Anda di halaman 1dari 15

PENGANTAR BAHASA MELAYU KRB 3033 kumpulan B Semester 2 / 2011

Tugasan Kumpulan Soalan 1

NO. MATRIK PELAJAR NAMA NO. KAD PENGNEALAN NO. MATRIK PELAJAR NAMA NO. KAD PENGNEALAN NAMA PENSYARAH

: PPGBT00041/2011/1/KI : GOKILAVANI A/P ARUMUGAM : 780829-07-5072 : PPGBT00294/2011/1/KI : TAMAL SALVI A/P ATHIMOOLAM : 800920-06-5524 : Dr.DHANAPAL

Penghargaan
Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus PENGANTAR BAHASA MELAYU (KRB 3033) ini hanya akan dating sekali sahaja . Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan dengan jayanya. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin

pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini Jutaan terima kasih kepada pensyarah Dr. Dhanapal kerana tunjuk ajar beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada kami sepanjang tempoh kami menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan rakan yang telah memberi sumbagan berbentuk idea kepada kami untuk menambahbaikan lagi kerja kursus ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan rakan sememangnya amat membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan sekelas, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah mereka berikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ahli keluarga kami yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada mereka , sudah tentu usaha kami tidak mendapat disiapkan . Akhir kata dari kami terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus ini. Terima kasih Kirkby International College.

Sekian Terima kasih..

Soalan 1 : Bahasa merefleksi dan mengggambarkan latar belakang budaya 2

seorang

penutur

dan

penggunanya.

Berdasarkan

pernyataan

ini,

bincangkan peranan & sifat sifat bm dalam konteks masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik.

Pendahuluan
Bahasa digunakan sebagai alat komunikasi antara satu sama lain.Bahasa yang kita gunakan dalam berkomunikasi mencerminkan diri kita.Gaya kita berbahasa bergantung rapat dengan bagaimana kita melihat diri kita

sendiri,mempersepsi dinia dan penuntur lain di sekeliling kita.Apabila kita melihat diri kita sebagai terpelajar maka dengan sendirinya kita mengawal bahasa yang kita gunakan.Dalam masyarakat majmuk yang pelbagai etnik bahasa digunakan dalam pelbagai gaya.Etnik adalah perbezaan budaya dan adat resam.Contohnya bahasa atau budaya etnik Cina tidak sama dengan etnik Tamil. Masyarakat pula bermaksud satu kelompok manusia yang berbeza etnik yang tinggal satu negeri atau wilayah. Maka ,wujudnya gaya bahasa yang berbeza.Bahasa yang kita gunakan dipengaruhi oleh beberapa faktor di sekeliling kita seperti

tatabahasa,gaya dan sebagainya. Apabila kita menggunakan bahasa Melayu,terdapat juga penuntur bahasa Melayu yang tidak menyedari hakikat bahasa.Kita boleh mendengar penuntur bahasa Melayu menggunakan bahasa yang rendah.Bahasa bercampur aduk iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Percampuran dilakukan pada setiap peringkat penguasaan bahasa iaitu sebutan,ejaan,ayat dan makna.Perlakuan seperti in sering berlaku di kalangan penuntur asli bahasa Melayu.Lakuan seperti ini tidak berlaku di kalangan bukan penuntur bahasa asli.Bukan penuntur asli belajar bahasa Melayu secara formal sebagai bahasa kedua.Mereka mematuhi 3

aturan tatabahasa yang lengkap.Manakala,penuntur asli sering tidak mematuhi aturan tatabahasa yang lengkap.Mereka tidak sedar tentang konsep diri mereka pamerkan.Maka,setiap penuntur harus mematuhi aturan tatabahasa bahasa Melayu dengan lengkap.

Hakikat Bahasa
Terdapat beberapa hakikat bahasa dalam bahasa Melayu iaitu bahasa sebagai lambang,sebagai sistem dan sebagainya.Setiap penuntur bahasa perlu menghayati hakikat bahasa Melayu. 1)Bahasa sebagai lambang Lambang adalah sesuatu yang dapat melambangkan dan mewakili idea, perasaan,fikiran dan tindakan. Lambang yang dikaji dalam kegiatan ilmiah dalam bidang kajian disebut ilmu semiotika iaitu ilmu yang mempelajari tanda-tanda yang ada dalam kehidupan manusia termasuk bahasa.Lambang boleh dikatakan bersifat arbitrer.Arbitrer merupakan tidak adanya hubungan langsung yang bersifat ewajib antara lambang dengan yang dilambangkannya. Manusia sentiasa bergelut dengan simbol. Melalui simbol, manusia memandang , memahami, dan menghayati alam dan kehidupannya. Bahasa adalah kombinasi kata yang diatur secara sistematik sehingga dapat dipergunakan sebagai alat komunikasi. Kata adalah sebahagian daripada lambang yang hidup dan digunakan oleh kelompok masyarakat tertentu.Contohnya, sebuah wacana secara totalitas juga merupakan simbol atau lambang . Dalam masyarakat batak dikenal wacana merupakan ragam bahasa rataan (wailing language). Bahasa ratapan adalah syair yang diucapkan oleh seseorang ketika dia menangisi orang yang meninggal. Bahasa ratapan 4

melambangkan dan mewakili perasaan si peratap. Bahasa ratapan itu sebagai simbol secara totalitas. 2)Bahasa sebagai sistem Sistem bererti susunan teratur yang membentuk suatu keseluruhan yang bermakna atau berfungsi.Sebuah sistem bahasa bersifat sisitematis bermaksud bahasa tersusun mengikut suatu pola tidak tersusun secara acak.Manakala bahasa bersifat sistemis merupakan bahasa bukan merupakan sistem

tunggal.Setiap bahasa mempunyai dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem arti.Sistem bunyi merupakan bentuk bahasa dari tataran terendah sampai tertinggi. Sistem arti suatu bahasa merupakan isi atau pengertian yang tersirat atau terdapat dalam sistem bunyi. Sistem bunyi dan sistem arti memang tidak dapat dipisahkan kerana yang pertama merupakan dasar dan kedua merupakan wujud yang pertama. 3)Bahasa bersifat konvensional Penggunaan lambang suatu konsep tertentu bersifat konvensional.Semua anggota masyarakat bahasa memenuhi konvensi bahawa lambang tertentu itu digunakan untuk mewakili konsep yang diwakilinya.Konvensi akan menentukan apakah kata yang dibentuk secara arbitrer dapat terus berlangsung dalam penggunaan bahasa atau tidak.Sesuatu bahasa tidak boleh dipaksa supaya digunakan pada suatu kelompok masyarakat.

4)Bahasa bersifat produktif Bahasa bersifat produktif kerana kemampuan unsur bahasa untuk

menghasilkan terus- menerus dan diguna secara teratur untuk membentuk unsurunsur baru.Dengan unsur-unsur bahasa terbatas itu dapat dibuat satu bahasa yang jumlahnya tidak terbatas. 5)Bahasa itu unik Unik adalah mempunyai ciri khas atau khusus yang spesifik yang tidak memiliki oleh yang lain.Bahasa bersifat uniknya adalah mempunyai cirri khas dan tersendiri yang tidak memiliki oleh bahasa lainnya. 6)Bahasa itu universal Bahasa merupakan sesuatu yang berlaku umum dan dimiliki oleh setiap orang. Pada sifat internal bahasa, universal adalah kategori linguistik yang berlaku umum untuk semua bahasa.Ciri iniversal dari bahasa yang paling umum adalah bahasa yang mempunyai vocal dan konsonan.Bukti keuniversalan bahasa adalah setiap bahasa mempunyai satuan-satuan bahasa yang bermakna seperti frasa dan wacana. 7)Bahasa ada variasi Variasi bahasa ada tiga istilah iaitu idiolek,dialek dan ragam.Idiolek adalah variasi atau ragam bahasa yang bersifat perorangan.Dealek adalah variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok anggota masyarakat pada suatu tempat atau suatu masa.Variasi bahasa yang digunakan berdasarkan tempat disebut dialek regional,dialek areal atau dialek geografi.Variasi bahasa yang digunakan sekelompok masyarakat disebut dielek social atau sosiolek.Ragam adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi ,keadaan atau keperluan tertentu.Situasi 6

formal digunakan ragam bahasa yang disebut adalah ragam baku. 8)Bahasa dinamik Bahasa yang tidak terlepas dari kegiatan manusia.Bahasa selalu ada kaitan dengan manusia.Contohnya dalam kehidupannya di dalam masyarakat kegiatan manusia tidak tetap dan selalu berubah,maka bahasa juga berubah,tidak tetap dan tidak statis dikatakan dinamik. 9)Bahasa itu manusiawi Manusiawi adalah alat komunikasi manusia dan hanya boleh digunakan oleh manusia sahaja iaitu bahasa,prokduktif dan dinamik untuk menyatakan sesuatu yang baru. Manusia telah berbahasa sejak dahulu, dan perkembangan bahasanya membuat dirinya berfikir.

Soalan 2 :

Bahasa Melayu kita tidak terlepas daripada beberapa kajian 7

imperis seperti kajian morfologinya dan sintaksisnya. Bincangkan kajian bahasa yang pernah dilakukan oleh morfologi dan sintaksi. Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan yang diajarkan secara tarancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolong kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi atau tata kata adalah cabang ilmu bahasa yang mempelajari tentang pembentukan kata. Morfologi mengkaji tentang morfem, bagaimana mengenali sebuah morfem, dan bagaimana morfem berproses membentuk kata. Morfem adalah bentuk bahasa yang dapat dipotong potong menjadi bahagian yang lebih kecil, yang kemudian dapat dipotong lagi menjadi bahagian yang lebih kecil lagi begitu seterusnya sampai ke bentuk yang jika dipotong lagi ianya tidak mempunyai makna. Morfem dapat berdiri sendiri dinamakan morfem bebas, sedangkan morfem yang melekat pada bentuk lain dinamakan morfem terikat. Untuk membentuk sebuah bentuk adalah morfem atau bukan, harus dibandingkan bentuk tersebut di dalam kehadirannya dengan bentuk bentuk lain. Kata adalah gabungan gramatikal bebas yang terkecil. Kata dapat berwujud dasar 8

yang terdiri atas satu morfem dan ada kata yang berafiks. Kata secara umum dapat diklasifikasikan menjadi lima kelompok iaitu verba, adjektiva, averbia, nomina dan kata tugas. Dalam bahasa Indonesia kita kenal ada proses morfologis; afiksasi, reduplikasi, komposisi, abreviasi, metanalisis, dan derivasi balik. Afiksasi adalah proses yang mengubah kata menjadi kata kompleks. Di dalam bahasa Indonesia dikenal jenis jenis afiks yang dapat diklasifikasikan menjadi prefix, infiks, sufiks, simulfiks, konfiks, dan kombinasi afiks. Reduplikasi merupakan pengulangan bentuk. Ada 3 jenis reduplikasi, iaitu reduplikasi fonologis, reduplikasi morfemis, dan reduplikasi sintaksis. Komposisi juga adalah proses penghubungan dua atau lebih daripada membentuk kata. Abreviasi adalah proses penggalangan satu atau beberapa bahagian leksem atau kombinasi leksem sehingga jadilah bentuk baru yang berstatus kata. Istilah lain untuk abreviasi ialah pemendekan, sedangkan hasil prosesnya disebut kependekan. Bentuk kependekan itu dapat dibahagi atas singkatan, penggalan, akronim, kontraksi, dan lambing huruf. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah struktur kata yang merujuka kepada pola suku kata bagi kata asli bahasa Melayu, kata pinjaman bahasa Melayu. Selain itu bentuk akata pula terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Proses pembentukan pemajmukan. Antara ketiga tiga proses pembentukan kata kata tadi, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan yang terdiri daripada kata nama, kata 9 kata meliputi daripada pengimbuhan, penggandaan, dam

kerja, kata adjektif dan kata tugas. Pengakajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat dalam sejak zaman Frenz Bopp disususli dengan pengakaji Negara kita Prof Emeritus Dr. Abdullah Hassan lahir di Teluk Intan, perak pada 20 Mac 1942 adalah antara ahli linguistic yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah Profes Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI) Tanjung Maling, Perak. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am siri Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistic yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur unsur yang membentuk perkataan, proses proses membentuk perkataan dan bentuk perkataan yang dihasilkan. Manakala seorang pengkaji Prof Emeritus Dato Nik Safiah binti haji Abdul Karimm yang lahir pada 1939 yang merupakan bekas pensyarah di Unversiti Malaya telah menulis dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu 2001:43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Manakala Abdulla Hassan dalam buku yang bertajuk Linguistik Am Siri Penagajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk

fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliau memberikan contoh morfem ( meN-) yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu lambing iaitu meN-. Manakala Nik Safiah karim ada menyenaraikan enam alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, dan pel-. Menurut beliau, penyebaran alomorf alomorf tersebut ditentukan oleh factor fonologi, iaitu jenis huruf pertama 10

yang bercantum dengan awalan tersebut serta factor perkembangan dan perancangan bahasa. Berdasarkan ketiga tiga hujah tersebut, didapati bahawa alomorf ialah

bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti

semak menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f, dan v. Menurut Abdullah Hassan arkifonem itu sebagai fonem yang melambangkan beberapa fonem seperti N dalam morfem (meN-). N ini berubah menjadi m,n,ny, ng dan nge apabila morfem tersebut bercantum dengan kata dasar berdasarkan huruf pangkal pada kata dasar tersebut dan N mewakili fonem fonem tersebut. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa arkifonem ialah fonem yang ditandahkan dengan huruf besar bagi mewakili unsur-unsur yang berubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal pada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnya kata jual dan baca yang menerima morfem (meN-) menjadi menjual dan membaca. N ini ialah arkifonem yang mewakili fonem-fonem tersebut. Bagi Morfem bebas Abdullah Hassan menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata. Manakala bagi morfem terikat pula beliau menegaskan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang- kurangnya satu morfem lain. Beliau memberikan 11

contoh kata berpeluh daripada cantuman ber- dan peluh. Imbuhan awalan ber-, ialah morfem terikat ber-, tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunannya. Menurut beliau, kata akar seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai anai. Secara ringkasnya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan seperti ber menjadi bertapa bagi menunjukkan perbualan. Berdasarkan Nik safiah Karim kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka beliau turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan. Di sini beliau cuba bagi menjelaskan bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentuk imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar rama perlu digandakan menjadi rama-rama dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya. Selain itu beliau juga berpendapat bahawa kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya pekataan bernyala dan pekebun. Kata dasar bagi menyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang 12

merupakan morfem bebas. Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiap kata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi. Contohnya kata jalan ialah kata dasar lari ialah kata dasar bagi berlari yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata. Nik Safiah karim dan rakan rakanya juga menjelaskan bahawa kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis.Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kata itu,pergi dan saya.Kedua,kata tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di,untuk dan yang. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk.Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan pelajar dan makanan , penggandaan baik-baik dan gunung-ganang dan pemajmukan

warganegara dan atur cara.Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan kata,iaitu kata nama,kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat.

13

Setiap konsep dalam ilmu morfologi haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang ini dengan sepenuhnya.Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan ini, iaitu morf, alomorf,arkifonem, mortofonem, morfem bebas, morfem terikat, kata akar, kata dasar dan kata tunggal amat penting untuk kita dalam mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu.Walaupun terdapat sedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada pihak yang berlainan, tetapi sebenarnya perbezaan pendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai bidang morfologi ini.Perbezaan pandangan yang diutarakan ini akan membantu kita supaya berfikiran lebih kritis dalam memahami setiap konsep tersebut dan bukannya hanya bergantung pada satu-satu hujah sahaja. Secara kesimpulannya, aspek penting dalam pengkajian tentang struktur pembinaan kata ini ialah morfem dan kata.Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas pada bidang sintaksis dalam ilmu linguistis.Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiap orang,bukan hanya perlu dikuasai oleh ahli linguistik atau ahli bahasa sahaja.Setiap daripada kita mempunyai bahasa, justera amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkan bahasa kita.Salah satunya ialah ilmu morfologi.

14

BIBLIOGRAFI

15

Anda mungkin juga menyukai