang mereka belajar


bersama-sama.

5 Cikgu Faiz sangat pandai bermain alatan muzik apa ?

Cikgu Faiz sangat pandai bermain ___________________________ .

Anda mungkin juga menyukai