Anda di halaman 1dari 10

RANGKAP 1

Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa ini terus membuat kezaliman dan dendamnya
terhadap manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis menasihati kita agar bersyukur kerana dapat melalui
kehidupan yang bebas merdeka hasil daripada usaha pemimpin terdahulu. Kita juga mempunyai kebebasan bersuara dan
kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.

RANGKAP 2
Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang
untuk menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang disembunyikan daripada umum tentang
kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar
berkewibawaan mencipta sejarah. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, manusia masih lagi mengungkit pertanyaan
tersebut kerana mereka belum mengetahui perkara yang sebenar.

RANGKAP 3
Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya terhadap sultan masih
diragukan. Selain itu, banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada
Hang Tuah benar-benar memiliki ciri-ciri kepahlawanan. Akhirnya, Hang Tuah tidak disanjung tinggi oleh masyarakat dan
maruahnya sengsara kerana perbuatannya yang tidak betul.
RANGKAP 4
Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat kerana dia mencurahkan kesetiaannya kepada sultan pada waktu itu.
Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan dia membunuh kawan baiknya, Hang Tuah. Walau bagaimanapun, dia
tidak digelar pengkhianat walaupun masyarakat bersedih atas kematian Hang Tuah. Selepas kematian Hang Tuah, Hang
Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang sebenar sehingga membelakangkan keadilan.

RANGKAP 5
Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran pada waktu itu tidak
mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya dan yakin akan kewibawaan pemimpin daripada menilai kejahatan
yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama, masyarakat akan berusaha untuk membangunkan negara dan
menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka belum mendapat seorang pemimpin yang benar-benar
berkewibawaan dan berketerampilan.

RANGKAP 6
Walaupun sejarah sudah berlalu dengan waktunya, penulis sedar bahawa manusia pada zaman moden ini masih lagi
mengungkit dan bertegang leher untuk memimpin negara dan menguasai pupuk kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka belum dapat mencari seorang pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah
organisasi.
kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang
pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada
masa ini semakin berani memutar-belitkan
TEMA keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan
diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa
manusia pada zaman moden ini masih memikirkan
calon pemimpin mereka yang paling berwibawa
dan berketerampilan.
internet
Kewibawaan pemimpin.

Ketokohan pejuang bangsa.

Kebenaran sejarah kepemimpinan.

Masalah peperangan yang masih berlaku.

Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin.


• Personifikasi
Buktinya, membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan
tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi dan darah yang tiba-tiba membuak bertiup dan memindahkan kebenaran
pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula.
• Metafora
Buktinya, mengudupkan putik dendam kepada jari-jemari takdir menumbuhkan kelopak rahsia di istana wangsa bukanlah penjamin
kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Perang
pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; perca-perca bahagia – seperti perawan.
• Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari untuk sehari lagi; sambil bertanya:
• Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya
• Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih Andai namamu Jebat, kita masih tidak
• Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing bercabang lalu bertemu bayu palsu; Sehingga
senja tiba,
• Simile
Buktinya, perca-perca bahagia – seperti perawan
• Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua
Keberanian

Keadilan Bertanggungjawab

NILAI

Amanah Kebijaksanaan

Berhemah
tinggi
internet
kita mestilah bijak memilih pemimpin.

Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan.

Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan.

Kita mestilah berani meluahkan hujah tentang sesuatu perkara


yang benar.
Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang pemimpin.
Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi
memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin

Anda mungkin juga menyukai