Anda di halaman 1dari 31

Unit kokurikulum

GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS DI BAWAH UNIT


KOKURIKULUM
A. TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Memastikan semua kegiatan mempunyai Fail dan Buku Laporan yang lengkap.
2. Memastikan semua Fail atau Buku Laporan dilengkapi dengan perkara berikut:

a. Rancangan Tahunan
b. Senarai AJK
c. Senarai nama ahli
d. Laporan aktiviti-nyatakan:

i. Tarikh : ii. Masa


iii. Tempat iv. Kehadiran Murid
v. Objektif vi. Aktiviti
vii. Ulasan Guru viii. Tandatangan Guru

3. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar


4. Menyelaraskan pembahagian murid-murid di dalam Kelab/Persatuan/Badan Beruniform
5. Menentukan penglibatan murid di dalam bidang kokurikulum
6. Menyelia aktiviti dan kegiatan di dalam dan di luar sekolah
7. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan guru-guru untuk mengatasi sebarang
masalah.
8. Memeriksa buku laporan atau fail kegiatan untuk memastikan ianya dikemaskini.
9. Menguruskan peralatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
10. Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggarakan dengan baik.
11. Menyelaras supaya isi kandungan fail atau buku laporan diseragamkan.
12. Mengumpul Fail atau Buku Laporan di bawah jagaannya untuk dibuat penyemakan pada
bila-bila masa diperlukan.
13. Melaksanakan arahan dan tugas-tugas yang diberikan oleh Guru Besar/Guru Penolong
Kanan Kokurikulum dari masa ke semasa.

B. TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur jadual sukan sekolah sesuai dengan perancangan MSSK Negeri.


2. Menentukan penempatan murid-murid baru mengikut rumah atau pasukan.
3. Membantu Penolong Kanan Kokurikulum menetapkan guru kanan rumah,guru - guru
rumah dan guru penasihat permainan.
4. Mengatur jadual latihan dan pertandingan antara rumah dan mengatur perlawanan
persahabatan antara sekolah-sekolah.
5. Memastikan gelanggang sukan dan permainan adalah mengikut ukuran yang betul dan
mengurus persiapan dan penjagaan padang.
6. Mengawas dan menyelia kegiatan sukan dan permainan
7. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
Unit kokurikulum

8. Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan, membaiki dan memperbaharui


mana-mana yang perlu dan menyimpan serta menyelenggara stok sukan dengan
sempurna dan kemaskini.
9. Menimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah baik
pada peringkat sekolah, MSSK Cawangan, Negeri, Persahabatan dan sebagainya,
mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan
keputusannya.
10. Menduduki jawatankuasa merangka aktiviti selepas UPSR.
11. Guru Kanan Pendidikan Jasmani, menyelaras kegiatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
12. Mengelola kursus-kursus kemahiran dalam satu-satu permainan.
13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar/Guru Kanan Kokurikulum
dari masa ke semasa.

C. PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM

1. Membentuk jawatankuasa bagi persatuannya melalui cara-cara yang demokratik.


2. Memajukan persatuan denagn cara yang difikirkan perlu dan sesuai.
3. Memastikan jawatankuasa yang dipilih menjalankan tugas dengan betul.
4. Merancang aktiviti persatuan yang akan dijalankan bagi satu-satu tahun dengan
kerjasama jawatankuasa murid.
5. Memastikan satu laporan aktiviti disediakan selepas sahaja selesai menjalankan aktiviti
Persatuan di dalam Buku Laporan.
6. Melaksanakan aktiviti mengikut jadual.
7. Menyelia dan menjadi penasihat pengurusan Kewangan Persatuan.
8. Menghubungi pihak tertentu bagi melaksanakan aktiviti luar kawasan sekolah.
9. Mendapat kebenaran Ibubapa / Penjaga apabila murid-murid diperlukan untuk sesuatu
aktiviti di luar kawasan sekolah.
10. Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya. Jika tidak dapat bersama,
hendaklah mencari wakil.
11. Menentukan semua surat menyurat daripada persatuan kepada pihak luar hendaklah
melalui Guru Besar.
12. Memastikan setiausaha Persatuan menyediakan Laporan Tahunan dan serahkan satu
salinan untuk disimpan penyelaras.
13. Menjalankan atau menyelaraskan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan
Guru Kanan Kokurikulum.
Unit kokurikulum

D. JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

1. Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan di bawah jagaannya dengan


Cara malatih mereka mengikut jadual yang ditentukan atau pada bila-bila masa yang
difikirkan sesuai.
2. Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan peringkat
sekolah/zon/Cawangan dan MSSK dan melatihnya.
3. Mengurus pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke
pertandingan luar dan menguruskan surat kebenaran.
4. Mengiringi dan menjaga disiplin di dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan.
5. Bertanggungjawab atas kedatangan pemain-pemain pada masa latihan dan perlawanan.
6. Bertanggungjawab atas membahagi alat-alat dan pakaian permainan dan memungut balik
alat-alat dan pakaian yang dipinjamkan.
7. Menyimpa rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan mencatat butir-
butir seperti tarikh, pasukan lawan, tempat perlawanan dan keputusan.
8. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti minuman,kecederaan dan sebagainya.
9. Menentukan peralatan dan gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan
selamat untuk digunakan.
10. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.
11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

E. KETUA GURU RUMAH SUKAN

1. Mengurus latihan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan.


2. Mengagihkan tugas kepada guru penolong rumah.
3. Menyediakan atau memastikan adanya buku kedatangan ahli-ahli rumah dan mengambil
tindakan ke atas ahli-ahli rumah yang tidak hadir semasa latihan.
4. Membentuk pasukan rumah mengikut kumpulan umur.
5. Menentukan kegiatan-kegiatan rumah.
6. Menentukan jawatankuasa pengurusan rumah.
7. Menjadi pengerusi jawatankuasa pemilihan pemain untuk perlawanan antara rumah.
8. Mengangotai Majlis Sukan Sekolah.
9. Menjadi pengurus peserta semasa Hari Sukan Sekolah.
10. Membuat laporan kegiatan rumah kepada Setiausaha Sukan.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
Unit kokurikulum

PANDUAN PENGURUSAN GERAKERJA KOKURIKULUM

1. KONSEP DAN MATLAMAT

Untuk memberi pengukuhan dan pengayaan serta dapat menyemaikan sifat-sifat kepimpinan,
kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan murid.

2. PERANAN GERAKERJA KO-KURIKULUM SEKOLAH

2.1 Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan dikalangan murid-murid Sk.


Lemal.
2.2 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun
Negara.
2.3 Memberi pengalaman kepada murid-murid berhubung pergaulan dan penyepaduan
dalam masyarakat.
2.4 Memaju dan mengembangkan minat , bakat dan kemahiran murid-murid dalam
bidang tertentu.
2.5 Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang murid-murid pelajari dalam bilik
darjah.
2.6 Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di
samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.7 Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada
sekolah.
2.8 Memberi peluang dan galakkan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat
kepada masyarakat.

3. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN GURU SEBELUM MENJALANKAN GERAKERJA


KOKURIKULUM

3.1 Menubuh Jawatankuasa Penyelaras Ko-kurikulum Sekolah.


3.2 Menubuh Jawatankuasa Penyelaras mengikut kumpulan.
3.3 Menubuhkan Jawatankuasa mengikut aktiviti.

4. TUGAS-TUGAS
4.1 PENYELARAS KUMPULAN
4.1.1 Menyediakan perancangan setahun bagi kumpulan.
4.1.2 Mengagihkan aktiviti mengikut perancangan supaya tercapai matlamat.
4.1.3 Mengemaskinikan rekod ahli/murid.
4.1.4 Menjadi daya penggerak kepada keseluruhan gerakerja kumpulannya.
4.1.5 Menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Kumpulan.
4.1.6 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kumpulan sekurang-kurangnya 3
bulan sekali . Tujuan mesyuarat ialah :
4.1.6.1 Menerima laporan dari jawatankuasa aktiviti
Unit kokurikulum
4.1.6.2 Untuk berbincang pelbagai aspek berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti dari
semasa ke semasa.

4.1.7 Membuat laporan jawatankuasa Penyelaras Ko-kurikulum sekolah bila mengadakan


mesyuarat.Laporan tersebut juga akan dibentangkan setiap kali diadakan mesyuarat
guru.

4.2 PENGERUSI/ KETUA SETIAP KUMPULAN


4.2.1. Menyediakan perancangan setahun bagi setiap persatuan.
4.2.2 Mengagihkan aktiviti mengikut perancangan
4.2.3 Membuat laporan kepada Penyelaras Kumpulan setiap kali diadakan mesyuarat.
4.2.4 Mencatat rekod kehadiran guru/ murid.
5. PANDUAN BUKU LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
5.1.1 Senarai Jawatankuasa Penyelaras Kumpulan/ Carta Organisasi
penyelaras kumpulan.
5.1.2 Tugas-tugas guru dalam kumpulan.
5.1.3 Jadual kegiatan kumpulan (Aktiviti)
5.1.4 Ahli Jawatankuasa Persatuan
5.1.5 Undang-undang Persatuan
5.1.6 Analisa ahli
5.1.7 Rekod ahli
5.1.8 Kehadiran ahli pada sesuatu perjumpaan
5.1.9 Rancangan setahun
5.1.10 Laporan setahun
5.1.11 Kenyataan Yuran ( Jika ada )
5.1.12 Catatan Mesyuarat.
Unit kokurikulum

OBJEKTIF KECEMERLANGAN
PENGURUSAN KOKURIKULUM

# Mencungkil dan mengembangkan


bakat serta kemahiran pelajar dalam
bidang kokurikulum

# Mengisi minat,hobi/kegemaran
pelajar secara terancang,berhalatuju,
bersistematik dan bermanfaat

# Membantu ,memastikan dan


menaikkan imej sekolah di peringkat
daerah,negeri dan kebangsaan
Unit kokurikulum

PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM

* Menjanjikan pentadbiran dan perkhidmatan yang


cekap

* Mempastikan kegiatan kokurikulum merentasi


kurikulum

* Mempastikan pasukan pakaian seragam,kelab dan


persatuan serta sukan dan permainan menuju ke
arah kecemerlangan dan menepati kehendak
wawasan pendidikan

* Menerap nilai-nilai islam,nilai-nilai murni pada


murid dalam kegiatan kokurikulum

* Mempastikan kebajikan dan keselamatan murid


semasa aktiviti terjamin

* Melahirkan insan yang berketrampilan

* Mempastikan Q “ TIADA HASIL KECUALI


KECEMERLANGAN ” Q
Unit kokurikulum

KONSEP
PENGURUSAN KOKURIKULUM

Gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Setiap


pelajar harus melibatkan diri.Kegiatan ini dijalankan di dalam dan luar bilik
darjah.Gerak kerja ini juga boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi
perkembangan mental ,minat,bakat,jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai
estatika serta sosial yang positif.

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM


Setiap orang pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan bagi
setiap tiga bidang kegiatan yang disediakan iaitu :

* Pergerakan Badan Beruniform


* Kelab 1 Murid 1 Sukan
* Persatuan Akademik/Kelab Bukan Akademik
Unit kokurikulum

PROGRAM KOKURIKULUM 2013


BIL PERKARA

1. Mesyuarat Agung Rumah Sukan/Latihan Intensif


2. Mesyuarat Agung Badan Beruniform
3. Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan
4. Gotong –Royong Perdana
5. Sesi Pemilihan Pemain
6. Pertandingan Sukan Dalaman
7. Perlawanan Persahabatan
8. Mesyuarat Agung Permainan
9. Kem Bestari Solat 1 ( Tahun 1 & 2)
10. Mesyuarat JKK 02 KoKurikulum Sekolah
11. Latihan Rumah Sukan
12. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
13. Minggu Sukan
14. Klinik Bola Tampar
15. Perjumpaan Unit Beruniform
16. Klinik Bola sepak
17. Kejohanan Olahraga
18. Perjumpaan Sukan dan Permainan
19. Mesyuarat Sukan dan Permainan
20. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
21. Perjumpaan Badan Beruniform
22. Minggu Sukan
23. Kem Bestari Solat 1 ( Tahun 3 )
Unit kokurikulum
24. Perjumpaan Sukan dan Permainan
25. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
26. Kem Bestari Solat 2 ( Tahun 1 & 2)
27. Perjumpaan Badan Beruniform
28. Perjumpaan Kelab Permainan
29. Kem Bestari Solat 2 ( Tahun 3 )
30. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
31. Perjumpaan Badan Beruniform
32. Perjumpaan Kelab Permainan
33. Perkhemahan Badan Beruniform
34. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
35. Sambutan Hari Guru
36. Perjumpaan Badan Beruniform
37. Perjumpaan 1M 1S
38. Kem Bestari Solat 3 ( Tahun 1 & 2)
39. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
40. Uji Bakat Syair,Nasyid dan Bintang
41. Perjumpaan Badan Beruniform
42. Kem Bestari Solat 3 ( Tahun 3 )
43. Perjumpaan Kelab Permainan
44. Kem Bestari Solat 4 ( Tahun 1 & 2)
45. Kem Bestari Solat 4 ( Tahun 3 )
46. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
47. Perjumpaan Badan Beruniform
48. Sambutan Bulan Kemerdekaan
49. Perjumpaan Kelab Permainan
50. Perjumpaan Kelab dan Persatuan
51. Perjumpaan Badan Beruniform
52. Perjumpaan Kelab Permainan
Unit kokurikulum
53.
Pemilihan Pemain Kelab 1M 1S Bawah 11 Tahun
54.
Pemilihan Atlit Olahraga Bawah 11 Tahun
55.
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
56.
Latihan Sukan dan Permainan
57.
Latihan Atlit Olahraga
58.
Pertandingan Permainan Murid Tahun 6
59.
Majlis Anugerah Kecemerlangan
KoKurikulum 2013
60.
Mesyuarat JKK 01 Kokurikulum Sekolah 2014

* Tertakluk pada perubahan.


Unit kokurikulum

TARGET KO 2013

BIL AKTIVITI/PROGRAM ZON MSSD MSSK MSSM


SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN
1 Olahraga / / / /

2 Bola Sepak / / / /

3 Sepak Takraw / /

4 Badminton / /

5 Bola Tampar / /

6 Hoki /

PERSATUAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK


1 Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 / /

2 Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 / /

3 Choral Speaking / / /
English Language story Telling
4 / /
Phase 2
5 Pidato / /
Pertandingan Bercerita Agama
6 / /
Islam
7 Tilawah / /
8 Tahfiz / /
KESENIAN & KEBUDAYAAN
Coh / /
Wau sobek / / /
Bintang Kecil / /
Unit kokurikulum

LAMPIRAN
1

(Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga Menyertai Aktiviti/Program Anjuran Sek./PPD/JPN/KPM/Agensi Luar)

UPP/JPNK-06
Unit kokurikulum

Kepada,
Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L)
16800 Pasir Puteh, Kelantan

Saya ……………………………………….............No. Kad Pengenalan…………………….


(Nama Ibubapa/Penjaga)

Adalah ibu/bapa/penjaga kepada………………………………………………………………


(Nama Murid Terlibat Aktiviti)

Di Tahun ….…….. Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L), Pasir Puteh, Kelantan

Dengan ini *membenarkan / tidak membenarkan anak di bawah jagaan saya tersebut
(potong yang tidak berkenaan)

Menyertai ………………..………………………………………………………………………..
(Nama Program/Aktiviti)

Pada ………………… hingga.. ……………..….selama ………………hari

2. Saya percaya pihak sekolah adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid-murid
semasa lawatan atau semasa berada dalam kawalan sekolahdan pihak sekolah akan mengambil tindakan
yang perlu dan wajar bagi memastikan keselamatan murid-murid semasa aktiviti/lawatan tersebut.

3. Saya bertanggungjawab menasihat dan mengingatkan anak / jagaan saya supaya patuh kepada
arahan yang diberikan oleh guru semasa aktiviti / lawatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..
(Tandatangan Ibubapa/Penjaga)

Nama :……………………………………………..

No. Kad Pengenalan: ……………………………

Rujukan: Surat Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia


(Ruj. (BS/HEP) 8543/41/Jld.III/(15)
Bertarikh: 3 November 2003
Unit kokurikulum

LAMPIRAN
2
Unit kokurikulum

PANDUAN
PENILAIAN AKTIVITI
KOKURIKULUM SEKOLAH

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Unit kokurikulum

1. PENDAHULUAN
1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan
Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah.
Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam
bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan
beruniform, kelab/persatuan dan sukan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai
sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktivfiti tersebut.

1.3 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian


Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum
yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap
sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat
adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian
Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan
format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya
tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari
markah penilaian kemasukkan murid ke institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan.

2. RASIONAL
2.1 Penilaian kegiatan kokurikum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza
antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidak
samarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid
memperolehi markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan
kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard
unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

2.3 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat


lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang
sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara.
Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran
untuk mencapai cita-cita mereka.

3. OBJEKTIF
3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima
pakai oleh semua sekolah.

3.2 Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan


pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.
Unit kokurikulum

3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid


dalam aktiviti kokurikulum.

4 GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM


SEKOLAH
4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut: :
4.1.1 Perancangan yang jelas
4.1.2 Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.
4.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
4.1.4 Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.
Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.
4.2 Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod
Penilaian.

4.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan
Buku Rekod Penilaian Kokurikulum

4.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan


menyerahkan data pencapaian murid.

4.5 Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru penasihat/pemimpin


dan guru kelas.

4.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

4.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Badan


Beruniform, Persatuan-Kelab dan Sukan.

4.8 Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin.

4.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang
menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

4.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

4.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH


5
Unit kokurikulum

1 Perancangan strategik kokurikulum sekolah Dilaksanakan pada minggu pertama


persekolahan
-Memaklumkan kepada ibubapa,guru dan
murid.

2 Agihan Tugas Guru Penasihat/Pemimpin mengikut Nisbah guru-murid dalam kokurikulum ialah
kepakaran. 40-60 orang murid 2 orang guru penasihat

3 Pendaftaran setiap murid dalam 3 elemen :


- Badan Beruniform
- Sukan /Permainan
- Kelab/Persatuan
Jumlah murid bagi setiap unit adalah antara 40-60

4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah. Taklimat Pengisian data kepada


Setiausaha Peperiksaan pada bulan Mei
Takwim & Rancangan Pelajaran Mingguan

Buku rekod kehadiran disimpan di sekolah


dan dikeluarkan setiap kali perjumpaan

5 Merekod kehadiran murid dalam buku rekod


kehadiran kokurikulum ( RKK1 ) dan ditandatangani
oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan.

6 Guru Penasihat/Pemimpin melengkap kan Borang


Rumusan Aktiviti Kokurikulum dengan merujuk rekod
kehadiran kokurikulum ( RKK1 )

7 Guru Kelas melengkapkan Buku Penilaian


Kokurikulum ( BPK1) apabila memperolehi Borang
Rumusan Aktiviti Kokurikulum dari Guru
Penasihat/Pemimpin

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum Jawatankuasa ini terdiri daripada:


mengesahkan markah kokurikulum murid. Pengerusi :Pengetua / Guru
Besar
Setiausaha :GPK Kokurikulum
AJK :Tiga orang yang
dilantik
Buku Penilaian Kokurikulum (BPK 1)
ditandatangani oleh GPK Kokurikulum,
Pengetua/Guru Besar dan
Ibubapa/Penjaga.

9 Keputusan Penilaian Kokurikulum dihantar ke 15 Oktober


Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan
dalam Sijil UPSR/PMR/SPM/STPM

10 Buku Rekod Kehadiran murid dan Buku Penilaian Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod
Kokurikulum di simpan di sekolah Penilaian akan berpindah mengikut murid
Unit kokurikulum

6. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM


6.1 Aspek-aspek yang dinilai:

6.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti
yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
a. Kehadiran
b Jawatan disandang
c. Penglibatan
d. Pencapaian
6.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan
adalah seperti berikut:
Jadual 1

ASPEK PENILAIAN % MARKAH

Kehadiran 50

Jawatan disandang 10

Penglibatan 20

Pencapaian 20

JUMLAH 100

6.1.3 Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan
untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah
kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan
dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti
kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2
jam(mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika
murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain
yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak
sekolah.
Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali
perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan
sukan / permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran
adalah seperti berikut:

Markah kehadiran

Jika jumlah kehadiran pelajar = a


Jumlah Perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(cuti sakit, wakil sekolah dll)

Markah kehadiran = a x 50
b-c
Unit kokurikulum
6.1.4 Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada
individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan
kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang
lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang.
Tempoh memegang jawatan yang layak diberi markah mestilah sekurang-
kurangnya selama 9 bulan. Agihan markah bagi jawatan yang disandang
adalah seperti berikut:

Jadual 2
Pasukan Badan Beruniform

JAWATAN MARKAH
Pengakap Raja/ Pandu Puteri Raja / Pegawai Waran 1/ Sub- 10
Inspektor/Drum Major/ Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan
sama taraf.
Pegawai Waran II /Bintara Kanan/ Staf Sarjan / Sarjan Mejar 8
/ Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya / Pangkat-
Pangkat lain yang difikirkan sama taraf.
Sarjan/Penolong Trup / Bintara Muda / Ketua Platun / 7
Pangkat-Pangkat yang difikirkan sama taraf.
Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol 5
/ AJK / Laskar Kanan/Jawatan-Jawatan / Pangkat-Pangkat
yang difikirkan sama taraf.
Pra-Persetiaan / Ahli Aktif 3
Ahli Biasa 1

Jadual 3
Persatuan /Kelab / Sukan / Permainan

JAWATAN MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan
10
Sukan/Permainan / Ketua Rumah
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 8
Setiausaha / Bendahari 7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 3
Ahli Biasa 1

6.1.5 Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua
ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti
yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.

Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama.
Pemberian markah-markah adalah seperti berikut:
Unit kokurikulum

Jadual 4

PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH


Sekolah 8
Zon/Daerah/Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20
6.16 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian
pelajar dalam pertandingan diperingkat Sekolah, Zon / Daerah / Bahagian /
Negeri / Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang di nilai hanyalah
kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian
markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-
markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Jadual 5

PERINGKAT MARKAH
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA
PERTANDINGAN
Sekolah 8 7 6
Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18

6.1.7 Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan
markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika
seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah
pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah)

7. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI


7.1 Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan pakaian
seragam, persatuan/kelab dan sukan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu
aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut. Ini
bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:

a. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu


Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
b. Aktiviti Kelab / Persatuan / Badan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab
Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.
c. Aktiviti Sukan / Permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab
Memanah dan sebagainya.

7.2 Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek-
aspek yang telah dinyatakan dalam 6.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti
Unit kokurikulum
adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 6.1.2. Sebagai contoh berikut adalah
markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh Pelajar X:

Contoh:

i. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform

Aspek Penilaian Prestasi Markah


a) Kehadiran Penuh (18/18) 50
b) Jawatan disandang Ahli Aktif 3
c) Penglibatan Menghadiri Jambori Pengakap 14
peringkat Negeri
d) Pencapaian Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri 12
JUMLAH 0

ii. Kegiatan Kelab/Persatuan

Aspek Penilaian Prestasi Markah


a) Kehadiran 10/12 42
b) Jawatan AJK Persatuan Sejarah 5
c) Penglibatan Menyertai Seminar Penulisan Sajak 14
Peringkat Negeri
d) Pencapaian Naib Johan 7
Pertandingan Bahas Ala Parlimen
Antara Kelas
JUMLAH 0

iii. Kegiatan Sukan/Permainan

Aspek Penilaian Prestasi Markah


a) Kehadiran Penuh (12/12) 50
b) Jawatan AJK Kelab Bola Sepak B18 5
c) Penglibatan Mewakili Negeri dalam Pertandingan 14
Balapan MSSM
d) Pencapaian Naib Johan Timang Bola Piala Nike 16
Peringkat Kebangsaan
JUMLAH 0

7.3 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jadual 6
Unit kokurikulum
GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 hingga 79
C Antara 40 hingga 59
D Antara 20 hingga 39
E 19 ke bawah

7.3.2 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Pelajar X,


gred yang dieprolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut:

Jadual 7

Kegiatan Markah Yang Diperolehi Gred


Pasukan Unit Beruniform 79 B
Persatuan/Kelab 68 B
Sukan/Permainan 85 A

8. MARKAH BONUS
8.1 Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh
murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:

a) Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan,


dan sebagainya.

b) Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan


sebagainya.

c) Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.

8.2 Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada
murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang
ditetapkan adalah seperti berikut:

Jadual 8
Bil Jawatan Markah Bonus
1. Ketua Murid I/Ketua Murid II 10
2. Timbalan/Penolong Ketua Murid 8
3. Ketua / Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau 7
pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu
sekolah – Ketua Asrama / Ketua PRS / Quartermasters
4. Penolong Ketua Asrama / Penolong Quartermasters 6
5. AJK Utama badan-badan perkhidmatan atau 5
pengurusan ( Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro)
- Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD /
PROSTAR / Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/
Ketua Tingkatan
Unit kokurikulum
6. Ahli-ahli J/Kuasa perkhidmatan dan sokongan 3
- AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Pednolong
Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR
7. Penolong Ketua Bilik / Ahli Quartermasters 2

8.3 Anugerah Khas

Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas


pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang di
ushakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:
Jadual 9
Bil Jawatan Markah Bonus
1 Anugerah Remaja Perdana (ARP)
Emas 10
Perak 7
Gangsa 5
2 Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya 10
Kebangsaan
3 Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas
pembiayaan sendiri
Johan 5
Naib Johan 3
Ketiga 2
4 NILAM 5
5 Lain-lain anugerah yang setara 5

8.4 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling
tertinggi yang disandang pada setiap tahun.

8.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib
atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.
9. GRED KESELURUHAN
9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam dua
dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus. Dua
bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu
dua bidang yang menunjukan prestasi tertinggi.

9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-
dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua
markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang
diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang
terdapat pada 7.3.1.

9.3 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid X perkiraan
gred keseluruhan adalah seperti berikut:

Jumlah Markah Pasukan Badan


Beruniform = 79
Jumlah Markah Persatuan/Kelab = 68
Unit kokurikulum
Jumlah Markah Sukan = 85

Markah purata ialah = (79+85) / 2


= 82

Markah bonus = 10 (sebagai Ketua Murid)


Markah keseluruhan = 82 + 10
= 92

Gred Keseluruhan = A

10. PELAKSANAAN
10.1 Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan
borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar (Lihat
Lampiran 1,2 dan 3).

10.2 Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya
awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih
ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan
Disember.

10.3 Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di
Tingkatan 1 hingga 6, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Kemajuan
Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan
penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid
berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT.

10.4 Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada
guru – guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar

10.5 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan
oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum

10.6 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang


persekolahannya . Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk
prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh
persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam
bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:

Jadual 10

Tingkatan Markah Kokurikulum GPA CGPA


Unit kokurikulum
I 69 69 69.0
II 82 82 75.5
III 83 83 78.0
IV 89 89 80.8
V 80 80 80.6

Contoh pengiraan CGPA

Tingkatan II = (69+82)/2
= 75.5

Tingkatan IV = (69+82+83+89)/4
= 80.8

10.7 Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan
100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya

Tingkatan V = 80.6
x 10
100
= 8.06
10.8 Bagi murid Tahun 6 , penilaian kokurikulum berdasarkan pencapaian terbaik dari
Tahun 4 hingga 6 diambil kira bagi kelayakan kemasukan ke Sekolah
Berasrama Penuh / MRSM.

10.9 Kes-Kes Terpencil

Penilaian kokurikulum bagi :


 murid-murid Pendidikan Khas
 murid-murid kurang upaya
 pesakit kronik / luar biasa
 sekolah di kawasan pedalaman
 sekolah kurang murid (SKM)

10.10 Kes-Kes Khas

Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi hendaklah dinilai
mengikut kriteria seperti murid biasa

11. PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6


Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN
untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai
empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika
prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam
bidang lain akan digugurkan. Markah Kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah
@ 60/100 x 10 = 6 (pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

REKOD KEHADIRAN KOKURIKULUM Lampiran 1


BORANG A

Tahun :__________
Unit kokurikulum
Tingkatan:_________________

Unit T. Tangan Kelab/ T. Tangan Sukan / T. Tangan


Mingg Beruniform Guru Persatuan Guru Permainan Guru
u Pemimpin Pemimpin Pemimpin
Aktiviti Aktiviti Aktiviti
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.

Jawatan:_____________ Jawatan:_____________ Jawatan:_____________

Nama Guru Pemimpin


BORANG
Nama Guru Pemimpin Nama Guru Pemimpin

1._________________ 1._________________ 1._________________


Lampiran 2
2._________________
2._________________
BORANG
2._________________
B
RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM:

SEKOLAH ...............................................................................................
Unit kokurikulum

BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM

TAHUN ........................

1. Nama Murid: ............................................. 3.Jenis Kegiatan: ......................................

2. Tingkatan: ................................................. 4.Jenis Aktiviti: ..........................................

ASPEK PENILAIAN PRESTASI AGIHAN MARKAH


MARKAH
KEHADIRAN
50
JAWATAN YANG
10
DISANDANG

PENGLIBATAN
20
PENCAPAIAN
20

JUMLAH MARKAH 100

GRED

Tanda Tangan: ............................................................

Guru Pemimpin: ..........................................................

Cop Sekolah: ..............................................................


Unit kokurikulum

BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM: Lampiran 3


BORANG C
SEKOLAH ...............................................................................................

BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM

TAHUN ........................

Nama Murid: ............................................. No. K.P: ......................................


Tingkatan: ................................................. Jantina : ..........................................

I II III IV
Aspek Yang Dinilai Agihan
Badan Kelab / Sukan / Prog.
Markah
Beruniform Persatuan Permainan Khidmat
Negara
KEHADIRAN 50

JAWATAN YANG 10
DISANDANG

PENGLIBATAN 20

PENCAPAIAN 20

JUMLAH MARKAH 100

GRED

Jawatan bidang-bidang lain : _______________________________________

Markah Bonus : GPA :

Gred Keseluruhan : CGPA :

Ulasan: __________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Disahkan Oleh
Unit kokurikulum
________________________ __________________________
Tanda Tangan P.K Kokurikulum Tanda Tangan dan cop Pengetua

Tanda Tangan Ibubapa/Penjaga: __________________ Tarikh : ___________________

Anda mungkin juga menyukai