Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : SEMUT MENGALAHKAN GAJAH

PENULIS : RUBIAH JUSOH


PENERBIT : KUALITI BOOKS SDN BHD/JUNIOR PAGES PUBLICATION.

- Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis.
- Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
- Penjaga masa yang setia dengan masanya.
- Para guru,ibubapa-ibubapa,rakan-rakan serta para hadirin yang saya hormati sekalian.
- “Buah pisang masak sebiji,makan bersama sepotong roti,kalau kita orang yang
berbudi,amalkan sikap yang baik hati.
- Begitulah pantun pembuka kata saya sebelum saya menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “ Semut Mengalahkan Gajah “
- Pada zzaman dahulu,Raja semut dan rakyatnya tinggal di atas bukit.
- Ada pelbagai jenis semut yang tinggal di situ.
- Antara semut-semut itu ialah semut merah,semut hitam,semut api,dan lain-lain lagi.
- Mereka dapat hidup bersama tanpa mengira jenis.
- Di dalam pemerintahan kerajaannya,Raja semut dan rakyat jelatanya sentiasa tolong-
menolong dan hidup dengan aman damai dan harmoni serta sejahtera.
- Di dalam kerajaannya, Raja semut memerintah dengan sangat adil.
- Rakyatnya yang banyak itu juga selalu mengikut perintah.
- Baginda Raja semut sangat sayang kepada rakyat jelatannya.
- Namun begitu,pada suatu hari,Raja semut telah mendapat satu berita dan perkhabaran
buruk.
- Bagida menadapat tahu,bahawa sekumpulan gajah sedang menaiki bukit tempat
kediaman mereka untuk mencari makanan sambil merosakkan tempat tinggal mereka.
- Tidak berapa lama kemudian,dating beberapa ekor semut untuk masuk mengadap
Raja semut.
- Mereka telah mengadu tentang malapetaka yang menimpa kehidupan mereka
sekeluarga.
- “Banyak rakyat semut yang sudah mati dipijak oleh gajah.Tuanku mesti berikhtiar
untuk menyelamatkan kami,” pohon rakyat semut kepada Raja semut.
- Raja Semut terkejut mendengar berita itu.
- Baginda berasa sangat bimbang akan keselamatan rakyatnya.
- Baginda perlu mengambil tindakan bagi menyelamatkan rakyat jelatanya.
- Setelah selesai mendengar rintihan rakyatnya,Raja semut pun bedrfikir bagaimana
hendak menyelamatkan rakyatnya.
- Akhirnya setelah lama berfikir,baginda mendapat akal.
- Raja semut pergi berjumpa Raja gajah.
- Baginda segera memaklum dan memberitahu Raja gajah ,bahawa banyak rakyat
baginda telah mati akibat dipijak gajah.
- Setelah mendengar perkhabaran dan aduan itu,Raja gajah tertawa terbahak-bahak
mendengar aduan tersebut.
- Raja gajah terasa seolah-olah aduan Raja semut itu seperti bahan jenaka.
- “ Carilah makanan dan tempat tinggal di tempat lain”,rayu Raja semut kepada Raja
gajah.
- “Jangan ganggu tempat tinggal kami”,Raja semut memohon belas kasihan.
- Namun begitu,Raja gajah sangat angkuh.
- Raja gajah tidak mahu mendengar aduan Raja semut.
- Raja gajah tidak mahu mencari makanan di tempat lain.
- Raja semut berasa sangat marah,lalu berkata,”Kamu sungguh tidak bertimbang rasa
dan tidak berhati perut”,!!.
- “kalau kamu tetap dengan sikap sombong dan angkuh,ayuh kita berperang”,!.
- “Kami akan pertahankan tanahair kami”,kata Raja semut penuh semangat.
- “Mahu berperang dengan rakyatku”?kata Raja gajah sambil tertawa.
- “Rakyatku akan pijak kamu dengan mudah sahaja”,.
- Kemudian Raja semut pun mengumpul kesemua rakyatnya untuk berperang.
- Jumlah rakyatnya sampai beratus ribu ekor.
- “wahai rakyatku,kita akan berperang dengan rakyat Raja gajah”,kata Raja semut.
- Rakyat semut terkejut mendengar titah perintah Raja mereka.
- “Bolehkah kita melawan rakyat Raja gajah yang besar itu.”? Kita hanya berbadan
kecil”,kata rakyat semut.
- “Walaupun bertubuh kecil,kita tetap akan berperang,” teriak Raja semut yang bijak
bestari itu.
- “kita akan gunakan tipu helah”,Raja semut memberikan semangat.
- Perang yang sengit berlaku antara rakyat Raja semut dengan rakyat Raja gajah.
- Rakyat Raja semut sangat berani walaupun lawan mereka berbadan besar lagi kuat.
- Mereka mahu mengalahkan rakyat Raja gajah.
- Dalam peperangan itu,beribu-ribu rakyat Raja semut mati dipijak atau dihempap
tubuh gajah.
- Banyak juga rakyat semut yang tercedera ataupun mati.
- Raja semut berasa sedih melihat keadaan rakyatnya.
- Baginda berbangga mempunyai rakyat yang setia.
- Dalam pada itu,Raja gajah berasa gembira,kerana Berjaya mengalahkan Raja semut
dan rakyatnya.
- Namun begitu,rakyat Raja semut tidak berputus asa.
- Mereka merayap pada bahagian badan gajah.
- Gajah-gajah itu berasa sakit lalu melarikan diri.
- Akhirnya Raja gajah dan rakyatnya mengaku kalah.
- Raja semut dan rakyatnya berasa sangat gembira.
- Mereka tidak lagi diganggu oleh Raja gajah dan rakyatnya.
- Begitulah kawan-kawan bagaimana seekor haiwan yang kecil boleh menewaskan
haiwan yang lebih besar daripadanya kerana semangat yang tinggi.
- Moral cerita ini ialah kita tidak boleh membuat kerosakan ditempat orang lain “.
- Sekian terima kasih.
- Saya akhiri cerita saya dengan serangkap pantun.. Buah epal atas peti,dalam baju ada
butang,sekian dahulu cerita ini,jumpa lagi di masa yang akan datang.
Cerita disediakan oleh : Cikgu Ahmad Shukri Sahak

Anda mungkin juga menyukai