Anda di halaman 1dari 11

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran, menurut J.R. David dalam


Teaching Strategies for C ollege Class Room (1976) ialah "a plan,
method, or series of activ ities designed to achicves a particular
educational

goal'.

Manakala

mengikut

terjemahan

inggeris

strategi

bermaksud "a plan of operati on achieving something' "merangcang


sesuatu operasi untuk mencapai sesuatu". Berdasarkan pengertian di atas
strategi pengajaran dan pembelajaran meliputi urutan, kaedah dan peringkat
kegiatan yang dirancang untuk mencapai tujuan dan objektif pengajaran
tertentu. Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan
maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya ( Dick &

Carey, 1996 ). Pensyarah sebenarnya perlu memikirkan semua proses


pengajarannya. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran pada dasarnya adalah
cara-cara yang dipilih untuk menyampaikan kandungan pelajaran dalam sesi
pengajaran tertentu, yang meliputi sifat dan urutan kegiatan yang dapat
memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar.

Untuk

melaksanakan

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

ianya

memerlukan kaedah. Kaedah menawarkan satu cara yang sistematik untuk


melakukan sesuatu (Devies, 1981). Kaedah dalam pengajaran pula dijelaskan
sebagai satu siri tindakan yang sistematik yang mana matlamat utamanya ialah
untuk

mencapai

objektif pengajaran

tertentu. Dengan kata lain

keadah

pengajaran ialah cara bagaimana pendekatan objektif pelajaran tertentu


disampaikan melalui langkah-langkah yang tersusun. Tanpa kaedah yang betul
maka pembelajaran adalah tidak terancang malah aktiviti akan berlaku secara
rambang

dan

pembelajaran
memerlukan

tanpa

susunan

merupakan
satu

set

satu

prosedur

yang
usaha
yang

sempurna.
yang

Kaedah

sepenuhnya,

terancang

pengajaran
yang

berasaskan

mana

dan
ia

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang dipilih, Ini bermaksud kaedah pengajaran


dan pembelajaran yang dipilih adalah berasaskan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip dan teori pembelajaran.


Kaedah pengajaran pula merangkumi cara maklumat disampaikan atau cara
aktiviti pengajaran dijalankan, seperti contoh kaedah kuliah, perbincangan, main
peranan, simulasi dan lain-lain.

Kemahiran spesifik dalam pengajaran pula dipanggil teknik pengajaran,


seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan putih white
board dan lain-lain. Melaksanakan dengan jayanya semua unsur-unsur yang
diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kemp and

Schwaller, 1988). Teknik pengajaran sebenarnya merujuk kepada satu


kemahiran mengajar. Klasifikasi strategi pengajaran boleh dikelaskan kepada tiga
(3) iaitu berpusatkan pensyarah, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan
pelajaran.

STRATEGI BERPUSATKAN PENSYARAH.


Strategi pengajaran dan pembelajaran jenis ini telah dilaksanakan atau
diamalkan oleh kebanyakan pensyarah sejak sekian lama lagi. Strategi jenis ini,
pensyarah menjadi peranan yang utama. Bagi satu-satu sesi pengajaran
pensyarah

mengawal

dan

memanipulasi

hampir

semua

aktiviti-aktiviti

pengajaran.

Ciri-ciri Strategi berpusatkan Pensyarah.


Pengajaran berpusatkan pensyarah mempunyai ciri-ciri seperti berikut, antaranya
ialah :
a. Didalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran,

pensyarah

memainkan peranan utama dan pelajar hanya menjadi penonton


sahaja.
b. Tidak terdapat komunikasi dua hala diantara pensyarah dengan
pelajar, yang mana pensyarah menggunakan masa untuk bercakap

hampir

kesemua

waktu

yang

ada,

manakala

pelajar

hanya

mendengar sahaja.
c. Pensyarah bertindak sebagai pemimpin yang autokratik sewaktu di
dalam kelas pengajaran, dan pelajar pula tidak mempunyai peluang
untuk menyuarakan pendapat mereka.
d. Keutamaan objektif hanya kepada pensyarah sahaja dan tidak
merangkumi objektif keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
e. Penyebaran

ilmu

pengetahuan

lebih

diutamakan

daripada

penyuburan nilai murni dan perkembangan emosi pelajar.


f.

Pencapaian

pelajar

adalah

berasaskan

kepada

keputusan

peperiksaan para pelajar.


g. Teknik mengajar terarah kepada penyampaian fakta-fakta sahaja.
Pembelajaran lebih kepada mengingat dan menghafal fakta, dan
pelajar gagal atau tidak berupaya untuk membuat interpritasi
terhadap sesuatu isi pengajaran.
h. Interaksi diantara pelajar lemah dan sifat-sifat positif sosial pelajar
tidak dapat dibangunkan, dan pelajar menjadi kurang berinisiatif
dan kreatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pensyarah.


Kaedah

pengajaran

murupakan

cara

menjalankan

aktiviti-aktiviti

pengajaran atau penyampaian maklumat, dan bagi melaksanakan strategi


berpusatkan pensyarah, beberapa kaedah pengajaran yang biasa digunakan
antaranya kaedah kuliah. Kaedah ini memerlukan perangcangan yang baik oleh
setiap pensyarah. Pensyarah mestilah memulakan set induksi yang baik, yang
mampu menarik minta pelajar. Maklumat yang hendak disampaikan atau
dikuliahkan mestilah mengikut susunan yang logik dan tersusun sama ada secara
topikal, masalah dan penyelesaian, sebab dan kesan, urutan masa, perbandingan
dan lain-lain lagi. Mengenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan

seterusnya mengembangkan perkara ini semasa sesi kuliah supaya pelajar akan
lebih jelas tetang apa yang dikuliahkan. Kemahiran pemerhatian terhadap
komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar perlu ada pada
pensyarah, ini kerana ia dapat menentukan kefahaman pelajar terhadap kuliah.

Demontrasi

juga

merupakan

kaedah

yang

boleh

digunakan

bagi

melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah. Demontrasi adalah kaedah


mengajar dimana pensyarah menunjukkan sesuatu atau sekumpulan pelajar, ini
bermakna pensyarah memainkan peranan penting di dalam sesi pengajaran
tersebut. Walaubagaimanapun beberapa perancangan perlu diketahui dan
difahami dengan jelas oleh pensyarah sebelum melaksanakan kaedah ini.
Pensyarah perlu memahami langkah-langkah demontarsi secara keseluruhan
serta konsep dan prinsip kemahiran yang hendak diajar. Minat pelajar pada
peringkat awal sangatlah penting supaya pelajar boleh memberi tumpuan
sepanjang sesi pengajaran. Penerangan terhadap langkah-langkah atau prosedur
perlulah jelas dan teratur, pensyarah mestilah mengelak daripada mengambil
jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah tersebut. Pensyarah perlu
memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba setelah selesai demonstrasi,
masa perlu diberikan kepada pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah diajar
dan pengalaman tersebut perlu untuk membentuk kemahiran pelajar.

STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR.


Strategi

berpusatkan

pelajar

merupakan

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran yang mana pelajar memainkan peranan penting dan penglibatan


aktif

dalam

proses

pembelajaran.

Pensyarah

menjadi

pemimpin

yang

membimbing pelajar-pelajar dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk


menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau individu.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Pelajar.


Strategi berpusatkan

pelajar antaranya mempunyai ciri-ciri seperti

yang

dinyatakan dibawah :
a. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar memainkan
peranan penting manakala pensyarah bertindak sebagai pemimpin
atau fasilitator yang membimbing pelajar dalam aktiviti pembelajaran
mereka.
b. Komunikasi dua hala akan terhasil diantara mereka Pensyarah
menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan pelajar berfikir dan
member tindak balas terhadap soalan.
c. Pensyarah memimpin kelas atau pelajar secara demokrasi. Pelajar sentiasa
diberi

galakan

untuk

memberi

pandangan

dan

pendapat.

Pensyarah

sebenarnya banyak melakukan perbincangan dengan pelajar.

d. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada pencapaian objektif


pelajar.
e. Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dari segi keseimbangan
intelektual, rohaniah serta sosial dan fizikalnya.
f.

Kaedah pengujianan formatif digunakan, dan keputusan ujian digunakan


untuk mengenal pasti pejalar yang lemah.

g. Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dengan memfokuskan pengajaran


bermakna, dengan ini pelajar boleh memahami fakta yang disampaikan dan
mampu untuk membuat kesimpulan untuk satu-satu topik.
h. Terdapat banyak ruang dan peluang untuk pelajar berinteraksi, dan juga nilainilai sosial dapat diperolehi seperti tolong menolong, bekerjasama dan tolak
ansur antara satu sama lain dapat di bina.

i.

Strategi ini juga terarah kepada kaedah pengurusan kumpalan pelajar yang
berkesan, ini kerana pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan minat
perlu diberi perhatian.

j. Strtegi ini juga menjadikan pelajar kreatif dan berinovatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar.


Sumbangsaran merupakan antara beberapa kaedah yang sesuai dan
berkesan untuk dipraktikkan oleh pensyarah di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kaedah ini berkesan untuk mendapatkan banyak idea dari
pelajar dan pensyarah boleh memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Pensyarah mestilah mendefinisikan masalah tersebut agar ia
dapat difahami oleh pelajar dengan jelas. Pensyarah perlu memberi lebih masa
untuk pelajar membincangkan masalah dan menggalakkan setiap pelajar untuk
memberi idea mereka. Pensyarah perlu memilih idea yang dikehendaki dan
pastikan semua pelajar dengan idea yang dipilih, dan semestinya idea yang dipilih
adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Kaedah inkuiri-penemuan merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada


proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sesuatu
fenomena itu berlaku. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran sains.
Kaedah ini sebenarnya memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah, kerana
masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Pensyarah perlu memberi maklumat
yang berkaitan supaya pelajar dapat memahami masalah yang hendak dikaji.
Pensyarah perlu menyediakan bahan-bahan untuk dipilih oleh pelajar bagi
menyelesaikan masalah dan juga jangkaan kepada soalan-soalan yang akan disoal
oleh pensyarah atau apa yang disebut soalan memandu, ini bagi mengarahkan
proses pemikiran pelajar. Pensyarah juga perlu membuat kesimpulan dan
cadangan terhadap hasil eksperimen yang telah dijalankan.

Kaedah penyoalan merupakan satu perkara penting dalam pengajaran, dan


ianya terlibat dalam semua kaedah pengajaran. Pensyarah perlu mahir dalam
teknik

penyoalan,

ini

kerana

ia

merupakan

cara

paling

berkesan

untuk

menggalakkan pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik penyoalan yang mana


setiap satunya akan memberikan respon yang berbeza. Berdasarkan taksonomi

Bloom, terdapat enam (6) tahap pembelajaran domain kognitif, dan soalan-soalan
pada setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan menggunakan tahap
proses yang berlaianan. Pensyarah perlu mahir dan berupaya membina soalan
pada setiap tahap agar dapat menggalakkan pelajar terlibat dalam pelbagai tahap
kognitif tersebut. Pensyarah adalah disarankan agar memahami enam (6) tahap
yang telah dinyatakan di dalam domain kognitif taksonomi Bloom.

STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN PELAJARAN.


Strategi berpusaktan bahan pelajaran merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang mana bahan pelajaran memainkan peranan penting dan
penggunaannya dijadikan sumber utama pensyarah dan pelajar untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan pelajaran dalam istilah moden hari
ini juga di panggil media pengajaran, yang mana istilah baru ini mengambil kira
semua aspek termasuk pelajar, pengembangan pembelajaran dan aspek penilaian.

Reise dan Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai cara fizikal yang
membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Dengan menggunakan bahan
pelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan
mudah. Melalui latihan dengan menggunakan bahan pengajaran juga palajar akan
dapat membina kemahiran dan juga dapat berdikari hasil dari aktiviti yang
dijalankan tanpa bantuan pensyarah.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran.


Seperti juga strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pensyarah dan
berpusatkan pelajar, strategi berpusatkan bahan pengajara juga mempunyai cirricirinya, antaranya ialah :
a. Dalam

aktiviti

memainkan

pengajaran

peranan

yang

dan

pembelajaran,

penting

ini

kerana

bahan-bahan
pensyarah

pengajaran
atau

pelajar

menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran tersebut untuk mencapai objektif


pengajaran.

b. Interaksi dan komunikasi berlaku diantara pensyarah dan bahan pengajaran,


atau diantara pelajar dengan bahan pengajaran.
c. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan usaha dan perhatian terhadap
kemahiran menggunakan bahan-bahan pengajaran bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai.

d. Strategi ini menekankan kepada pembangunan kognitif, fizikal dan rohani.


Pengajaran pensyarah juga lebih bermakna, menarik minat dan berkesan.

e. Membuka ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi. Sifat- sifat
sosial juga boleh dibentuk melalui kerja berkumpulan yang melibatkan bahan
pelajaran dalam menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji.

f.

Aktiviti pengajaran berdasarkan pengalaman yang sebenar melalui bahan


pelajaran dapat mengubah pengetahuan abstrak kepada situasi yang lebih
konkrit.

Kaedah Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran.


Kaedah strategi berpusatkan bahan pelajaran yang tercangih pada abad ini
ialah penggunaan komputer. Pensyarah perlu mahir dalam penggunaan komputer
terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk sesi pengajaran mereka.
Pengajaran berbantukan komputer melibatkan interaksi secara terus diantara
komputer dengan pelajar. Pensyarah bertanggung jawab untuk memantau segala
aktiviti pelajar dan memberi aktiviti-aktiviti susulan yang telah dibentuk bagi
memperkembangkan ingatan dan memindahkan pengajaran. Pelbagai cara dapat
digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan kaedah ini. Dengan cara

pemberian latih tubi dan latihan dapat memperkukuhkan pembelajaran pelajar


dengan menyediakan ruang untuk mengulangi apa yang telah dipelajari. Tutorial
juga boleh digunakan melalui perisisan atau program yang mudah difahami oleh
pelajar.

Sebelum cara

ini digunakan

oleh

pensyarah, pensyarah

mestilah

menjalankan ujian penetapan untuk menentukan tahap kesedian pelajar terhadap


apa yang hendak dipelajari.

Kaedah pengajaran dengan bantuan Liquid

Cr ystal

Display (LCD)

Projector amat popular dikalangan pensyarah pada masa ini. Kaedah ini mudah
dan senang untuk digunakan, dan penggunaannya amat praktik bagi sesi
pengajaran yang jumlah pelajarnya ramai. Ianya juga boleh merupakan suatu
persembahan yang tidak perlu dijelaskan melalui komuikasi lisan ini, ini kerana apa
yang dijelaskan lebih eksplisit dan maklum balas pelajar lebih menyeluruh.
Pensyarah perlu merancang bahan pengajaran dan data disimpan melalui
komputer.

Perancangan

sebagaimana

diperlukan

yang

baik

semasa

dapat

proses

menyediakan

pengajaran

dan

semua

gambaran

akan

membantu

mencapai objektif pengajaran tersebut.

Proses pengajaran kaedah ini, pensyarah dibekal senaskah atau bahan


bercetak yang dikenali sebagai modul. Didalam modul bagi sesuatu topik,
matlamat pengajaran biasanya telah ditetapkan. Modul juga mengandungi
maklumat yang terarah, latihan dan soalan perbincangan. Pelajar dikehendaki
menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah
dan menjawab soalan mengenai pelajaran didalam bahan atau modul tersebut.
Pensyarah perlu membuat pendedahan pembelajaran mengikut pelbagai teknik
dan cara didalam bahan tersebut. Pada akhir pembelajaran pelajar

KESIMPULAN
Strategi

dan

kaedah

pengajaran

berfungsi

sebagai

satu

panduan

pengajaran kearah keberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada


pelajar. Untuk mencapai berkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran,
pensyarah perlu memilih kaedah yang paling tepat untuk di gunakan melalui
kreativiti mereka sendiri. Dalam pemilihan tersebut terdapat pelbagai perkara
yang perlu dipertimbangkan, antaranya keadaan pelajar yang mencakupi penilaian
tentang tingkat kecerdasan, kematangan dan perbezaan individu. Disinilah di
tuntut agar pensyarah mampu menganalisis dan seterusnya memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk diserasikan dengan kaedah pengajaran.
Sebagai seorang pensyarah, ia perlu memikirkan bagaimana untuk menjadi
pensyarah yang berketrampilan dengan memahami ciri-cirinya, iaitu yang
berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian pengetahuan dalam keadah
pengajaran yang digunakan, penglibatan pelajar dalam pengajaran, enthusiasm
serta susunan dan kejelasan penyampaian. Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan
ialah

memahami

prinsip

pengajaran

dan

pembelajaran,

kurikulum

dan

perlaksanaannya dan juga persediaan mengajar. Dengan keupayaan untuk


memahami diri pensyarah sendiri, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah,
teknik serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin baik,
malah mampu menjadikan tahap pendidikan negara antara yang terbaik dan dapat
memperkembangkan potensi pelajar atau individu bagi mencapai kesempurnaan
rohani, akal dan jasmani.

Anda mungkin juga menyukai