Anda di halaman 1dari 19

INILAH HIKAYAT

PERI MENYATAKAN
NABI WAFAT
DISEDIAKAN OLEH:
MUHD ALFIE AZIEDI BIN ABDULLAH
SINOPSIS
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan
meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir
serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang terakhir. Para
sahabat Nabi Muhammad SAW dan para shabat iaitu Bilal, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali turut bersedih di atas berita yang
disampaikan. Kemudian Rasulullah SAW mengajak Ali ke masjid untuk menunaikan solat. Tiba di masjid Rasullullah SAW menyuruh
jemaah mengambil air sembahyang. Bilal pun melaungkan azan setelah masuk waktu. Rasulullah SAW menunaikan solat sunat, diikuti
oleh Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hassan dan Hussin.

Baginda telah mengimamkan solat, berselawat dan membaca khutbah yang terakhir. Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman
kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkaraperkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi
beban di hari akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah
ketika perang.

Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga
baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju baginda supaya Akasyah dapat
memukul baginda dengan cemeti. Aksyah ingin baginda membayar balik “hutang” iaitu dengan Akasyah memukul baginda sepertimana
cemeti baginda terkena Akasyah. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau
bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Wajah Akasyah dilihat
bercahaya seperti bulan purnama. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda kepada sidang jumaah, jika ada sesiapa yang hendak melihat
muka orang yang berada dalam syurga, maka lihatlah pada Akasyah.

Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa
pulang oleh Saidina Ali. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali ke rumah Aisyah. Rasulullah SAW telah berpesan kepada
Fatimah agar tidak bersedih, tidak mencabut rambut dan menampar-nampar dada kerana perbuatan tersebut adalah haram di sisi Allah
SWT. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda. Apabila Malikul
Maut dibenarkan masuk maka dikhabarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium
kepala Fatimah, nabi pun wafat.
DEFINISI SASTERA AGAMA
Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita
tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan karya sastera
bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang
berlaku ke atas diri baginda. secara umumnya, cerita ini
berlatar belakangkan sejarah Islam sebenar. Penceritaan
berdasarkan sunah, sumber sejarah dan Al-Quran. Namun
diterapkan juga unsur sastera seperti mitos dan lagenda.
Terangkan tentang Hikayat Nabi Wafat juga diterima.
Bersifat doksologi
Memuji-muji kebesaran Allah
Banyak peristiwa yang
menggambarkan kebesaran Allah

Karya berbentuk naratif

CIRI-CIRI Mengandungi pelbagai teknik


Dialog penceritaan langsung dan imbas
kembali

SASTERA Tema

AGAMA Bertemakan ketokohan Nabi Muhammad


Banyak memberi fokus kepada
perwatakan dan keistimewaan Nabi
Muhammad
Latar belakang
Berlatar belakangkan cerita sejarah Islam
Berdasarkan cerita sebenar peristiwa
dalam cerita Hikayat Bulan Berpecah
punca dari cabaran orang-orang kafir
Quraisy
FUNGSI SASTERA AGAMA
Sebagai alat pengajaran Sebagai alat untuk Dapat meningkatkan
dan teladan menyebarkan agama Islam keimanan
Cerita Inilah Hikayat Peri Dengan penyebaran dan Umat islam diseru untuk sentiasa
Menyatakan Nabi Wafat kaya meluasnya agama dan pengaruh beribadat kepada
dengan sumber ajaran moral bagi Islam di alam Melayu. Islam perlu Allah,mendirikan sembahyang
mengatur kehidupan masyarakat menunjukkan keistimewaan yang lima waktu dan menjauhkan diri
yang baik dan mengikut kunas- dimiliki oleh tokoh-tokoh Islam daripada segala perbuatan
lunas Islam. Sifat-sifat yang ada yang terbilang. Dengan cara ini maksiat kerana manusia
pada Nabi Muhammad dan tokoh- penyebaran agama Islam semakin semuanya akan mati dan
tokoh lain yang dapat dijadikan terima dan berjaya memupuk menghadap Tuhan pada Akhirat.
contoh teladan dan pengajaran kepercayaan penganut Islam
kepada orang lain seperti: tentang kelebihan kehandalan
Baik nabi-nabi yang memiliki mukjizat
Merendah diri yang tidak ada pada tokoh
Tabah manusia lain.
Berusaha
Beriman
Cekal
Sentiasa bertakwa kepada
Allah SWT
PEMIKIRAN
Percaya kepada Allah Taala
Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan
beriman kepada-Nya. Ini adalah termasuk salah satu daripada rukun iman.
Mereka yang beriman kepada Allah akan dijanjikan ganjaran pahala.
Beribadat kepada Allah
Soal beribadat kepada Allah tidak boleh dipandang ringan sebaliknya perlu
kesungguhan dan keikhlasan mengabdi diri kepada-Nya. Seseorang yang
sentiasa memberati ibadat akan melaksanakan segala tuntutan Allah dan
meninggalkan segala larangan-Nya.Contohnya Rasulullah walaupun dalam
keadaan sakit dan hampir kepada kewafatan masih lagi solat berjemaah di
masjid..
Menjauhi segala maksiat
Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari diri daripada
melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah mereka yang membuat
maksiat hidupnya tidak mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan
dosa.
PEMIKIRAN
Tidak meninggalkan sembahyang kima waktu
Kewajipan solat merupakan salah salah daripada Rukun Islam. Solat
merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman sesoarang. Ini kerana
solat mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara
mungkar. Di saat hampir kewafatan Rasulullah masih lagi menunaikan
solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di
masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah.
Kelebihan dan keistimewaan Rasulullah
Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Rasulullah iaitu diangkat sebagai
kekasih Allah, dipermulia oleh para malaikat, memiliki mukjizat
Kasih sayang
Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan umatnya. Begitulah sebaliknya,
Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya
PEMIKIRAN
Ketentuan Allah
Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan Ilahi bahawa
umurnya akan berakhir.
Berani mengakui kesilapan diri
Rasulullah mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang
telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.
Sikap pemaaf
Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai
nabi Muhammad.
Kewajipan melunaskan hutang
Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang
itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh
Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum
beliau wafat
NILAI KEMANUSIAAN
Kasih sayang
Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan umatnya. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi
baginda selaku bapanya.
Bertanggungjawab
Sebagai seorang pemimpin Islam, Rasulullah telah mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah
kepada sidang jemaah. Baginda juga berwasiat kepada sidang umatnya agar sentiasa beriman kepada
Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya anak-anak yatim.
Rendah diri
Rasulullah mengakui kesalahannya walaupun tidak tersengaja terpukul Akasyah dengan cemeti
kudanya, baginda telah meminta Akasyah membalas pukulan tersebut.
Keadilan
Rasulullah ingin membersihkan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan terhadap umatnya
sehingga baginda sanggup dipukul oleh Akasyah walaupun dirinya sudah lemah.
Keimanan
Walaupun Rasulullah SAW berada dalam keadaan tenat, namun baginda tetap ingin menunaikan solat
di masjid dan masih mampu menjadi imam serta menyampaikan khutbah kepada umatnya.
WATAK DAN PERWATAKAN RASULULLAH SAW
Latar belakang
Ayah kepada Siti Fatimah dan suami kepada Siti Aisyah
Memiliki 2 orang cucu iaitu Hassan dan Hussin
Merupakan pesuruh Allah dalam menyebarkan dakwah Islamiah
Seorang pemimpin Islam yang agung
Seorang yang Seorang yang Seorang yang Seorang yang Seorang yang patuh
tidak suka sayang akan bertanggungjawab merendah diri kepada perintah Allah
berhutang umatnya Sebagai seorang Baginda merelakan
dalam apa-apa
Apabila hampir Sebelum baginda
pemimpin Islam, pembalasan yang keadaan
Rasulullah telah ingin dilakukan oleh
tiba masanya wafat, baginda
mengimamkan solat dan Akasyah dengan Rasulullah ialah seorang
untuk wafat, meninggalkan wasiat
menyampaikan khutbah cemeti sambil pemimpin dan ketua yang
Rasulullah SAW iaitu peringatan
kepada sidang jumaah. membuka baju. paling patuh kepada
ingin supaya hidup dalam
Baginda juga berwasiat Walaupun baginda perintah Allah. Contohnya,
melangsaikan keadaan yang harus
kepada sidang umatnya seorang pemimpin saat kewafatannya
hutangnya bersangka baik dan
agar sentiasa beriman yang disanjung tinggi baginda terus berdakwah
kepada Akasyah dinasihatkan agar
kepada Allah, menjaga tapi baginda dengan di sidang jumaah serta
iaitu berbentuk menjauhi larangan
solat dan tidak rendah hatinya dan anak-nak,isteri dan
pukulan Allah
menganiaya anak-anak merelakan dirinya sahabatnya supaya
yatim. dihukum. meningkatkan iman dan
amal soleh.
Akasyah Malaikat Jibrail, Mikail dan
Seorang yang jujur Malikul maut
Akasyah menyatakan bahawa
Hamba yang sangat taat kepada
ketika hendak pergi berperang
Allah SWT
sabilillah, Rasulullah telah
Malaikat-malaikat selalu
memukulnya tanpa berbaju secara
tidak sengaja dengan cemeti kuda
mematuhi segala perintah Allah
yang yang diberikan kepada
mereka iaitu dengan mengambil
nyawa Rasulullah yang
diperintahkan oleh Allah SWT
CITRA MASYARAKAT
Penyayang
Rasulullah SAW amat menyayangi umatnya. Setelah diberitahu oleh Malikul Maut berita kemangkatannya, baginda terus
menangis. Banginda menangis bukan kerana sayang kan dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarganya, tetapi
baginda menangis kerana bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya setelah ketiadaan banginda .Banginda juga
amat menyayangi puterinya Fatimah dan meminta untuk mencium rambut puterinya.
Merendah diri
Rasulullah mengakui kesalahannya walaupun tidak tersengaja terpukul Akasyah dengan cemeti kudanya, baginda telah
meminta Akasyah membalas pukulan tersebut.
Bertanggungjawab
Sebagai seorang pemimpin Islam, Rasulullah telah mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah kepada sidang jemaah.
Baginda juga berwasiat kepada sidang umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah, menjaga solat dan tidak menganiaya
anak-anak yatim.
Tidak suka berhutang
Rasulullah SAW meminta sahabatnya Akasyah untuk datang berjumpa dengan baginda untuk melunaskan hutang baginda
walaupun hutang itu berbentuk pukulan.
Taat kepada perintah Allah
Rasulullah SAW dalam keadaan gering masih mampu menjadi imam dan menyampaikan khutbah untuk umatnya.
Walaupun terpaksa dipapah, baginda masih ke masjid bagi menunaikan perintah Allah sebagai rasul untuk menyebarkan
syiar Islam. Saat akhir baginda meninggalkan beberapa wasiat agar umatnya tidak terpesong dari landasan Islam.
LATAR TEMPAT

Bumi anabia Masjid


Kisah kenabian ini berlaku di tnah Sebelum kewafatannya, nabi dan
arab. Peristiwa kewafatan umat-umatnya menunaikan solat
Rasulullah SAW berlaku di Kota berjemaah secara beramai-ramai
Madinah
LATAR MASA

Pada zaman keagungan Islam Pada waktu subuh


Nabi Muhammad SAW merupakan setelah selesai menunaikan solat,
pemimpin agama Islam pada ketika baginda pulang ke rumah
itu
TEKNIK PENCERITAAN

Dialog Saspens
malaikat memberi salam kepada Akasyah yang ingin memukul
Rasulullah dan Rasulullah pun rasulullah mengunakan cemeti
menjawab salamnya sebagai balasan
MESEJ
Pengarang ingin mengingatkan tentang kematian itu pasti.
Masyarakat seharusnya mengingati kematian. Dengan mengingati kematian akan membentuk masyarakat yang beriman
dan takut melakukan kemungkaran. Sebaliknya masyarakat yang leka dengan kehidupan dan tidak menghiraukan hari
kematian pasti akan alpa dengan kehidupan di dunia dan terlibat dengan gejala maksiat. Contohnya, Nabi Muhammad SAW
walaupun baginda merupakan Rasul Allah , namun tetap juga diambil nyawanya oleh malaikat.
Pengarang ini menekankan tentang tanggungjawab menjelaskan hutang
Setiap umat Islam harus mengambil iktibar akan tanggungjawab untuk menjelaskan hutang. Sekiranya hutang tidak
dijelaskan sudah pasti akan mewujudkan suasana yang tidak harmoni. Contohnya, Nabi Muhammad apabila mengetahui
ajalnya hamper tiba, telah mengeluarkan arahan kepada umat Islam di Madinah agar menyatakan kepada baginda sekiranya
baginda ada berhutang dengan sesiapa. Baginda telah sanggup dan bersedia untuk dipukul oleh Akasyah kerana malu
berdepan dengan Allah nanti.
Pengarang ingin mendidik tentang adab menghadapi kematian insan tersayang
Islam telah mengariskan adab yang betul dan harus dipatuhi apabila berdepan dengan kematian orang yang tersayang. Kita
hanya dibenarkan untuk bersedih di dalam hati dan mengalirkan air mata tanda kesedihan. Sekiranya adab ini tidak dipatuhi
sudah pastilah kita akan sentiasa berada dalam kesedihan
Mempercayai Allah Taala
Kepercayaan kepada Allah ialah keyakinan kita kepada Allah dengan beriman kepadaNya. Ini adalah termasuk salah satu
daripada rukun iman. Mereka yang beriman kepada Allah akan dijanjikan ganjaran pahala.
Menjauhu segala maksiat
Seseorang yang menjaga imannya akan cuba menghindari diri daripada melakukan maksiat serta larangan Allah. Malah
mereka yang membuat maksiat hidupnya tidak mendapat keberkatan dan akan mendapat balasan dosa.
Tidak meninggalkan sembahyang lima waktu
Kewajipan solat merupakan salah salah daripada Rukun Islam. Solat merupakan tiang agama yang menjadi kekuatan iman
sesoarang. Ini kerana solat mampu mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar. Di saat hampir
kewafatan Rasulullah masih lagi menunaikan solat. Baginda telah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila tiba di
masjid baginda solat sunat dan menjadi imam solat berjemaah
PENGAJARAN
Jadilah insan yang bertanggungjawab
Seorang pemimpin seharusnya bertanggungjawab ke atas umat yang dipimpinnya. Pemimpin yang dirahmati oleh Allah
SWT adalah pemimpin yang sedar akan amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya. Rasulullah SAW menangis di hadapan
Jibrail apabila sedar masa baginda semakin hampir. Baginda bimbang umatnya akan terpesong akidah kerana tiada
bimbingan kelak. Oleh itu baginda telah memberikan amanat ketika khutbah yang terakhir. Baginda juga mengimamkan
solat dan melantik khalifah untuk menggantikannya.
Hendaklah amanah dalam menjalankan tugas
Amanah merupakan satu tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul oleh seseorang. Jika kita tidak mampu dan
tidak mempunyai kekuatan, kita sewajarnya tidak menerima amanah yang diberi. Malaikat Jibrail dan Malikul maut amanah
dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk mengambil nyawa Rasulullah walaupun Rasulullah adalah kekasih Allah
yang lebih istimewa daripada nabi-nabi yang lain.
Kita hendaklah melunaskan hutang
Nabi adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan berbentuk material. Nabi sanggup
disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau meninggal
dunia
Kita hendaklah berani mengakui kesilapan diri
. Nabi mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.
Hendaklah menerima ketentuan takdir Ilahi
Hendaklah kita sedar iaitu mati itu pasti. Setiap benda yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan mati. Tidak ada satu
benda hidup pun di dunia ini akan kekal selamanya termasuklah nabi. Nabi Muhammad yang menjadi kesayangan Allah SWT
itu juga terpaksa menjalani proses kematian dan nyawanya akan dicabut oleh Malikat Maut. Para sahabat, ahli keluarga dan
jemaah Rasulullah bersedih dan menangis apabila mengetahui Rasulullah akan kembali ke rahmatullah. Siti Fatimah, sedih
dan menangis kerana terlalu sayang akan Rasulullah. Jadi sebagai manusia kita harus menerima hakikat bahawa kematian
pasti akan menjelma jua.
Pemimpin yang menyanyangi umatnya / Hendaklah menyayangi keluarga sendiri
Hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Sifat kasih sayang adalah penghubung ikatan silatulrahim. Ikatan kasih
sayang antara satu sama lain akan melahirkan masyarakat yang hidup dalam keadaan damai dan harmoni tanpa ada
persengketaan. Para sahabat, ahli keluarga dan jemaah Rasulullah SAW bersedih dan menangis apabila mengetahui
Rasulullah SAW akan kembali ke rahmatullah. Ini membuktikan bahawa wujudnya sifat kasih sayang yang mendalam dalam
kalangan umat Nabi Muhammad SAW dengan baginda.
Nabi sangat menyayangi anaknya Fatimah. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.

Jadilah insan yang pemaaf


Hendaklah baik hati dan tidak berdendam. Berdendam merupakan sifat keji dan tidak bermaruah. Ianya menjadi kemurkaan
Allah SWT kerana ia boleh memusnahkan kehidupan manusia. Akasyah merupakan seorang umat nabi Muhammad SAW
yang baik hati dan tidak berdendam terhadap Rasulullah SAW kerana dia sebenarnya tidak berniat langsung untuk memalu
Rasulullah SAW, tetapi ingin mencium pusat Rasulullah. Sifat Akasyah ini dibalas oleh Allah SWT dengan menjadikan
mukanya bercahaya-cahaya seperti bulan purnama empat belas haribulan dan suaranya seperti burung dalam Syurga. Nabi
Muhammad SAW juga menyatakan kepada sidang jumaah, jika sesiapa ingin melihat rupa orang dalam syurga lihatlah
kepada Akasyah. Jelaslah di sini bahawa orang tidak berdendam akan mendapat rahmat dari Allah. Akasyah adalah insan
yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi Muhammad
SEKIAN
TERIMA KASIH

JOM SELAWAT✨
‎‫َاللُه َّم َص ِّل َع ىَل َس ِّيِد َنا ُم َحَّم ٍد َو َع ىَل آِل َس ِّيِد َنا ُم َحَّم ٍد‬
ALLAHUMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD✨

Anda mungkin juga menyukai