Anda di halaman 1dari 3

SK SERI AMAN, POKOK ASSAM

34000 TAIPING

SKEMA BAHASA MELAYU PENULISAN


PPT /2016

BAHAGIAN A ( 10 MARKAH)

1. menanam pokok bunga


2. mengecat pondok
3. membaiki tali buaian
4. menyapu dedaun kering
5. mengutip sampah sarap

BAHAGIAN B ( 15 MARKAH )

Terdapat pelbagai cara untuk menangani stres. Antaranya kita mestilah


melakukan aktiviti sukan dan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta
melakukan hobi yang mendatangkan ketenangan. Selain itu, kita haruslah mengurus
masa dengan bijaksana dan mendapat rehat yang secukupnya. Seterusnya, kita perlu
merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa, berjumpalah dengan doctor
untuk mendapatkan rawatan. Akhir sekali kita sewajarnya merhatkan diri dengan cara
regangan otot, angkat turun bahu, kilas pinggang, bernafas dengan dalam sambil
mendengar muzik. Kesimpulannya stress dapat dihindari dengan melakukan perkara
seperti di atas.

BAHAGIAN C ( 25 MARKAH )

Soalan 1
Ceritakan pengalaman semasa menghadiri majlis perkahwinan saudara.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri satu majlis
perkahwinan sepupu saya di kampung. Kami bertolak ke sana sehari sebelum majlis
perkahwinan berlangsung.

Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlangsung, saya melihat saudara-
mara sibuk bergotong –royong membuat pelbagai persiapan. Kaum lelaki dan wanita
sibuk memasak makanan dan lauk-pauk yang akan dihidangkan kepada para
jemputan dan rombongan pengantin lelaki. Sesetengah yang lain pula sibuk
menghias bilik pengantin.

1
Apabila lauk-pauk dan makanan siap dimasak, saya membantu saudara-mara
menghidangkan makanan dan minuman di atas meja. Menjelang tengahari, tetamu
dan jemputan tiba untuk menikmati hidangan. Suasana ketika itu sangat sibuk. Ayah
dan Pak Long tidak menang tangan melayan para tetamu yang datang bersalaman
dan mengucapkan tahniah.

Kira-kira pada pukul 3.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba. Ketibaan
mereka disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan seni silat. Kemudian
kedua-dua pengantin disandingkan di atas pelamin. Suasana ketika itu sungguh
meriah. Saya dan adik-adik tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama
pengantin.

Menjelang senja, majlis persandingan pun tamat. Saya dan saudara-mara yang lain
membantu mengemas meja, pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan. Kami
bekerjasama agar segala-galanya dapat dikemas dan dibersihkan sebelum malam
menjelang.

Kami sekeluarga bertolak pulang menjelang malam. Walaupun letih, saya berasa
seronok kerana dapat menyaksikan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah.

Soalan 2
Catatan tentang Perkhemahan Hari KoKurikulum.

Jumaat, 10 Jun 2010

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan kokurikulum yang


diadakan di Bukit Larut. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad,
kamipun bertolak menaiki sebuah bas.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setelah itu, kami mendirikan
khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk
digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam,
kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan


aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari
semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini,
kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga
bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.

2
Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap
kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan
persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas
makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Pada pukul 2.00 petang, kami
bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti perkhemahan ini kerana
banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku peroleh.

Anda mungkin juga menyukai