Anda di halaman 1dari 14

SAJAK:

AKU TIDAK MAHU LAGI


- Kumpulan 4 -
IZZATI
FARAH
USAID
ARIF
SN T. ALIAS TAIB

 SN Tengku Alias Taib (1943-2004; nama pena T. Alias Taib , Ali A.S), dilahirkan pada 20
Februari 1943, anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi
dagang dan keropok. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan dan terjemahan.
 Tahun terakhirnya pada 2004, beliau berpeluang menjadi penulis-tamu dalam The
International Writing Program di Universiti lowa, tetapi akur menemui penciptaNya, hanya
beberapa hari sebelum keberangkatannya ke sana. Beliau meninggal dunia pada 17 Ogos
2004 di kediamannya, di Hulu Klang, Selangor.
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang
SAJAK: AKU TIDAK MAHU LAGI
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi
 Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar
dianggap telah melakukan kesalahan.
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi
 Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang dianggap
benar.
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang

 Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada hukuman.

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang

 Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.
Tema Sajak :

Harapan seseorang untuk berubah kearah kebaikan


 Bentuk
 Mempunyai 4 rangkap
 1 rangkap mempunyai 4 baris
 1 baris 4 patah perkataan
Contohnya : Rangkap 1 Baris 1
aku tidak mahu lagi
 8-15 suku kata
Contohnya : 8 sukukata pada rangkap 1 baris 1
a/ku/ti/dak/ma/hu/la/gi
: 15 sukukata pada rangkap 2 baris 3
ke/ra/na/ke/pal/su/an/se/ring/di/pu/tar/be/lit/kan
 Rima akhir bebas
Contohnya : Rangkap 1 : a,b,b,a
Rangkap 2 : a,b,b,a
Rangkap 3 : a,b,b,c
Rangkap 4 : a,b,b,c
 GAYA BAHASA:

 1.Asonansi : Rangkap 1 baris 2


   :“jadi saksi kepada kebenaran”

2.Aliterasi : Rangkap 2 baris 3


  :“kerana kepalsuan sering diputarbelitkan”

3.Kata ganda : Rangkap 3 baris 3


:dibolak-balik

4. Paradoks : Rangkap 3 baris


: “Hingga Penipu Bersiul Riang”
 Persoalan
 Persoalan tentang kebenaran yang disalah tafsirkan
Contohnya: kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi

 Persoalan tentang penipuan yang disalah ertikan


Contohnya :kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang

 Persoalan tentang pembunuhan yang tidak dapat dibuktikan


Contohnya : kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang
 Mesej
 Penyajak menyatakan bahawa seseorang itu hendaklah jujur dalam sesuatu perbuatan.
Contohnya : kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi
 Penyajak menyatakan bahawa seseorang itu haruslah membenci setiap pembunuhan .
Contohnya : kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang
 Penyajak menyatakan bahawa seseorang itu mestilah menanam sifat tidak mahu penipuan didalam hidup.
Contohnya : kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang
 Nilai
 Pengajaran
• Masyarakat yang mementingkan kebenaran.  Kita mestilah menghindari kepalsuan supaya
 Masyarakat yang tidak suka akan kepalsuan dapat menegakkan keadilan.
 Masyarakat yang benci akan pembunuhan  Kita mestilah mempercayai kebenaran supaya
 Masyarakat yang tidak mahu penipuan dalam tidak disalah ertikan menjadi tidak benar
hidup
Nada
sajak ini bernada protes kerana penyajak tidak berpuas hati dalam soal kebenaran di
sekelilingnya.

Latar masyarakat
• Masyarakat yang mementingkan kebenaran.
• Masyarakat yang tidak suka akan kepalsuan
• Masyarakat yang tidak mahu penipuan dalam hidup
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai