Anda di halaman 1dari 2

NAMA: MUHAMAD SYAFIQ BIN SHAHRUM

NO MATRIK: 20021994

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

Kitab “‫ ”حتي يعلم السباب‬merupakan isi khutbah yang pernah disampaikan oleh al fadhil syeikh
Abdullah Nasih Ulwan kemudian ditulis dan dibukukan. Di dalam kitab ini diceritakan beberapa
syiar islam yang patut diikuti oleh golongan anak muda lebih lebih lagi bagi mereka yang berada
di lapangan dakwah.

Syiar yang pertama yang diceritakan di dalam kitab ini adalah “Allah matlamat kami”. Dan yang
keduanya adalah Rasul ikutan kami. Antara perkara yang perlu di ambil berat ialah keimanan
kita kepada Rasulullah S.A.W dan rasul-rasul sebelumnya. Setiap mukallaf juga wajib untuk
mengetahui 25 orang rasul-rasul Allah. Antara sebabnya ialah, telah disebut didalam al-Quran
secara sarih/jelas tentang 25 rasul itu.

Di dalam kitab ini juga diceritakan beberapa perkara yang perlu di contohi dan diikuti oleh anak
muda daripada Rasulullah S.A.W.

Antaranya ialah:

1.Kita perlu mencontohi bagaimana cara baginda beribadat. Contohnya, Rasulullah sentiasa
menjaga solat berjemaah walau apa keadaan sekalipun dan baginda juga sentiasa bangun untuk
solat malam.

2.Kita perlu mencontohi bagaimana zuhudnya Rasulullah S.A.W. Makna zuhud disini bukanlah
faqir akan tetapi zuhud ini ialah kasih-sayang, pengorbanan dan mengutamakan orang lain.

3.Kita juga perlu mencontohi bagaimana tawadhu’nya Rasulullah S.A.W dan pemaafnya
baginda.

4.Antara perkara lain yang boleh kita contohi ialah kekuatan fizikal Rasulullah S.A.W. Perkara
ini boleh dilihat melalui kisah Rukanah seorang yang handal dan kuat bergusti. Pada suatu hari
dia mencabar Rasulullah SAW untuk bergusti dengannya. Oleh itu, Rasulullah menyahut
cabaran itu. Setelah banyak kali ditewaskan Rasulullah, Rasulullah bersabda "Kamu tahu kah
apa kekuatan seorang Muslim? Beza serban Muslim ialah kami memakai kopiah dengan serban
sementara orang kafir hanya memakainya tanpa kopiah". Kemudian Rukanah pun memeluk
Islam. (Ada juga versi yg mengatakan Rukanah tidak memeluk Islam ketika itu tetapi setelah
Fathul Mekah).
5.Kita juga patut mencontohi keberanian Rasulullah dan kepintaran Rasulullah dalam
berpolitik dan menguruskan sesebuah organisasi dan sesuatu perkara.

6.Antara perkara yang terakhir patut kita contohi daripada Rasulullah ialah keteguhan prinsip
beliau.

Syiar yang ketiga yang disebutkan di dalam kitab ini ialah Al-Quran perlembagaan kami. Al-
Quran adalah kitab yang mampu menghidupkan jiwa dan mententeramkan hati. Dengan izin
Allah, al-Quran mampu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya; iaitu jalan Zat
yang Maha Perkasa lagi Terpuji. Siapa saja yang berkata dengan menggunakan al-Quran, pasti
akan terpercaya. Siapa saja yang mengamalkannya, pasti akan beruntung. Siapa saja yang
memutuskan hukum dengannya, pasti akan adil. Dan siapa saja yang mendakwahkannya, pasti
akan mendapat hidayah ke jalan yang lurus.Al-Quran adalah sebaik-baik bekal bagi setiap
muslim. Lebih-lebih lagi bagi para pengemban dakwah. Dengan al-Quran, hati akan menjadi
hidup. Dengannya, semua sandaran akan menjadi kukuh. Para pengembannya akan menjadi
seperti gunung yang berdiri kukuh sehingga duniapun menjadi kecil baginya ketika berada di
jalan Allah. Dia akan sentiasa mengatakan yang hak, dan tidak takut terhadap celaan orang-orang
yang mencela, semata-mata kerana Allah.

Dengan al-Quran, sesuatu yang mudah terumbang-ambing oleh angin lantaran ringannya, akan
menjadi lebih berat di sisi Allah, seperti beratnya gunung Uhud kerana dia sentiasa membaca al-
Quran; dia membasahi lisannya dengan al-Quran dan jari jemarinya pun menjadi saksi. Seperti
itulah para sahabta Nabi SAW mengharungi kehidupan dunia ini, seolah-olah mereka seperti al-
Quran yang berjalan. Mereka sentiasa menelaah ayat-ayatnya, membacanya dengan sungguh-
sungguh, mengamalkan isinya dan mendakwahkannya.

Sesuatu yang paling berharga bagi kaum muslim umumnya, dan para pendakwah al-Quran
khususnya, adalah bahawa hendaknya al-Quran sentiasa menjadi penyiram hati mereka dan
teman setia yang mengiringi setiap langkah mereka. Kerana al-Quran akan membimbing mereka
untuk meraih semua kebaikan dan mengangkat kedudukan mereka lebih tinggi dan lebih tinggi
lagi. Mereka harus sentiasa memeliharanya di tengah malam dan di penghujung siang, dengan
membaca, menghafaz dan mengamalkannya, sehingga mereka menjadi sebaik-baik generasi
khalaf, mewarisi generasi salaf yang terbaik.Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai