Anda di halaman 1dari 1

Ada gula, ada semut. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

(Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit).

Ada rotan, ada duri.


Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.


Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

Dapat durian runtuh.


Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

Daripada segenggam jadi segantang.


Bernasib baik.

Embun di hujung rumput.


Tiada kekal.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.


Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

Kaduk naik junjung.


Orang hina merasa dirinya mulia.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.

Makan hati, berulam jantung.


Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

Raja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah.
Raja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.

Anda mungkin juga menyukai