Anda di halaman 1dari 3

TEKS BERCERITA TAHAP 1

TEMA : WIRA ANTI RASUAH


TAJUK CERITA : TENTERA SANG SEMUT MERAH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Yang saya hormati para hakim dan pendengar sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Tentera Sang Semut Merah’.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan.
Yang terdengar dikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan rimba, terdapat kepelbagaian flora dan fauna. Ketenangan hutan
rimba, membolehkan Sang Burung Kakak Tua hinggap di atas dahan sebatang pokok. Ia
berasa lapar, dan melilau matanya mencari makanan.

Tiba-tiba! Sang Burung Kakak Tua melihat sebiji kacang yang bergerak perlahan. Sang
Burung Kakak Tua terus terbang ke tanah untuk mendapatkan kacang tersebut.

Namun begitu, fokusnya hilang apabila melihat satu barisan panjang tentera Sang Semut
Merah. Ia mendarat perlahan di atas permukaan tanah. Perlahan-lahan merapati barisan
tersbut. ‘Oh, rupanya kacang yang bergerak itu adalah hasil punggahan kamu’. Kata Sang
Burung Kakak Tua kepada tentera Sang Semut Merah. ‘Ia, ini merupakan stok makanan
kami’. Jawab tentera Sang Semut Merah.

Namun , Sang Burung masih kehairanan. ‘Bagaimanakah, kamu dapat mengangkat benda
yang lebih besar dan lebih berat daripada badan kamu?’. ‘Lihatlah, bagaimana cara kami
bekerja!’. Tegas tentera Sang Semut Merah.

Semut Merah berkawad, satu-satu, hora horey!


Semut Merah berkawad, satu-satu, hora horey!
Semut Merah berkawad, satu-satu
Semut Merah kutip gula batu
Dan semut berkawad pulang ke busut
Berjumpa ratu semut

Kedengaran suara tentera Sang Semut Merah, bernyanyi girang.

Sang Burung Kakak Tua memerhatikan pergerakkan tentera Sang Semut Merah. Ia
mengangkat bebanan secara berkumpulan dan penuh berhati-hati. Ia membuat satu barisan
yang rapat-rapat tanpa putus menuju ke lubang kecil yang berada dibawah akar pokok.

Bukan sahaja makanan, malah daun kering, ranting kering dan serangga yang mati turut
diangkat untuk dibawa ke sarang. Tiada seekor pun diantara tentera Sang Semut Merah
yang culas dalam bekerja.

Kawan-kawan, agak-agak apakah reaksi Sang Burung Kakak Tua?


‘Kagumnya aku melihat kerjasama antara kalian semua’. Kata Sang Burung Kakak Tua
dengan nada yang takjub. Sambil tersenyum tentera Sang Semut Merah berkata, ‘Ringan
sama dijinjing, berat sama dipikul, itulah pegangan kami’. Ia berasa sungguh gembira
kerana sudah lama tidak mendengar pujian sebegitu.

Sang Burung Kakak Tua membalas senyuman tentera Sang Semut Merah sambil berfikir. Ia
hinggap di atas dahan pokok sambal melihat makanan yang dipunggah oleh tentera Sang
Semut. Ia membayangkan betapa beruntungnya jika ia dapat menikmati semua stok
makanan yang disimpan oleh tentera Sang Semut Merah. Tidak perlulah ia terbang jauh
untuk mencari makanan bagi mengisi perutnya yang lapar. Sang Burung Kakak Tua berfikir
mencari jalan.

Kawan-kawan, cuba teka apakah yang Sang Burung Kakak Tua akan lakukan?

Sang Burung Kakak tua


. . Lalu, Sang Burung Kak Tua terbang untuk pulang ke sarangnya dengan hati gembira.

Kawan-kawan, terdapat tiga nilai murni yang kita perolehi dari kisah tadi.

Pertama, kita mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan satu tugasan agar semua hal
yang rumit menjadi mudah.

Kedua, kita hendaklah saling membantu rakan kita yang memerlukan bantuan bagi
meringankan beban yang ditanggung olehnya.

Ketiga, kita haruslah hidup secara harmoni bagi membentuk masyarakat yang sejahtera.

Akhir kata dari saya, kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing dapat membawa
keberkat dan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Hendak belayar ke Teluk Betong,


Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Sekian, terima kasih.


Tentera Sang Semut Merah Sang Burung Kakak Tua

Anda mungkin juga menyukai