Anda di halaman 1dari 11

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR

TINGKATAN 3

BAHAGIAN TILAWAH

TAJUK : MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH (SURAH AL-


A’RAF : AYAT 23)

SOALAN
Berdasarkan ayat di atas:
1. Berikan maksud perkataan yang bergaris. (2m)
i) Zalamna
ii) Al-Khosirin

2. Tulis potongan ayat yang membawa maksud “ Wahai Tuhan kami! Kami telah
menzalimi diri kami sendiri” .(2m)

3. Berikan pengertian zalim. (2m)

4. Berikan pengertian keampunan dan rahmat. (4m)

5. Sesungguhnya Allah SWT sangat benci kepada perbuatan zalim.


Berikan DUA contoh yang menunjukkan seseorang itu melakukan kezaliman
terhadap Allah. (4m)

6. Berikan DUA contoh perbuatan zalim sesama manusia. (4m)

7. Cadangkan DUA cara menghapuskan kezaliman dalam masyarakat. (4m)

8. Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya untuk bertaubat.
Jelaskan DUA cara betaubat. (4m)

9. Orang yang beriman sepatutnya tidak berputus asa daripada mendapat rahmat Allah.
Terangkan DUA cara mendapat rahmat Allah. (4m)

10. Perbuatan zalim mesti dijauhi bagi mewujudkan suasana yang harmoni.
Apakah yang akan berlaku jika perbuatan zalim tidak dibendung. (4m)

11. Tuliskan jenis zalim beserta contoh. (6m)

12. Kenapa Allah melarang perbuatan zalim. (4m)

13. Apakah akibat buruk orang yang melakukan kezaliman. (4m)

14. Terangkan DUA sebab berlaku perbuatan zalim. (4m)


15. Nyatakan DUA pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas. (4m)

16. Kenapakah Nabi Adam dan Hawa memohon keampunan daripada Allah. (2m)

17. Huraikan ciri-ciri kehidupan orang yang tidak mendapat rahmat Allah. (2m)

JAWAPAN

1. i) Kami telah menzalimi


ii) Orang yang rugi

2. Robbana zolamna anfusana

3. Erti zalim: Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya sama ada mencabuli hak,
mengabaikan tanggunjawab serta melanggar undang-undang syarak.

4. Erti keampunan: Penghapusan dosa oleh Allah kepada hamba yang berdosa dan
memohon taubat
Erti rahmat: Belas kasihan yang dilimpahkan oleh Allah kepada orang yang
dikehendaki-Nya.

5. i) Syirik terhadap Allah


ii) Tidak melaksanakan hukum Allah

6. i) Membuli kawan
ii) Melakukan penderaan ke atas bayi

7. i) Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan


ii) Menyedarkan orang ramai akibat buruk perbuatan zalim

8. i) Menyesal di atas kesalahan yang dilakukan


ii) Berazam meninggalkan perbuatan tersebut
iii)Bertaubat dengan taubat nasuha

9. i) Berlaku adil terhadap orang lain


ii) Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna
iii) Membelanjakan harta di jalan Allah ketika senang atau susah
iv) Berkasih-sayang bersama anggota keluarga dan masyarakat
v) Bertaubat dengan ikhlas hati dan berazam tidak mengulangi dosa yang
dilakukan

10. i) Masyarakah huru-hara dan berpecah-belah


ii) Melahir manusia yang tidak bertanggungjawab

11. i) Zalim kepada Allah seperti syirik, kufur melanggar hukum Allah
ii) Zalim kepada diri sendiri seperti melakukan maksiat dan tidak beribadat
iii) Zalim kepada makhluk seperti membinasakan tumbuhan dan menyiksa
binatang.

12. i) Untuk mengelakkan penindasan


ii) Supaya hidup manusia aman sejahtera
iii) Supaya pembangunan negara tidak terjejas
iv) Mengukuhkan silaturrahim

13. i) Kehinaan dan kebencian


ii) Dipulau atau disisih
iii) Azab pedih di akhirat/ Allah melaknati mereka
iv) Allah tidak mengurniakan hidayah dan pertolongan

14. i) Kurang didikan agama


ii) Tamak
iii) Irihati
iv) Tidak takut kepada Allah/ balasan siksa di akhirat

15. i) Allah SWT tidak suka kepada kezaliman


ii) Allah SWT membalas perbuatan zalim di dunia dan di akhirat
iii) Sesiapa yang melakukan kezaliman hendaklah segera bertaubat kepada Allah
iv) Umat Islam tidak boleh berputus asa terhadap rahmat Allah
v) Umat Islam hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah.

16. Kerana Nabi Adam dan Hawa menyesal kerana melanggar larangan Allah dengan
memakan buah khuldi di syurga

17. i) Hilang keyakinan diri


ii) Sentiasa merasa takut dan cemas
iii) Sentiasa mengasingkan diri
iv) Timbul rasa dendam
TAJUK : MEYAKINI HARI KEBANGKITAN (SURAH AL-A’RAF: AYAT 57-58)

SOALAN

Ayat di atas menjelaskan tentang pelbagai rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada
manusia. Berdasarkan ayat di atas:
1. Berikan maksud perkataan yang bergaris. (2m)
i) Tazakkarun
ii) Yashkurun

2. Tulis potongan ayat yang membawa maksud “ Demikianlah pula kami


menghidupkan semula orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil
pengajaran” (2m)

3. Nyatakan DUA rahmat Allah SWT selain daripada hujan. (2m)

4. Kejadian hujan bukti kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.


Terangkan proses kejadian hujan menurut ayat di atas. (4m)

5. Allah menumbuhkan pelbagai tumbuh-tumbuhan untuk manfaat manusia dan


makhluk. Berikan DUA kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia. (2m)

6. Orang yang bersyukur dijamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.


Jelaskan DUA perbandingan sifat orang bersyukur dengan orang yang tidak
bersyukur. (4m)

7. Apakah tanda-tanda kekuasaan Allah dalam ayat di atas. (2m)

8. Nyatakan DUA faedah air kepada manusia. (4m)

9. Terangkan DUA pengajaran yang boleh diambil daripada ayat di atas. (4m)

10. Akhir-akhir ini, banyak sungai di negara kita tercemar.


Berikan DUA langkah untuk mengatasi masalah di atas. (4m)
JAWAPAN

1. i) Kamu mengambil pengajaran


ii) Orang yang mahu bersyukur

2. Kaza lika nukhrijul mauta la’allakum tazakkarun.

3. i) Matahari
ii) Oksigen/Udara

4. i) Air dari sungai atau laut tersejat membentuk titisan air


ii) Titisan-titisan ini akan bergabung membentuk awan
iii) Titisan-titisan yang kecil akan membentuk titisan yang lebih besar
iv) Titisan air akan menjadi berat lalu jatuh ke bumi sebagai hujan

5. i) menjadi makanan kepada manusia


ii) sebagai sumber pendapatan

6. Orang yang bersyukur:


i) rajin dan ikhlas melakukan ibadat
ii) berusaha meningkatkan dan memajukan diri, masyarakat dan negara
iii) sabar menghadapi musibah

Orang yang tidak bersyukur:


i) malas dan berpura-pura beribadat
ii) kurang berusaha ke arah kemajuan diri, masyarakat dan negara
iii) tidak sabar dan mengeluh apabila ditimpa musibah

7. i) Angin pembawa berita gembira


ii) Awan dan hujan pembawa rahmat
iii) Tanah gersang menjadi subur

8. i) Membersihkan diri dan pakaian


ii) Sumber minuman
iii) Mengairi tanaman
iv) Pengankutan
v) Menjana kuasa hidro elektrik

9. i) Allah berkuasa menyuburkan tanah yang gersang


ii) Kejadian hujan adalah sebagai bukti kekuasaan Allah
iii) Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah
iv) Setiap kurniaan Allah hendaklah digunakan dengan baik

10. i) Mengenakan tindakan dan hukuman yang tegas


ii) Menyemai sikap sayangkan keindahan alam
TAJUK : MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH (SURAH AL-A’RAF: AYAT
179)

SOALAN
Berdasarkan ayat di atas:
1. Berikan maksud perkataan yang bergaris. (2m)
i) Qulubun
ii) Al-Ghafilun

2. Tulis potongan ayat yang bermaksud “ Mereka mempunyai hati tetapi mereka tidak
menggunakan untuk berfikir”. (2m)

3. Siapakah penghuni neraka jahannam. (2m)

4. Siapakah yang disamakan oleh Allah dengan binatang ternakan di dalam ayat di
atas. (2m)

5. Jelaskan DUA akibat penyalahgunaan pancaindera yang telah diberikan oleh Allah.
(4m)

6. Bagaimanakah cara memanfaatkan mata, telinga dan mulut menurut Islam. (6m)

7. Kenapakah manusia yang tidak menggunakan nikmat dengan betul dikira lebih sesat
daripada haiwan. (4m)

8. Mengapakah seseorang manusia melakukan larangan Allah. (4m)

9. Terangkan DUA pengajaran yang dapat diambil darpada ayat. (4m)

10. Jelaskan DUA perbezaaan antara ahli syurga dengan ahli neraka. (4m)
JAWAPAN

1. i) Hati
ii) Golongan yang lalai

2. Lahum qulubun la yafqahuna biha

3. i. Jin
ii) Manusia

4. i) Orang yang mempunyai hati tetapi tidak memahami ayat Allah


ii) Orang yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat bukti kekusaan Allah
iii) Orang yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran Allah

5. i) Maksiat berleluasa
ii) Masyarakat mengamalkan akhlak buruk
iii) Berlaku kezaliman dalam masyarakat
iv) Hidup dalam kesesatan

6. Mata- melihat kejadian alam sebagai bukti kekuasaan Allah


Telinga- mendengar ajaran Allah
Mulut- bercakap perkara yang benar dan hak

7. i) Kerana manusia diberi akal untuk berfikir


ii) Kerana manusia diutus Rasul untuk memibimbing
iii) Kerana manusia dilantik sebagai khalifah
iv) Kerana manusia lalai mematuhi perintah Allah

8. i) Mengikut hawa nafsu


ii) Kurang didikan agama
iii) Lemah iman dan takwa
iv) Hasutan dan bisikan syaitan

9. i) Akal, penglihatan dan pendengaran hendaklah digunakan untuk mengenal Allah


dan kekuasaan-Nya
ii) Penyalahgunaan akal, penglihatan dan pendengaran membawa kepada kehinaan

10. Ahli syurga:


i) Melaksanakan rukun Islam dengan sempurna
ii) Sentiasa mengingati Allah dan menyebut nama-Nya

Ahli neraka:
i) Mengabaikan rukun Islam
ii) Lalai mengingati Allah dan lebih mengagungkan makhluk
TAJUK : MENGINGATI ALLAH DAN MENENANGKAN HATI (SURAH AL-
A”RAF: AYAT 205-206)

SOALAN
Berdasarkan ayat di atas:
1. Berikan maksud perkataan yang bergaris. (2m)
i) Tadharruan
ii) Yasjudun

2. Tulis potongan ayat yang bermaksud “ Dan janganlah kamu termasuk orang yang
lalai”. (2m)

3. Berikan maksud zikir. (2m)

4. Mengapakah Islam menyuruh umatnya berzikir. (4m)

5. Nyatakan DUA hikmat berdoa kepada Allah. (4m)

6. Terangkan DUA akibat orang yang tidak berzikir. (4m)

7. Terangkan DUA perbezaan ibadat manusia dan malaikat. (4m)

8. Senaraikan EMPAT jenis zikir. (4m)

9. Terangkan DUA adab berzikir. (4m)

10. Berikan DUA faktor yang menghalang manusia mengingati Allah. (4m)

11. Berdoa merupakan salah satu cara untuk memohon kebaikan daripada Allah.
Senaraikan EMPAT waktu afdal berdoa. (4m)

12. Jelaskan DUA langkah mendekatkan diri kepada Allah. (4m)

JAWAPAN

1. i) Dengan merendah diri


ii) Mereka bersujud

2. Wala takun minal ghofilin

3. Pengertian zikir:
Bahasa: Ingat
Istilah: Mengingati Allah SWT untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya.

4. i) Meningkatkan keimanan dan ketakwaan


ii) Dapat melembutkan hati
iii) Melindungi diri daripada maksiat
iv) Membentuk disiplin diri

5. i) Supaya Allah memakbulkan segala usaha yang dicita-citakan


ii) Mendidik jiwa supaya mentaati Allah
iii) Jiwa sentiasa tenang dan tenteram

6. i) Jiwa resah gelisah/ tidak tenteram


ii) Iman semakin lemah/goyah
iii) Jauh daripada rahmat Allah

7. Ibadat manusia:
i) Adakalanya bertambah dan berkurang
ii) Konsentrasi manusia beribadat berubah-ubah mengikut tahap keimanan

Ibadat malaikat:
i) Tidak bertambah dan tidak berkurang
ii) Konsentrasi malaikat tetap kepada Allah tidak berubah

8. i) Basmalah
ii) Tasbih
iii) Tahmid
iv) Takbir
v) Tahlil

9. i) Dilakukan dengan ikhlas


ii) Dilakukan dengan khusyuk
iii) Merendah diri kepada Allah
iv) Memahami setiap ungkapan zikir

10. i) Perasaan sombong dengan kelebihan yang dimiliki


ii) Terlalu mengejar kemewahan hidup
iii) Gejala sosial yang tidak sihat
iv) Leka dengan hiburan
v) Bergaul dengan rakan yang jahil dan sering melakukan maksiat

11. i) Satu pertiga malam


ii) Hari Jumaat dan malamnya
iii) Hari Arafah
iv) Setelah mendengar azan dan di antara dua khutbah

12. i) Menyempurnakan ibadat wajib


ii) Memperbanyakkan ibadat sunat
iii) Menghadiri majlis ilmu
TAJUK : MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT (SURAH AL-
JUMUAT: AYAT 9-11)

SOALAN
Berdasarkan ayat di atas:
1. Berikan maksud perkataan yang bergaris. (2m)
i) Al-Bai’
ii) Tuflihun

2. Tulis potongan ayat yang bermaksud: “ Apabila selesai solat, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi” (2m)

3. Nyatakan amalan-amalan sunat pada hari Jumaat. (4m)

4. Terangkan DUA akibat orang yang meninggalkan solat Jumaat. (4m)

5. Nyatakan DUA hikmat khutbah Jumaat. (4m)

6. Jelaskan DUA pengajaran yang boleh diambil dari ayat di atas. (4m)

7. Apakah tindakan seseorang yang mendengar seruan azan. (4m)

8. Tuliskan dengan ringkas sebab penurunan (asbab nuzul) ayat di atas. (4m)

9. Senaraikan suruhan dan larangan Allah dalam Surah Al-Jumuat ayat 9 hingga 11.
(4m)

10. Jelaskan DUA kepentingan solat Jumaat dalam pembangunan umat. (4m)

11. Nyatakan kelebihan-kelebihan hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain. (2m)

JAWAPAN

1. i) Jual beli
ii) Kamu berjaya

2. Fa iza qudhiyatissolah fantashiru fil ardhi

3. i) Memperbanyakkan zikir dan tasbih


ii) Membaca Al-Quran
iii) Mengerjakan solat sunat
iv) Berdoa

4. i) Termasuk golongan munafik


ii) Allah menutup pintu hatinya
iii) Tidak mendapat keberkatan rezeki
iv) Jiwa tidak tenang

5. i) Membentuk perpaduan dan keharmonian masyarakat


ii) Mendisiplinkan masyarakat
iii) Meningkatkan ilmu pengetahuan melalui perbincangan
iv) Mengeratkan silaturrahim
v) Mengetahui perkembangan isu semasa negara dan Islam

6. i) Umat Islam dikehendaki mengikut peraturan dan berdisiplin dalam kehidupan


mereka
ii) Allah memberi rezeki kepada semua hamba-Nya
iii) Kesungguhan beribadat dan kegigihan mencari rezeki hendaklah seiring
iv) Menyahut seruan Allah dan mentaatinya lebih utama daripada menjalankan
aktiviti
v) Segala urusan yang menyebabkan seseorang itu lalai tidak mendapat keberkatan

7. i) Segera menyahut seruan Allah untuk menunaikan solat Jumaat.


ii) Meninggalkan segala urusan dunia seperti berjual beli

8. i) Ketika Rasulullah sedang berkhutbah Jumaat


ii) Datang kafilah perniagaan dari Syam
iii) Sebahagian daripada jemaah meninggalkan baginda untuk membeli barang
dagangan yang dibawa
iv ) Allah menurunkan ayat tersebut untuk menegur perbuatan mereka

9. Suruhan Allah:
i) Bersegera ke masjid untuk solat Jumaat pada hari Jumaat apabila
diserukan azan
ii) Tinggalkan urusan jual beli
iii) Berusaha mencari rezeki yang halal selepas beribadat
Larangan Allah:
i) Melakukan jual beli apabila diserukan azan pada hari Jumaat
ii) Mengutamakan urusan dunia melebihi urusan akhirat

10. i) Sebagai saluran informasi terkini


ii) Megeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat
iii) Dapat membanteras gejala sosial dalam masyarakat
iv) Membentuk umat yang berakhlak mulia dan berdisiplin

11. i) Hari yang penuh dengan keberkatan


ii) Doa dimakbulkan oleh Allah
iii) Nabi Adam a.s dijadikan dan diturunkan ke dunia
iv) Hari berlakunya kiamat

Anda mungkin juga menyukai