Anda di halaman 1dari 12

Bahasa merupakan sesuatu yang indah.

Dengan bahasa kita mendapat


ilmu. Melalui bahasa kita bersatu. Dengan bahasa kita berkongsi pelbagai
suka duka dengan orang lain

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara

. Isu bahasa pertuturan yang bercampur aduk masih didebatkan. Tetapi kesalahan
penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda atau iklan perlu diberi tanda noktah.

Kesilapan bahasa sama ada dari segi penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa
Melayu yang betul, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pengolahan ayat ataupun
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris banyak berlaku atau
dipamerkan di tempat umum. Jika kesalahan ini tidak dicegah dengan segera, ia akan
mencemarkan maruah bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Alasan biasa seperti sasaran iklan atau maklumat ditujukan kepada kaum yang
memahami atau boleh membaca catatan tersebut tidak wajar dilayan lagi.

Berleluasanya papan iklan yang langsung tidak menghormati Bahasa Kebangsaan ini,
mungkin ada kaitan dengan sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara.

PBT di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipimpin oleh menteri
bukan Melayu maka kita faham `kekurangannya' dalam memberi keutamaan terhadap
soal memartabatkan bahasa Melayu. Tetapi majoriti pengarah dan pemimpin PBT adalah
Melayu sepatutnya peka dan sedar tentang kecelaruan penggunaan bahasa Melayu yang
menghiasi bangunan dan jalan raya di kawasan pentadbiran masing-masing.

Jangan disebabkan lesen sudah dibayar maka pemasangan iklan dengan bahasa yang
memalukan dibiarkan. Malah ada yang sudah bertahun-tahun terpampang namun untuk
PBT menegur dan mengarah ditukar, belum nampak dilakukan.

Usah biarkan tanggungjawab untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan ini diserah bulat-
bulat kepada DBP. Jika DBP bersuara lantang pun apa maknanya jika mereka tiada gigi
dan taring untuk `menggigit' pihak yang enggan mematuhi peraturan bahasa Melayu.

Jika pemimpin kerajaan, PBT, DBP, pejuang dan pencinta bahasa serta rakyat sayangkan
bahasa Melayu dan benar-benar ingin menyelamatkannya, kita harap ia jangan setakat
bercakap sahaja. Satu tindakan benar-benar berani dalam `mengajar' pihak yang ingkar
perintah menghormati Bahasa Kebangsaan harus dilakukan.

Episod sedih dan memalukan dalam cabaran memartabatkan Bahasa Kebangsaan ini
perlu diubah. Kerajaan melalui kenyataan Hishammuddin telah memberi isyarat jelas
bahawa sebarang akta atau dasar berkaitan bahasa Melayu tidak akan teragak-agak untuk
dipinda.

Dalam hal ini adalah wajar jika Akta DBP dipinda. DBP tidak boleh lagi diletakkan
dalam dilema pada mata umum. DBP mempunyai tanggungjawab untuk membina dan
mengembangkan bahasa Melayu tetapi tidak dapat mengambil tindakan terhadap mana-
mana pihak yang mempersenda atau mencemarkan penggunaannya.

Akta DBP tidak membenarkan ia bertindak lebih jauh. Jadi tugasnya terhenti separuh
jalan.

Barangkali undang-undang yang ada pada PBT jika dianggap kurang berkesan untuk
menguatkuasakan pematuhan terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul, maka
buatlah pindaan.

Usaha atas apa nama sekalipun sama ada memperkasa, mendaulat atau memartabatkan
Bahasa Kebangsaan tidak patut berjalan hangat-hangat tahi ayam.

Malah kita percaya masyarakat majmuk negara ini bukan tidak boleh dilentur supaya
menghormati dan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Biasanya cara lisan memang sukar untuk melentur pendirian liat masyarakat negara ini
untuk menghormati penggunaan betul bahasa Melayu. Alasannya ialah `sudah biasa.'
Justeru pindaan yang hendak dibuat perlu dimasukkan unsur denda sehingga mereka
akur.

Jika masyarakat Melayu atau bukan Melayu berasa bahasa Melayu tidak ada kelas untuk
digunakan dalam segala urusan harian maka kita harus peringatkan mereka. Bahasa
Melayu adalah Bahasa Kebangsaan jati diri bagi bangsa Malaysia.
.1
Pengenalan

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi

cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa

sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau

tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.

Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul.

Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan

untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di

Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak

perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat

pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat " perubahan yang mengelirukan pengguna
bahasa Melayu( baku)", seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa

Melayu baku.

Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian

terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu

sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan
kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa
Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada
era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh

masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala

urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar

menguasai bahasa Melayu baku.

1.2
Objektif

Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk kekeliruan atau

kerancuan bahasa itu, faktor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta kesannya

terhadap pembakuan bahasa yang diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa.

1.3
Kaedah

Saya menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk beberapa buku yang

berkaitan, majalah, melayari internet dan membuat kesimpulan terhadap pandangan

penulis buku.
masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala

urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar

menguasai bahasa Melayu baku.

1.2
Objektif

Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk kekeliruan atau

kerancuan bahasa itu, faktor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta kesannya

terhadap pembakuan bahasa yang diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa.

1.3
Kaedah

Saya menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk beberapa buku yang

berkaitan, majalah, melayari internet dan membuat kesimpulan terhadap pandangan

penulis buku.

1.4
Batasan

Skop kajian tugasan ini hanya memfokuskan kerancuan atau kekacauan dari segi

sebutan iaitu pengaruh bahasa ibunda, bahasa pasar dan bahasa dialek. Ia juga

memfokuskan kerancuan dari segi tatabahasa iaitu kesilapan penggunaanadalah atau

ialah, kata sendi di , kesilapan penggunaan kata dalam ayat seterusnya faktor-faktor
penyebab kerancuan tersebut dalam kalangan penutur bahasa Melay

1.5
Definisi Konsep
Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai " keadaan

rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan. Manakala pembakuan sebagai " usaha ( tindakan

proses) membakukan( menstandardkan). Takrif perkataan kesan ialah sesuatu ( sama ada

kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian.

Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha,

tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi

dasar ukuran ".

Dr. Nik Safiah Karim ( 1986) Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang

melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat

sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan

bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan

bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalam

menstandardkan bahasa Melayu

2.0
KEPELBAGAIAN KERANCUAN DALAM SEBUTAN

Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila

dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras

bahasa. Berikut disenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan.

2.1 Pengaruh Bahasa Ibunda


2.1.1
Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah

kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi é dan e (schwa) semasa membaca

dan menulis ( Abdullah Hassan, 1980:28) . Perbezaan antara sepak dan sépak adalah jauh

berbeza. Begitu juga kebanyakan penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau

lelangit kerasny dan lelangit lembutng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu

mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Kadang-kadang

penutur Melayu pun ada melakukan kesalahan ini. Kesalahan tersebut sering terjadi

apabila huruf gabungny diucapkan sebagai dua bunyi iaitun dany/i, seperti dalambanyak

atauban-

niak(sepatutnya ba-nyak), (ni-a-mukat au n-ya-muksepatu tn ya nya-muk)


dan lain-lain lagi. Dalam halng juga,n diasingkan daripadag seperti
dalamung-gu atauun-gu (sepatutnuau-ngu) dantan-gan (sepatutnyata-
ngan) dan lain-lain lagi

2.1.2
Berikut ialah contoh pengguna bahasa Melayu menggunakan
terjemahan langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa,
tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul.
Bahasa
Terjemahan
Ni hau ma?
Awak apa khabar?
What is your name?
Apa nama awak?
Dhosthi kya hai?
Persahabatan apakah itu?
2.2
Bahasa Pasar/ Basahan
2.2.1
Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian.

Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-

bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka

telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.

Sebagai contoh, ketika

berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang

bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak). Tindakan

ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka.

Akhirnya, sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk

menguasai bahasa Melayu yang betu

2.1.2
Berikut ialah contoh pengguna bahasa Melayu menggunakan
terjemahan langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa,
tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul.
Bahasa
Terjemahan
Ni hau ma?
Awak apa khabar?
What is your name?
Apa nama awak?
Dhosthi kya hai?
Persahabatan apakah itu?
2.2
Bahasa Pasar/ Basahan
2.2.1
Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian.

Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-

bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka

telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.

Sebagai contoh, ketika

berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang

bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak). Tindakan

ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka.

Akhirnya, sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk

menguasai bahasa Melayu yang betu

2.2.2
Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti
berikut :
Yahya : Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?
Tauke : Ampat belat.
Yahya : Kasi kulanglah, tauke.
Tauke : Mana boleh. Sekalang, ikan susah lapat.
Yahya : Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.
2.3 Bahasa Dialek/ Daerah
2.3.1
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialék) bermaksud
satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial

berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi.

Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Contohnya di sekolah, guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan

bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih mudah

memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat

menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid.

Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah

dalam penguasaan

bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan

memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor,

pemimpin politik dan sebagainya.

Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa dialek atau

daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan

juga mewujudkan kemesraan sesama mereka. Seharusnya sikap ini dielakkan agar

kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat

mencapai satu tahap yang membanggakan.

2.3.2
Contoh-contoh bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan
dalam kalangan pengguna bahasa Melayu Brunei, (daerah Papar, Sabah) adalah
seperti berikut:Bahasa dialek / basahan
Baku
banar
benar
basar
besar
kadai
kedai
butak
botak
karang
nanti
kan
akan/ hendak
.0
KERANCUAN DALAM TATABAHASA

Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab

pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam tatabahasa ini

ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeriadalah dan

ialah, kata sendi nama di, ke, daridan daripada, di antaradan antara dan lain-

lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga, boleh merobah makna

dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan. Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan

yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu

3.1
Kesilapan Penggunaanadalah atauialah
3.1.1

Kata pemeriialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama,

manakalaadalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi

nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ini ialah

seperti berikut

Anda mungkin juga menyukai