Anda di halaman 1dari 7

Topik Kesihatan : Arthritis

Pengenalan

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.
Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :
Osteoarthritis (OA)
Arthritis rheumatoid
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
Gout

OSTEOARTHRITIS(OA)
Jenis yang paling lazim dihidapi
Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
Menjadi lebih sakit di penghujung hari
RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

Lebih kerap dihidapi kaum wanita


Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibo
Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN
Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman

Anda selalunya demam dan menggigil


Selalunya menyerang satu sendi sahaja
GOUT
Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki
Tanda-Tanda Arthritis

Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
Sendi bengkak
Kekejangan sendi
Susah untuk bergerak seperti biasa
Sakit apabila bergerak
Perubahan kepada sendi
Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut
Sakit bila sekeliling sendi ditekan
Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis
Peningkatan usia
Badan terlalu gemuk:
bagi penyakit osteoarthritis lutut
Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:
terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout familial
Sendi yang terlebih fleksibel (hypermobile joints)
Kecederaan berat contoh bersukan
Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
Pekerjaan:
Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
Osteoarthritis punggung bagi peladang
Rawatan
Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.
Langkah-langkah mudah untuk kesihatan sendi

Pengidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut
Kurangkan berat badan
Senaman sendi
Menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka m
Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau be
Perlindungan Sendi

Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya


Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun
Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan k
tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi
Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.
Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang

Ubat sapu contoh salicylate


Penahan sakit contoh paracetamol
Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid d
Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit
Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (disease-modifying anti- rheuma
Menangani Tekanan

Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan ta
Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
Seimbangkan rehat dan aktiviti
Pembedahan
Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.
Pencegahan

Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi


Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia ju
menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan
Makan makanan yang seimbang mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup
daging jika anda mengidap gout
Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil b
Bagaimana ubat alternatif selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada i
mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.
Bersikap positif

Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.


Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh diraw
arthritis.
Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
Menjadi ahli persatuan sepertiArthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu

Semakan Akhir : 28 April 2008


Penulis : Dr. Heselynn Hussein
Sumber dari portal myhealt

Apakah itu Rheumatoid Arthritis?

7 Votes

HARI ini saya ingin berkongsi satu lagi


maklumat baru buat semua pembaca. Sudah lama tidak
menulis tentang kesihatan. Ya, pernah dengar rheumatoid
arthritis? Ha, mungkin ada yang telah biasa mendengarnya.
Buat yang pertama kali menerima ungkapan ini, mari kita
ambil tahu. Apa itu rheumatoid arthritis?
Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi
dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah
penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk
seluruh dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50
tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih
berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum
dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori
mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga
memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat
beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk
mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal
ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran
sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat
sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan
pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun

dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua


belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan
berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.
Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa
siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati
positif
disamping
meningkatnya
juga
nilai C-reactive
protein (CRP)
dan erythrocyte
sedimentation
rate (ESR),
Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya
hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang
terlibat.

Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap


organ-organ lain? Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya
mengakibatkan kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca)
disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang
biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah
kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan
terlibat sama.
Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya. Langkah
paling mudah ialah banyakkan berehat. Lakukan latihan
fisioterapi. Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan
doktor.
Kebiasaannya
ubat
yang
diberi

ialah analgesics dan non-steroidal


anti-inflammatory
drugs (NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit.
Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain
seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.
Mengikut Peter C. Lanyon, Consultant Rheumatologist,
University Hospital, Queen Medical Centre Nottingham,
UK, sebanyak 40% pesakit akan dikategorikan sebagai
mengalami kelumpuhan atau cacat anggota dalam masa
3 tahun. 80% pula akan mengalami kelumpuhan tahap
sederhana dan teruk dalam masa 20 tahun.
Selamat membaca. Semoga semua beroleh manfaat bersama.
https://m.facebook.com/pages/Dr-EzairyMSallih/445828535528089?
id=445828535528089&viewtype=public&__user=705022174

Anda mungkin juga menyukai