Anda di halaman 1dari 9

uesday, April 24, 2007

MeMBINA PERIBADI MUSLIM

Sinopsis : MEMBINA PERIBADI MUSLIM


Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh menjadi panduan setiap Muslim
dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang
menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah
kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping
menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan
muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati
diri individu terbilang.
Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang
terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya.
Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan
Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam
menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia
sejagat.
Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan
generasi al-Quran yang unik.
Pengarang:Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Halaman:208
Terbitan:Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 7.00
Posted by Noraini at 8:34 PM No comments:

Monday, April 23, 2007


DON'T BE SAD - JANGAN BERSEDIH

PENGARANG : DR. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI


TERBITAN : AL-HIDAYAH PUBLISHER
HARGA : RM 35.00 (KULIT NIPIS)

Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh dari penulis, yang tuba
menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul
akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, kepumsasaan. hilang
harapan, kekecewaan dan berbagai lagi. Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian
terhadap segala permasalahan tersehut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk Martin
Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan. serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika
yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahahat
terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para panyair terkemuka,
nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hiknah dan tuntutan para ulama.
Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari
para ilmuan Timur dan Barat terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari herhagai
sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa
media lainnya. Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah
disaring serta diringkas. Ringkasnya. buku ini akan mengalakun kepada anda:
"Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih."
Posted by Noraini at 9:59 PM No comments:

Friday, February 16, 2007


JANGAN TIDAK-TIDAK

Sinopsis :
JANGAN TIDAK-TIDAK meneruskan pendekatan santai, mesra tetapi berkuasa motivasi
cara 3E (ExtraMile, ExtraMild dan ExtraMind). Berteraskan teladan dan pengalaman,
pendekatan ini mampu mengubah minda masyarakat daripada pesimis kepada optimis.
Harga : RM 10.00
Halaman :
Posted by Noraini at 1:37 AM No comments:

MEMBINA PERIBADI ANGGUN

Sinopsis :

Siri buku ini merupakan remedi yang pasti memberi kelegaan kepada para wanita. Sama ada
anda masih bernama gadis mahupun telah berpunya, buku ini amat sesuai dijadikan panduan.
Tidak kira apakah anda sedang diulit bahagia atau digelut derita, buku ini adalah pilihan
terbaik wanita masa kini kerana ia ibarat teman yang amat memahami.
Jika mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Jika mahukan ketenangan
dan kebagusan seawal matahari terbit, usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani
malam. Itulah antara mutiara yang menjadi teras kekuatan buku ini. Ia santai, mendidik,
mengajar dan mengingatkan. Pendekatan yang digunakan amat sesuai lagi matang.
Harga : RM 15.00
Halaman :320
Posted by Noraini at 1:33 AM No comments:

NAK KE TAK NAK

Sinopsis :
'Nak Ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini
Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih
ringan dengan cara pengolahan yang santai.
Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan
dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda.
Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri
dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk
kejayaan yang lebih besar.

Harga : RM 10.00
Halaman :320
Posted by Noraini at 1:28 AM No comments:

MEMBINA RASA CINTA

Sinopsis :
Cinta selalu dikaitkan dengan kecantikan, padahal antara cantik dengan rapi itu berbeza.
Mempunyai susuk tubuh yang menarik satu keperluan tetapi ia bukan elemen wajib untuk
menggapai kekaguman orang. Kerapian lebih diperlukan daripada kecantikan tubuh dan
wajah. Ini bermakna bahawa cinta sebenar bukanlah pada sekujur wajah tapi keseluruhan
anda.
Yakinilah, setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham
adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran
yang kita buat. Cinta pula lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar
dimengerti. Anda tidak boleh lari dari cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia
datang menghampiri.
Kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan yang padu, padahal hidup itu
sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut - hati, perasaan, emosi, kemahuan, kehendak,
cita-cita, azam, usaha, pemikiran dan segala macamnya lagi. Kesemua ini membawa pada
kesepaduan cinta.
Buku ini 'wajib' kepada setiap yang sedang bercinta, bakal bercinta mahupun untuk mewarnai
kembali cinta anda yang telah hambar. Ia memberi panduan kepada anda untuk bercinta dan

menikmati cinta dalam erti katanya yang sebenar. Cinta mudah diucap tetapi sukar dibina.
Binalah motivasi diri melalui cinta, lantaran cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.
Harga : RM 15.00
Halaman :320
Posted by Noraini at 1:25 AM No comments:

MEMBINA HATI BAHAGIA

Sinopsis :
Wanita adalah penyeri kehidupan. Mengapa tidak anda mantapkan hati dan membina
kcemerlangan hidup berumah tangga bersama si dia yang telah anda pilih dan merelakan diri
untuk bergelar suami atau isteri melalui lafaz ijab dan kabul.
Yakinilah pasangan anda adalah yang terbaik buat anda dan tiada orang yang lebih baik
daripadanya.

Panduan Internet Google Super Lengkap

m/s Kode Buku : BI006


Judul Buku : Panduan Lengkap Belajar Internet Google
Penulis : Bunafit Nugroho
Penerbit : ALIF Media
Halaman : 116
Harga : 28.800,-

Kami yakin, kalian semua belum banyak tahu tentang aplikasi dan fasilitas baru yang
dimiliki oleh Google. Atau bahkan kalian hanya mengenal Google Search aja sebagai
mesin pencari?, wah.so kuper deh.
Nah, jika kamu masih sangat kuper (alias kurang pergaulan banget), maka kamu harus
membaca buku ini sebagai referensi utama dan panduan. Buku ini sanggup memandu
kamu dengan cepat, karena setiap langkahnya diberikan visualisasi yang sangat jelas,
sehingga para awam dapat dengan cepat paham.
Dengan membaca buku ini, dijamin kamu tidak lagi kuper atau GapTek lagi. Malahan,
kamu akan tambah pinter dan mahir dalam berinternet, terutama memakai fasilitas yang
ada di Google.

m/s- 180

Ms - 213

M/S - 228

Nahu Kemaskini : Panduan


bahasa yang baik dan betul
oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Asmah Hj. Omar
Versi Cetak
RM 27.00
Tiada stok

Sabah/Sarawak: RM RM 30.00
Format: Paperback
Saiz: ISBN-13: 978-983-3586-53-0
ISBN-10: 983-3586-53-8
Tarikh Terbit: 15 Mar 2008
Jumlah Muka Surat : 260
Versi Ebook

Belum Terbit

Sinopsis

Isi Kandungan

Anda mungkin juga menyukai