Anda di halaman 1dari 2

Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 1
LAMPIRAN 2

PETIKAN UMUM : TEKNOLOGI


HIJAU

SUMBER : : http://www.bharian.com.my/node/40615

Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk,


peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan
sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk,
peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti
meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai
pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat
untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber
asli, dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.
Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat
kebaikan, iaitu dari aspek tenaga, teknologi hijau dapat
membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau
merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hybrid,
dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi
hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam
pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra
pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan
amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini
sejak sekian lama.

1
Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 1
Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan
meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.
Pencemaran udara, air, bunyi, dan sebagainya akan
menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan.
Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif
terhadap alam sekitar adalah minimum malah dapat
meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian
hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan
pembuangan bahan tercemar, dan melindungi sumber semula
jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan
pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi,
dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan
manusia dan biodiversiti umumnya.
Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu
pembangunan negara, justeru dapat membantu mengurangkan
kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan
kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau
membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat
menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. Kita
boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang
telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau
amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh
diperbaharui. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat
meningkatkan kualiti udara, terma, dan bunyi persekitaran.
Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat
meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar,
mengurangkan masalah infrastruktur tempatan, dan
meningkatkan kualiti hidup.

Anda mungkin juga menyukai