Anda di halaman 1dari 5

BURUNG PUCUNG dengan KETAM m/s 1. Seekor Burung Pucung hidup sebatang kara berhampiran sebuah kolam.

Kolam itu penuh dengan ikan. Burung Pucung menangkap ikan sebagai alas perut setiap hari.

m/s 2. Lama kelamaan Burung Pucung semakin tua dan tidak secergas dahulu. Ia pun mencari jalan untuk menangkap ikan dengan mudah. m/s 3. Suatu hari , Burung Pucung berpura-pura tidak mahu menangkap ikan lagi. Ikan-ikan di dalam kolam melompat lompat kerana sangat suka hati. m/s 4. Seekor ketam yang turut tinggal di dalam kolam itu berasa hairan lalu bertanya kepada Burung Pucung. Mengapakah pak cik tidak mahu menangkap ikan lagi seperti biasa ?

m/s 5. Semalam, ada tiga orang nelayan melintasi kolam ini. Mereka berhajat untuk menangkap semua ikan di dalam kolam ini, kata Burung Pucung. Ini yang membuat aku berasa susah hati. m/s 6. Semua ikan di dalam kolam kecut perut apabila mendengar cerita Burung Pucung. Apakah yang patut kami lakukan? Tanya ikanikan itu. Tolonglah kami semua , rayu mereka . m/s 7. Burung Pucung berpura-pura mencari jalan lalu berkata, Tidak jauh dari sini ada sebuah kolam besar. Kalau kamu semua berpindah ke sana tentu kamu semua akan bernasib baik. m/s 8. Bagaimanakah caranya untuk kami berpindah ke sana?, tanya ikan- ikan itu seperti cacing kepanasan. Aku boleh bawa kamu semua ke sana di dalam paruhku seekor demi seekor, jawab Burung Pucung. m/s 9. Burung Pucung pun membawa seekor ikan lalu terbang. Seketika kemudian ia hinggap di atas seketul batu besar yang rata. Ia makan ikan itu lalu terbang semula untuk membawa ikan-ikan lain.

m/s 10. Ketam pun ada hati ke kolam yang baharu itu. Burung Pucung pun berfikir, Sesekali aku bertukar selera kepada ketam tentu lazat juga. m/s 11. Biar saya bergantung pada leher Pak Cik, kulit saya keras lagi licin, kata Ketam kepada Burung Pucung. Burung Pucung pun bersetuju. m/s 12. Burung Pucung terbang tinggi ke udara dengan membawa Ketam di lehernya. Apabila Burung Pucung hinggap di atas batu besar itu, Ketam terlihat tulang-tulang ikan di situ. m/s 13. Kini barulah Ketam tahu tipu-muslihat Burung Pucung . Ketam sakit hati lalu mengepit leher Burung Pucung sekuat- kuat hatinya. Burung Pucung rebah lalu mati. m/s 14. Selepas itu Ketam pulang ke kolam yang lama. Ketam terus memberitahu kepada ikan- ikan tentang kezaliman Burung Pucung yang telah mencabut nyawa rakan-rakannya. Mulai sekarang, kita boleh hidup aman dan damai, kata mereka sambil melompat keriangan.

Moral Cerita: Orang yang jahat selalu berpura-pura baik untuk berbuat kejahatan. Kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak mudah tertipu. Glosari: a). semakin c). melintasi d). tukar selera e). rebah Soalan- soalan: 1. Apakah yang digunakan oleh Burung Pucung untuk menangkap ikan ? 2. Apakah akal Burung Pucung untuk menangkap ikan dengan cara yang paling mudah? 3. Apakah berita yang dibawa oleh Burung Pucung? 4. Bagaimanakah cara Burung Pucung menolong ikan-ikan itu berpindah? 5. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada ikan-ikan yang ditolong oleh Burung Pucung? - bertambah - melalui - merasa makanan lain daripada biasa - jatuh terbaring b). berpura-pura - berbuat seakan-akan

6. Bagaimanakah Ketam membalas dendam kepada Burung Pucung? 7. Bagaimanakah perasaan Ketam dan ikan-ikan lain selepas Burung Pucung mati? Berikan sebab kamu.

Anda mungkin juga menyukai