Anda di halaman 1dari 1

SAJAK : KUDUP PERANG

Rangkap 1
(Walaupun terdapat pemimpin-pemimpin yang belot dalam perjuangan dan bersifat zalim, kita perlu bersyukur
kerana masih dikurniakan akal fikiran untuk membuat penilaian secara waras serta bijaksana tentang siapakah
selayaknya diangkat menjadi penyelamat bangsa).
Rangkap 2
(Sebaliknya, dalam membuat pertimbangan memilih pemimpin terbaik, kita sentiasa tersilap kerana tidak
melihat dengan lebih jauh tentang ciri-ciri kepempimpinan yang ada dan cuba menilai keikhlasannya.
Kesannya, berlaku pergolakan ketara dalam masyarakat. Pada masa itulah, baru kita mahu mencari kesahihan,
siapakah yang menyebabkan krisis dalam konteks politik dan sosial).
Rangkap 3
(Sewaktu masyarakat sudah berpecah-belah, barulah kita mahu merenung sejarah bangsa dan mengambil
pengajaran daripadanya. Pada ketika itulah, kita dapat melihat betapa besar nilai kemerdekaan yang perlu
dipertahankan. Turun naik bangsa selama ini perlu diingati supaya segala kesilapan tidak lagi diulangi).
Rangkap 4
(Sekiranya kita melihat seorang pemimpin mempunyai sifat kesetiaan seperti watak hikayat Melayu, Tuah, kita
belum boleh meletaknya sebagai pejuang sebenar bangsa kerana terdapat banyak kemungkinan sifat setia
disalahgunakan untuk membuat pelbagai angkara yang akan merugikan negara. Kesetiaan membabi buta juga
menyebabkan maruah negara tercalar).
Rangkap 5
(Ironinya, terdapat pejuang bangsa yang benar-benar murni dalam perjuangan tetapi dinilai sebagai
pengkhianat seperti watak hikayat, Jebat. Pembela keadilan ini sering kali dianggap mencipta krisis dalam
masyarakat kerana kecetekan pengetahuan untuk mengangkat pejuang terbaik yang mampu membela agama,
bangsa, dan negara).
Rangkap 6
(Kecetekan ilmu inilah menyebabkan kebenaran tidak ditemukan kerana keindahan selama ini sudah dicemari
dan kedamaian sudah bertukar kemarahan. Saat ini, terlalu sukar untuk kita membetulkan keadaan kembali.
Konflik akan menjadi berpanjangan sehingga segala nikmat kemerdekaan yang dikecapi tidak lagi dirasakan).
Rangkap 7
(Sehingga keadaan sudah kronik dari aspek politik, ekonomi, dan sosial, kita masih tidak mampu membuat
penilaian terbaik kerana kekurangan ilmu pengetahuan serta kurang arif mempertimbangkan baik dan
buruknya pemimpin).

Anda mungkin juga menyukai