Anda di halaman 1dari 4

Teknik Menjawab Soalan Pembacaan Kritis dan

Analitis
Untuk soalan terakhir soalan Pembacaan Kritis dan Analitis,
pelajar dicadangkan untuk menggunakan teknik ITCH dalam
setiap perenggan.

I – Isi (Ayat isi)


T – Tanya (Ayat huraian terhadap isi - Tanya Kenapa
@ Bagaimana)
C – Contoh (Ayat contoh daripada huraian)
H – Huraian (Ayat huraian terhadap contoh – hasil @ kesan)
Contoh Soalan dan Jawapan Pembacaan Kritis dan Analitis

Soalan: Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak


berkuasa untuk menangani masalah pencemaran alam.

Untuk menangani masalah pencemaran alam, pihak


berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih
tegas.(I) Hal ini dikatakan demikian kerana hukuman atau denda
yang berat akan menakutkan anggota masyarakat.(T) Sebagai
contohnya, hukuman penjara atau denda wang tunai dikenakan
sekurang-kurangnya RM100,000.(C) Jadi, hukuman dan denda
yang berat dapat mengelakkan atau mencegah perkara itu
daripada berlaku.(H)
Pihak berkuasa perlu membuat pemantauan di kawasan yang
sering dicemari. (I) Jadi, pihak berkuasa dapat mengesan
kesalahan tersebut lebih awal. (T) Contohnya, pihak penguat
kuasa perlu membuat rondaan di kawasan sungai yang menjadi
tempat pembuangan sisa toksik. (C) Perkara ini dapat
mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan
alam sekitar. (H)
Pihak yang bertanggungjawab perlu menganjurkan kempen
kesedaran tentang alam sekitar kepada semua pihak. (I)
Hasilnya, anggota masyarakat akan menghayati kepentingan alam
sekitar. (T) Contohnya, kempen “Cintailah Alam Sekitar” atau
kempen “Selamatkan Bumi Kita” perlu dianjurkan. (C) Jadi,
kempen itu dapat menyedarkan anggota masyarakat agar tidak
merosakkan alam sekitar yang menjadi punca bencana alam. (H)

(147 perkataan)

Anda mungkin juga menyukai