Anda di halaman 1dari 5

PEPATAH

1. Ada air adalah ikan


rezeki terdapat di mana-mana sahaja.

2. Ada asap ada api


persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.

3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai.

4. Ada rotan ada duri


dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas


perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga.

6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga


tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan apabila mereka berbaik-
baik semula.

7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba


sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta.

8. Alah sabung, menang sorak


sudah kalah tetapi masih bercakap besar.

9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar basah
sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan.

10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.

11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan
menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan.

12. Antan patah lesung hilang


kemalangan yang datang bertimpa-timpa.

13. Ayam terlepas, tangan bau tahi


melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu

14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak


lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik.

15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya


kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza.

16. Bapa borek, anak rintik


anak menurut baka bapanya.

17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari.

18. Berani kerana benar, takut kerana salah


orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa takut.

19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan itu.

20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah
atau senang.
21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.

22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah


sama taraf.

23. Berpatah arang berkerut rotan


tali persahabatan yang putus sama sekali.

24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri


betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri biarpun kecil.

25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak
kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.

26. Biar mati anak, jangan mati adat


adat resam tidak boleh dilanggar.

27. Biar putih tulang, jangan putih mata


lebih baik mati daripada menanggung malu.

28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

29. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula.

30. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu


tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemah lembut dan manis.

31. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapainya.

32. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.

33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat


diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

34. Didengar ada, dipakai tidak


nasihat yang sia-sia.

35. Enggang sama enggang, pipit-sama pipit


bergaul dengan orang yang sama taraf.

36. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
jasa dan nama baik seseorang yang mati akan dikenang juga.

37. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah


pergaduhan antara dua orang besar atau pemerintah, rakyat yang mendapat kesusahan.

38. Genggam bara api biar sampai jadi arang


membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.

39. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari


tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid.

40. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga


budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun dia telah mati.

41. Harapkan pagar, pagar makan padi


seseorang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita.

42. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


pembahagian yang sama rata.

43. Hati hendak semua jadi


jika ada kemahuan, semua kerja akan jadi.

44. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


jika berkehendakkan sesuatu akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika tidak mahu membuat sesuatu
pekerjaan, berbagai-bagai alasan boleh diberikan.

45. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah


semasa hidup kita mestilah mengikuti adat resam, dan apabila sudah mati terserah pada hukum Tuhan.

46. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing


tolong-menolong dalam kehidupan

47. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri


tidak kira betapa mewah negara orang, namun negara sendiri juga yang lebih baik.

48. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati


budi baik seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup.

49. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu
orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.

50. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


sentiasa beringat dan berhati-hati supaya tidak terpedaya.

51. Ini hari orang, esok hari kita


malang dan malapetaka itu tidak dapat ditentukan.

52. Itik diajarkan berenang


membuat pekerjaan yang sia-sia.

53. Jauh bau bunga, dekat bau tahi


sanak saudara yang jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar.

54. Kain sehelai sepinggang


habis hartanya kerana kebakaran atau kecurian.

55. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang


pendapatan cukup untuk hidup sahaja (tidak bekerja tidak dapat wang untuk membeli makanan).

56. Kalah jadi abu, menang jadi arang


tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu pergaduhan, kerana
kedua-dua pihak menanggung kerugian.

57. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa


kepandaian atau kebolehan bukan pada orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang muda atau kanak-kanak.

58. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan


sangat berbesar hati kerana nasihat atau bantuan orang lain.

59. Kuman di sebarang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak
nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

60. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum


banyak lelaki dan perempuan di dunia ini, jika tidak berkenaan, pilihlah yang lain.

61. Lain bengkak lain bernanah


orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang dituduh.

62. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati


setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza.

63. Lain lubuk lain ikannya (lain padang lain belalang)


adat dan kebudayaan berbeza antara negara.

64. Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya
orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang menanggung akibatnya.

65. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan
manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.

66. Lembu punya susu, sapi dapat nama


orang lain yang bekerja, orang lain pula yang mendapat nama.

67. Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya


terlepas daripada sesuatu kesusahan, kesusahan lain pula yang menimpa.

68. Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga


walaupun sudah berbaik-baik selepas berkelahi tetapi kejadian itu masih ada dalam ingatan.

69. Masak di luar mentah di dalam


kelihatan baik hati tetapi sebenarnya jahat.

70. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak


menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

71. Masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri


tidak mahu menerima nasihat yang diberikan.

72. Melepaskan anjing tersepit (Sesudah selepas ia menggigit)


menolong orang yang tidak tahu mengenang budi akan merugikan kita sendiri.

73. Meludah ke langit menimpa muka sendiri juga


membuat sesuatu yang tidak padan dengan diri sendiri seperti melawan orang yang lebih berkuasa, akhirnya kita
sendiri yang susah.

74. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih
mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela.

75. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya


tidak sesiapa pun dapat melarang seseorang daripada bercakap.

76. Niat hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
tidak berdaya untuk mencapai cita-cita.

77. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dan pertolongan yang diterima.

78. Pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk


orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam.

79. Penyu bertelur beratus-ratus tiada orang tahu, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
orang yang berilmu merendah diri tetapi orang yang berpengetahuan cetek suka berlagak.

80. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri


orang yang miskin dan lemah dilakukan sesuka hati oleh orang yang kaya dan berkuasa.

81. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit


sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.

82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan akhirnya berhasil juga.

83. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu


orang yang sudah kena tipu akan berhati-hati pada kali lain.

84. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga


walau betapa pandai pun seseorang itu, ada kalanya tersilap atau kecundang juga.

85. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna


sebelum melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis dahulu agar tidak menyesal kemudian.

86. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan


jika tidak dapat dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali soalan pokoknya.

87. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga


walau ke mana juga seseorang itu merantau, akhirnya balik ke tempat asalnya juga.

88. Siapa makan lada, dialah berasa pedas


orang yang melakukan sesuatu yang kurang baik mudah terasa apabila orang mengatai dan menyindirnya.

89. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


adat yang tidak berubah-ubah; sesuatu yang tetap utuh dan tidak berubah-ubah.

90. Takut kerana salah, berani kerana benar


orang yang bersalah berasa takut tetapi orang yang tidak bersalah berani mempertahankan diri.

91. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang


keuntungan yang datang daripada berbagai-bagai punca.

92. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran


kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta sedikit yang ada hilang pula.

Anda mungkin juga menyukai