Anda di halaman 1dari 136

Peribahasa Maksud Sama

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

belut pulang ke lumpur

haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

api dalam sekam

gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

membuka pekung di dada

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

lain padang lain belalang

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
lain dulang lain kakinya
rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

bagai isi dengan kuku

bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan

mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

genggam bara api biar sampai jadi arang

alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

telur dihujung tanduk

retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

embun dihujung rumput

abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

menangguk di air keruh

menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

bagai pinang di belah dua

bagai cincin dengan permata
seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

sarang tebuan jangan dijolok

lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti bunga dengan perdunya
2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua

Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Seperti sirih pulang ke gagang
2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu

Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang

Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya

Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan
sebenar yang dihadapi

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering

Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
PERIBAHASA SAMA MAKSUD
1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud
angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Belum duduk sudah berlunjur
2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua

KOLEKSI PERIBAHASA PILIHAN UNTUK RUJUKAN PELAJAR SPM

1 Ada udang di sebalik batu.

· Berbuat baik kerana ada hajat terselindung
2 Air dicencang tak akan putus.
· Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.
3 Air perabung mengalir ke cucur atap.
· Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.
4 Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.
· Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah.
5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.
· Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.
7 Beraja di mata bersultan di hati.
· Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.
8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.
· Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.
9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
· Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.
10 Berpantang mati sebelum ajal.
· Jangan sengaja mencari nahas (maut).
11 Besar periuk, besarlah keraknya.
· Semakin berada bertambah boros.
12 Besar sendal daripada gelegar.
· Lebih berbelanja daripada pendapatan
13 Biar putih tulang jangan putih mata.
· Rela mati demi mempertahankan hak.
14 Biduk berlalu kiambang bertaut.
· Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.
15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
· Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.
16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik.
Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.
17 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.
Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.

18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati.

Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.
19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).
20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung.
Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.
21 Direndam tak basah direbus tak empuk.
Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.
22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.
Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.
23 Harapkan pagar, pagar makan padi.
Orang yang tidak memegang amanah.
24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Orang yang tidak memegang amanah.
25 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Rela mati demi mempertahankan hak.
26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.
27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.
28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
terserak.
Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan.
29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk.
Tidak sombong walaupun semakin berada.
30 Jarak panggang dari api.
Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.
31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman.
Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.
32 Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
• Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.

33 Jong pecah yu yang menang.

• Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.

34 Kalah jadi abu, menang jadi arang.

• Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.

35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.

• Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.

36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

• Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.

37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya.

• Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).

38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga.

• Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.

39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.

• Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh.

40 Keruh di muara kerana di hulu keruh juga.

• Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.

41 Lempar batu sembunyi tangan

• Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang.

• Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.

43 Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri.

• Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.

44 Luka hilang parut tetap tinggal.

• Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.

45 Lunak gigi daripada lidah.

• Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.

46 Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.

• · Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah
47 Macam melukut di tepi gantang.
• Terasing dan tidak dipedulikan.

48 Menahan lukah di pergentingan.

• Mencari untung pada saat-saat kesusahan.

49 Mencurah air ke daun keladi.

• Nasihat yang tidak berbekas.

50 Mencurahkan garam ke laut.

• Berbudi kepada si kaya tiada berguna.

51 Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan.

• Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.
52 Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari.
• Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah.

53 Patah sayap bertongkat paruh.

• Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.

54 Patah tumbuh hilang berganti.

• Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.

55 Pepat di luar rencong di dalam.

• Sikap yang tidak jujur.

56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang.

• Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.

57 Pisang berbuah dua kali.

• Mengulangi kesilapan yang sama.

58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal.

• Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.

59 Pukul anak sindir menantu.

• Mengata-ngata orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.

60 Rosak bawang ditimpa jambak.

• Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.
61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
• Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai.

62 Sekali air bah, sekali pantai berubah.

• Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.

63 Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

• Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.

• Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.

65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

• Hidup yang saling bermuafakat.

66 Sudah jatuh ditimpa tangga.

• Bencana yang bertimpa-timpa

67 Tak akan buaya menolak bangkai.

• Orang jahat tetap memilih kejahatan.
68 Tak dapat tanduk telinga dipulas.
• Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.

69 Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia.

• Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.

70 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri.

• keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

71 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

• Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.

72 Tidak Iari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga.

• Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.

73 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

• Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.

74 Telunjuk lurus kelengkeng berkait.

• Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup
yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan
saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,
sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap
negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik
jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-
lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah
menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami
atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau

menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan

orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha
dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan
kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang

melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-
nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang
senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu,
tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Ada hati Ada keinginan

Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha
Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Air muka Permukaan air
Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
Maruah, harga diri
Air seni Air kencing, air kecil
Akal yang sihat itu ada pada Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik
badan yang cergas atau idea yang bernas
Akar umbi Akar tunjang
Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
mengalaminya
Alah membeli menang Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat
memakai (tahan dan sebagainya)
Alang-alang menyeluk Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
pekasam, biar sampai ke Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu
pangkal lengan diselesaikan
Ambil langkah Mulai hendak berjalan
Mulai bertindak
Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa
Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
Ayam tambatan Orang harapan
Bagaimana acuan begitulah Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana
kuihnya faktor baka
Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas
orang berkuasa
Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca terhempas ke Sangat sedih
batu
Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah
menolongnya) setelah menikmati kesenangan
Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil
dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak
Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar
Bagai menatang minyak yang Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
penuh
Baik sangka Rasa muhibah
Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang
Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup
Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai
sesuatu
Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu
Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan
harapan akan beroleh kejayaan
Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat
Berakit-rakit ke hulu, Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam
Berat sama dipikul, ringan Baik buruk sama-sama dipikul
sama dijinjing
Berat tulang Malas
Berbalik hati Berubah hati
Berdiri sama tegak, duduk Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
sama rendah
Beri jalan Memberikan idea
Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat
keuntungan
Berkatalah benar walaupun Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin
pahit menyakitkan hati seseorang
Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus
Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut
Pengasih dan penyayang
Berpeluk tubuh Malas berusaha
Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan
Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau
kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah
Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan
kecemerlangan
Bertepuk sebelah tangan Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi
tidak akan berbunyi daripada satu pihak sahaja
Bertikam lidah Bertengkar
Besar hati Bangga, gembira
Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan
Biar mati anak, jangan mati Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt
adat yang dipegang terpelihara
Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-
tiba
Buah fikiran Pendapat
Cahaya mata Anak
Kekasih, buah hati
Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri
Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang
lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain
Carik-carik bulu ayam, lama- Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana
lama bercantum juga perselisihan
Celik computer Arif atau tahu tentang computer
Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan
diperolehi
Dapat sama laba, cicir sama Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka
rugi keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya,
kerugian akan ditanggung bersama-sama
Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas Pemarah, lekas marah
Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam-diam ubi berisi, diam- Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam
diam besi berkarat orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh
situ ada jalan cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
langit di junjung
Di sangka panas sampai ke Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa
petang, rupanya hujan di kesusahan
tengah hari
Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu
musibah
Genggam bara biar sampai Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan
jadi arang sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti
Goyang kaki Bersenang-senang
Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu
ditinggalkan
Hancur hati Sedih, putus asa
Harimau mati meninggalkan Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang
belang, manusia mati walau berapa lama pun ia telah mati
meninggalkan nama
Hati gajah sama di lapah, hati Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung
kuman sama dicecah sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hendak seribu daya, tak Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh
hendak seribu dalih dijalankan dan demikian sebaliknya
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Hujan emas di negeri orang, Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
hujan batu di negeri sendiri
Ibarat burung, mata terlepas Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai
badan terkurung kebebasan
Ibarat melukut di tepi Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
gantang Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat
keputusan yang bijak
Jantung hati Orang yang dikasihi
Jauhari juga mengenal Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu
manikam benda atau perkara
Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu
sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya
Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi
sebenarnya tidak
Kacang hantu Orang jahat
Kais pagi makan pagi, kais Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau
petang makan petang tidak bekerja tidak makan)
Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya
Kalau hendak melentur Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda,
buluh, biarlah dari rebungnya kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Kalau kail panjang sejengkal, Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat
jangan lautan hendak diduga sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
ruyung manakan dapat
sagunya
Kalau takut dilambung Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
ombak, jangan berumah di
tepi pantai
Kata-kata lebih tajam Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
daripada mata pedang
Ke bukit sama didaki, ke Bekerjasama melakukan sesuatu
lurah sama dituruni
Kecil hati Berasa tersinggung
Kecil jangan disangka anak, Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-
besar jangan disangka bapa orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
tadahkan
Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
Lain lubuk lain ikannya Lain negeri lain orangnya
Lemak manis jangan terus Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang
ditelan, pahit jangan terus nampak buruk itu jangan lekas ditolak
dimuntahkan
Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat
kesenangan
Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta
bayaran tinggi daripada yang dihutangi
Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih
Malu bertanya sesat jalan, Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai
malu berdayung perahu kejayaan
hanyut
Masuk ke kandang kambing Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling
mengembek, masuk
kekandang kerbau menguak
Mata hati Perasaan hati
Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Membanting tulang Bekerja keras
Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri
Menapak baru setapak, Baru hendak belajar sesuatu
mendaki baru sekaki
Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan
Mencolok mata Menyakitkan pandangan
Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea
Mengangkat bendera putih Menyerah kalah
Menunggu buah yang tak Mengharapkan sesuatu yang tak jelas
gugur
Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang
memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan
keupayaan baru
Naik darah Menjadi marah
Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)
Orang mengantuk Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
disorongkan bantal
Otak batu Bodoh
Otak cair Pandai
Padang jarak padang tekukur Padang atau tanah luas yang kosong
Panas baran Cepat marah, sangat pemarah
Pandai makan pandailah Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
simpan
Pemuda harapan bangsa, Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk
pemudi tiang negara membangunkan negara pada masa hadapan
Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap
Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat
keputusan dan lain-lain
Pucuk dicita ulam mendatang Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
Rezeki kalau secupak tidak Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
akan jadi segantang
Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
Rupa tidak dapat diubah, Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya
perangai dapat diubah dari segi fizikal tetap sama
Sambil menyelam minum air Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang
turut dilakukan
Sayangkan anak tangan- Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu
tangankan, sayangkan isteri akan menjadi sombong
tinggal-tinggalkan
Sediakan payung sebelum Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang
hujan kurang baik
Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam
Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Seperti enau dalam belukar Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya
melepaskan pucuk masing- berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
masing
Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai
Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik
Sudah terhantuk baru Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari
terngadah kesilapan
Tidak lapuk dek hujan, tak Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
lekang dek panas
Tangan kosong Tidak membawa apa-apa
Tangan yang menghayun Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita
buaian mampu menggoncang mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk
dunia membangunkan negara
Tangkai jering Kedekut
Terdengar guruh di langit, air Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang
di tempayan dicurahkan yang tersedia dilepaskan
Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan
Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan
kebolehan kita
Umpama biawak bercabang Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
lidah
Umpama lebah membuang Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji
sengat orang
Yang bulat datang bergolek, Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan
yang pipih tidak datang sendirinya
melayang
Yang dikejar tak dapat, yang Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula
dikendong keciciran hilang atau habis

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian
darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa
mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu
angin kerana diserang oleh tentera Tatar.
5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana
disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila
ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi
oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia
marah-marah.

10. Ada Bakat

Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan
sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can

Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini
berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya

Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati

Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka
perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan

Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi
pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari
bandar.

16. Adat Balai

Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat

Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai
pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga
kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar

Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung

Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah
sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku

Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba

Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan
yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba
pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.
22. Adu Kening = Beradu Kening
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak
dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan

Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib

Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini
kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung

Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi

Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air
mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka

Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di
padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata
Imad kepada Husin.

28. Air Pasang

Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air Sembilan

Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman

Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut

Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam

Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut

Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan
harga yang murah.

34. Akal Kancil

35. Akal Sejengkal

Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya
untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap

Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi
pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata

38. Alas Perut

Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal

Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin

Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka

Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing

Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah
yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa

Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi
maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat

Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu

Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada

Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan
ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin

Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian

Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat

Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.
50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan
memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati

Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk
kebaikan.

52. Ambil Ibarat

Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan

Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam
perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka

Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum
keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah

Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu

Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam

Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-
langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air

Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk
mengairi tanaman.

59. Anak Angkat

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju

Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak Buah

Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa
kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit

Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik

Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas

Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan
kesetiaannya.

65. Anak Gahara

Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku
Puteri Halijah.

66. Anak Haram

Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan

Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan
kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung

Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak Kapal

Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di
benua Eropah.

70. Anak Negeri

Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan
desa.

71. Anak Perahu

72. Anak Piatu

Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut

74. Anak Tunggal

Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis

Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu

Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati
itu.

78. Angkat Diri

Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan
kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki

Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening

Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata

Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka

Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama

Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang
musuh.

85. Angkat Suara

Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan
mereka.

86. Angkat Sumpah

87. Anjing Hitam

Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut
masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap

Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan

Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh
menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan

Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi

Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah
membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening

Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka

Mendapat malu.

94. Asam Garam

Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak
Dollah.

95. Atas Angin

Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-
negara atas angin.

96. Atas Nama

Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung
Jenerak.

97. Atas Pagar:

Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana
meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:

Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya
menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:

Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam
pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor
kerana kehandalannya menjaringkan gol.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'

1. Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam
terkorban.

2. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar

Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik Budi
Maksud: Baik hati.
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.
6. Baik Hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada
rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka
Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi

Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi
keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang

Maksud: Berpihak kepada musuh.
Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik
gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati

Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa

Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan

Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul
dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang

Maksud: Bekerja bermati-matian.
Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami
sekeluarga.
15. Banyak Akal
Maksud: Banyak helah.
Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak Cakap

Maksud: Orang yang suka berleter.
Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak Mulut

Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat

Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada
pertalian darah.
Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah
kepada Karim.

19. Bapa Kandung

Maksud: Bapa sebenar.
Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut

Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.
Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai
pembasuh mulut.

21. Batu Api

Maksud: Orang yang suka menghasut.
Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu Loncatan

Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya
bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang

Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami
memang ada bau-bau bacang.
24. Bawa Alamat
Maksud: Memberi tanda.
Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati

Maksud: Merajuk.
Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri
orang.

27. Bawa Hidup

Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

28. Bawa Mati

Maksud: Menyebabkan mati.
Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut

Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.
Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa Nasib

Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa

Maksud: Menyelamatkan diri.
Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa
bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial

Maksud: Mendatangkan malang.
Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

33. Bawa Tempurung

Maksud: Minta sedekah.
Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah

Maksud: Mendatangkan keuntungan.
Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada
perniagaannya.

35. Bawah Angin

Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera

Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah
bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah

Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah
tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata

Maksud: Dikias.
Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang
sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa

Maksud: Mengorbankan diri.
Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan
anak lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan

Maksud: Sesuatu yang diusahakan.
Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak
Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi

Maksud: Bunyi yang sangat kuat.
Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati

Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.
Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa
depan yang lebih baik.
43. Belahan Hati
Maksud: Orang yang sangat dikasihi.
Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari

Maksud: Kemudian hari.
Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang
belakang hari," nasihat ayah kepada abang.

47. Bendera Putih

Maksud: Mengaku kalah.
Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup
menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut

Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah
rumah.

49. Berat Lalat

Maksud: Pura-pura berani.
Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian
pada waktu malam.

50. Berani Mati

Maksud: Tidak takut mati.
Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah
air tercinta.

51. Berat Bibir

Maksud: Orang yang pendiam.
Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati

Maksud: Kurang senang.
Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.

53. Berat Kaki

Maksud: Malas.
Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.

54. Berat Lidah

Maksud: Tidak dapat berkata-kata.
Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

55. Berat Mata

Maksud: Mengantuk.
Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

56. Berat Mulut

Maksud: Orang yang pendiam.

57. Berat Sebelah

Maksud: Tidak adil.
Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

58. Berat Tangan

Maksud: Pemalas.
Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu
menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang

Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan

Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu
kepada abang.

61. Beri Muka

Maksud: Memanjakan.
Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

62. Berita Hangat

Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.
Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik
menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap

Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.
Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang
berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati

Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh
orang bawahannya.

65. Besar Kepala

Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.
Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

66. Besar Mulut

Maksud: Suka bercakap besar.
Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak
seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut

Maksud: Hamil.
Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.

68. Betul Bendul

Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-
mainkannya.

69. Biang Keladi

Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-
baru ini.

70. Bidan Tarik

Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.
Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang
tidak hadir.
71. Bidan Terjun
Maksuf: Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas secara mendadak
tanpa dirancang.
Contoh ayat: Encik Kassim menjadi bidan terjunmenggantikan Encik Dollah sebagai
pegerusi majlis apabila Encik Dollah lambat sampai kerana kemalangan.
72. Bintang Gelap
Maksud: Bernasib malang.
Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat
kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih.
Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.

74. Bintang Terang

Maksud: Nasib baik.
Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan
yang baik.

75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut

Maksud: Bongkok sedikit.
Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang

Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.
Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di
kebunnya.

78. Buah Bibir

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat
Malaysia.

79. Buah Cakap

80. Buah Fikiran

Maksud: Pendapat.
Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

81. Buah Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah
Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam

Maksud: Hasil tulisan atau karya.
Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.

84. Buah Mulut

85. Buah Pena

Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan

Maksud: Hadiah.
Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.

87. Bual Kosong

Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.
Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.

88. Buang Adat

Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.

89. Buang Air Besar

Maksud: Berak.
Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil

Maksud: Kencing.
Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika
membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak

Maksud: Menggugurkan anak.
Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka

Maksud: Menghilangkan malu.
Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di
kampung itu bagi membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri

Maksud: Merantau.
Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang.

94. Buang Lelah

Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.
Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai
tempat buang lelah.

95. Buang Malu

Maksud: Menghilangkan malu.

96. Buang Muka = Membuang Muka

Maksud: Tidak suka.
Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang
mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri

Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah
kerana menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh

Maksud: Berlabuh.
Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan
belayar tanpa henti.

99. Buang Sial

Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga
sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat

Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
101. Buang ubat
Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.

102. Buat Akal

Maksud: Mencari helah.
Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.

103. Buat Bodoh

Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.
Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan
motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat

Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.
Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

105. Buat Perkara

Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.

106. Buaya Darat

Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran
tetangganya.

107. Bujur Sirih

Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai
selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu

Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.

109. Buka Mata

Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan
orang lain.
Contoh Ayat:
a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula
jadinya.
b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka
mata.

110. Buka Mulut

Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.
Contoh Ayat:
a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang.
b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu

Maksud: Memberi peluang.
Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk
memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah

Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau
tanah yang terbiar.
Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa
sawit.

113. Buka Telinga

Maksud: Mendengar baik-baik.
Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama
bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang

Maksud: Membocorkan rahsia.
Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang
mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima
Maksud: Penumbuk.
Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.

116. Bulan Kesiangan

Maksud: Berwajah pucat.
Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu

Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.

118. Bulan penuh

Maksud: Cantik.
Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

119. Bulat Fikiran

Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.

120. Bulat Kata

Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka
mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa

Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai
bunga bangsa.

122. Bunga Bibir

Maksud: Kata-kata yang manis.
Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.

123. Bunga Dedap

Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak
tahu menghormati jiran tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang

Maksud: Terdesak kerana berhutang.
Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu

Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.
Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik
buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat

Maksud: Berusaha mencari pangkat.
Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara
yang menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran

Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan.

128. Buruk Hati

Maksud: Orang yang jahat.
Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya
menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku

Maksud: Kelakuan tidak senonoh.
Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada
masyarakat.

130. Buruk Makan

Maksud: Pelahap.
Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang
dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut

Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah
tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut

Maksud: Kuat makan.
Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.

133. Buruk sSngka

Maksud: Menaruh curiga.
Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat
baik," kata Fairuz kepada Azri.

134. Buruk Selera

Maksud: Makan apa sahaja.
Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang.

135. Buruk Siku

Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.
Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah
diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi

Maksud: Perangai yang jahat.
Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya.

137. Busuk Hati

Maksud: Orang yang berhati jahat.
Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada

Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat
di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam

Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.
Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta
ayam.

140. Buta Hati

Maksud: Bersikap kejam.
Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak
berdaya itu.

141. Buta Huruf

Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu

Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam

Maksud: Rabun pada waktu malam.
Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam
kerana dia buta malam.

144. Buta Perut

Maksud: Tidak bertimbang rasa.
Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib
mereka yang malang.

145. Buta Warna

Maksud: Tidak dapat membezakan warna.
Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal
Terbang" ialah peserta tidak buta warna.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'
1. Cabut Nyawa
Maksud: Membunuh.
Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing Gila
Maksud: Meronta-ronta.
Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

3. Cacing Kepanasan
Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

4. Cacing Naik Ke Mata

Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke
mata," kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata
Maksud: Anak.
Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

6. Cakap Angin
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke
perpustakaan.

7. Cakap Besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap Tinggi
Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan

Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam

Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit

Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang
sebenarnya," kata ayah.

14. Campur Mulut

15. Campur Tangan

16. Cangkul Angin

Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa
keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan
persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala

Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.
19. Cari Fasal
Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari Fikiran

21. Cari Ikhtiar

Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan

23. Cari Makan

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan
kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka

Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama

Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang
nyanyian.

26. Cari Rezeki

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah

Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan
peribadi kawannya itu.

28. Cari Seteru

29. Cari Susah

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu

Maksud: Sampai ke paras bahu.
Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi

Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

32. Cepat Lidah

Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa
tersinggung.

33. Cepat Mulut

Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat Tangan

Maksud: Orang yang suka mencuri.
Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

35. Cerai Hidup

Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot
dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati

Maksud: Melukai perasaan.
Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting
hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung Hati

Maksud: Tersangat ingin.
Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak
kami kecil lagi.
47. Gunung Payung
Maksud: Orang kesayangan.
Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung Runtuh

Maksud: Bunyi bergemuruh.
Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung
itu seperti gunung runtuh.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'
1. Habis Akal
Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis Bulan
Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi Abu

Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk
bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis Jodoh
Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis Modal
Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa

Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya
menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah
membaham ayahnya.

7. Habis Perkara
Maksud: Selesai.
Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan
dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun
Maksud: Penghujung tahun.
Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah
dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa Mata
Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara
itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa Telinga

Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan
menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan

Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan
bahas itu.

12. Hancur Hati

Maksud: Sangat sedih.
Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam
kemalangan itu.

13. Hangat Hati

Maksud: Sangat marah.
Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat Kuku

Maksud: Suam-suam.
Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku
untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam

Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh
jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus Hati

Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga Diri

Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga Mati

Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga Pokok

Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur
dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati Batu

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak
itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati Berlian

Maksud: Sangat baik hati.
Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya
sendiri.

22. Hati Kecil

Maksud: Perasaan dalam batin.
Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan
bertemu dengannya.

23. Hati Muda

Maksud: Rasa muda dalam hati.
Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap
berhati muda.

24. Hati Nurani

Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.
Contoh Ayat:
A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan
yang sentiasa bersyukur.
B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati Tawajuh

Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati Terbuka

Maksud: Ikhlas.
Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati Tungau

Maksud: Penakut.
Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

28. Hati Waja

Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi
seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam Kromo

Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam
kromo sahaja.

30. Hidung Belang

Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh
bapanya.

31. Hidung Tinggi

Maksud: Orang yang sombong.
Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-
kawan.

32. Hidup Terbuang

Maksud: Tersia-sia diri.
Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

33. Hilang Akal

Maksud: Gila.
Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya,
dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati

Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.
Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat,
agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang Harapan

Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua
harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan

Maksud: Gila.

37. Hilang Lenyap

Maksud: Hilang tanpa berita.
Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang Nyawa

Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang Semangat
Maksud: Terkejut.
Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang Timbul

Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan
menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir Mudik

Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga,
kata ibu.

42. Hina Budi

Maksud: Berkelakuan buruk.
Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada
kakak.

43. Hisap Darah

Maksud: Memeras atau menindas orang.
Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap
darah petani lagi.

44. Hisap Jari

Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki
universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung Pangkal

Maksud: Asal mula.
Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung
pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum Alam

Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi
hukum alam.

47. Hukum Allah

Maksud: Takdir Tuhan.
Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang Darah

Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan
kematian adikku, kata Ehsan.
49. Hutang Lapuk
Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang Nyawa

Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan
Rina daripada lemas tempoh hari.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'
1. Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri

Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya
tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati

Maksud: Menawan.
Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji

Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata

Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang
ditulisnya.

10. Ikat Perut

Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat
bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan Baiduri

Maksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri Hati

Maksud: Dengki.
Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada

Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang
terpendam selama ini.

14. Isi Hati

15. Isi Perut

16. Isi Rumah

Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang
ahlinya.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'
1. Jadi Abu Arang
Maksud: Barang yang telah rosak.
Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.
2. Jadi Bapa Kuda
Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-
anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi Langit

Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran

Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-
suri rumah.

5. Jadi Umang-Umang
Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya
hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga Hati

Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.
Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga Mulut
Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-
kawan.

8. Jalan Belakang
Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan Buntu
Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu
kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan Damai

Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai
apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan Fikiran

Maksud: Cara berfikir.
Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah
ini.

12. Jalan Kaki

Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari
rumahnya tidak jauh.

13. Jalan Tengah

Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang
bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum Halus

Maksud: Tipu muslihat.
Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan
menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air Muka

Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh Bangun

Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan
pengurusnya.

17. Jatuh Cinta

Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari Langit

Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh Harga Diri

Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi
perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh Hati

Maksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh Melarat

Maksud: Menjadi miskin.
Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua
perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh Nama

Maksud: Menanggung malu.

23. Jatuh Sakit

Maksud: Mendapat sakit.
Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan
itu.

24. Jatuh Semangat

Maksud: Hilang keberanian.
Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua
mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak Bahu

Maksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak Bara

Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana
kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak Keruh

Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka
berbuat jejak keruh.

28. Jejak Langkah

Maksud: Mencontohi.
Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.
29. Jejak Orang Tua
Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan
suka menolong orang.

30. Jinak-Jinak Lalat

Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata
Suzy.

31. Jinak-Jinak Merpati

Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.
Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling Air

Maksud: Juling sedikit.
Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

33. Juling Itik

Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah
mengalami kecederaan semasa kecil.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'
1. Kacang Hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi
jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki Arak
Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk
membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam

Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana
kasutnya telah hilang.

4. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang
diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di
kampungnya.

8. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan
pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan
Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi

Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya
di meja judi.

11. Kaki Langit

Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki Lima

Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan
berhenti.

13. Kaki Perempuan

14. Kaki Rambu
Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika
sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki Seribu

Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat

Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan
orang sahaja.

17. Kaki Wayang

Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang
ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku Lidah

Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam
kes rasuah.

19. Kambing Hitam

Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan
perumahan itu.

20. Kampung Halaman

Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke
kampung halamannya.

21. Kata Dua

Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang
mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau
dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati

Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga

Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi
nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata Putus

Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-
ahlinya bertelagah.

25. Kaya Anak

Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya
anak dan hidup bahagia.

26. Kaya Hati

Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

27. Kaya Hutang

Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar
membeli baju berjenama.

28. Kecil Hati

Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati

Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

30. Kelas Kambing

Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

31. Keliling Pinggang

Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.
32. Ke Luar Negeri
Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang Hati

Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah
berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap

Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat
pula.

35. Kena Tangan

Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di
salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala Angin

Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala Batu

38. Kepala Berat

Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala
berat.

39. Kepala Berita

Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala
berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin

Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala Dua

Maksud: Orang yang tidak setia.
Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit
syarikat ini kepada syarikat lawan.

42. Kepala Kain

Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala Udang

Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang

Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu
kerana dia seorang yang pemalu.

45. Kerang Busuk

Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati

47. Keras kepala

48. Keras Lidah

Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia
kurang mahir.

49. Keras Mulut

Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya
tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan

Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak
puas hati dengan pembahagian harta pusaka.
51. Kering Darah
Maksud: Terkejut.

52. Kering Hati

Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang
yang kering hati.

53. Keringat Dingin

Maksud: Takut.

54. Kerja Tangan

Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam
pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu

Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan
kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja

Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan
kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin

Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar Burung

Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk

Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan
mengerjakannya.

60. Kucing Kurap

Maksud: Orang yang tidak berguna.
61. Kuku Besi
Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan
oleh rakyat.

62. Kuku Kambing

Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri

Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci Hati

Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan
kepada sesiapa pun.

65. Kunci Mulut

Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab

Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab
namanya.

67. Kurang Adat

Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar

Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal

Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah
kerana dia kurang akal.

70. Kurang Asam

Maksud: Tidak sopan.
71. Kurang Bahasa
Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan
suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang Fikir

Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa
kerugian.

73. Kurang Hati

Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk
melakukannya.

74. Kurang Iman

Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan
wang yang lumayan untuk mengedar dadah.

75. Kurang Ingat

Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi

Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi
tahun ini.

77. Kusut Fikiran

Maksud: Susah hati.
Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat
kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun

Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

79. Kutu Jalan

Maksud: Orang yang suka merayau.
Sumber diperolehi dari seribahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'
1. Langit Hijau
Maksud: Sangat jauh.
Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit
hijau.

2. Langkah Baik
Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan
yang baik.
Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita
melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah Bendul
Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah
kepada kakak Suraya.

4. Langkah Kanan
Maksud: Bernasib baik; bertuah.
Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah
abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah Kiri
Maksud: Malang.
Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribu
Maksud: Cabut lari.
Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah Sumbang
Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.
Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang
telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang Dada
Maksud: Perasaan lega.
Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan
kemasukan anak sulungnya ke universiti.
9. Lapang Hati
Maksud: Perasaan lega.

10. Lapik Perut

Maksud: Makan Sedikit.

11. Lari Semangat

Maksud: Terkejut.

12. Laut Lepas

Maksud: Tengah laut.
Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai Malang

Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.
Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula
dicuri orang.

14. Lembut Gigi Daripada Lidah

Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada
lidah.

15. Lembut Hati

Maksud: Penyayang.
Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang
lembut hati.

16. Lena Ayam

Maksud: Belum tidur betul.
Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-Angan

Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan
untuk membeli kereta baru.

18. Lepas Diri

Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang
hal itu.

19. Lepas Tangan

Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah Bercabang

Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.
Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah Biawak

22. Lidah Keras

Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang
diadakan.

23. Lidah Panjang

Maksud: Suka menghasut.
Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah
porak-peranda.

24. Lidah Tak Bertulang

Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang
lidah tak bertulang.

25. Lintah Darat

Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu
masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas Kudung

Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam
kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

27. Lubuk Akal Lautan Budi

Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.
Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi
sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmu

29. Lubuk Hati

Maksud: Dalam hati.
Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

30. Luka Hati

Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah
membohonginya.

31. Lupa Daratan

Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.
Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus Akal

Maksud: Jujur.
Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak
yatim dengan sebaik-baiknya.Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa
Dan Maksud

Carian Simpulan Bahasa:-

133. Buruk Sangka

yatim dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai